Monday, July 08, 2013

Kahwin???

Salam readership. Agak konterversi jugak tajuk entri pada hari ni yer. Kenapa tiba-tiba sebut pasal kahwin nie?. Adakah salah seorang gadis berumur 19 tahun memikirkan tentang hal kahwin??. Jangan anggap fikir je pasal kahwin mesti cakap "anak dara gatal nak kahwin".

Perkahwinan jugak melibatkan masa depan kita sendiri. Berkahwin bukannya macam study untuk  3 4 tahun tapi untuk seumur hidup. I don't know why tetiba fikir pasal kahwin ni. Nak kata muda, muda lagi la kut umur 19 tahun ni. Miela tengok ramai je kahwin dalam umur 23-26 tahun. Maknanya kalau berniat kahwin dalam umur 23-26 tahun, paling lama 7 tahun lagi. Tapi tujuh tahun tu sekejap sangat di akhir zaman ni. Maklumlah masa sekarang semakin cepat. Tup tup dah setahun -_-.

Dah lama tak fikir pasal benda ni, kali terakhir Miela ada sebut dalam entri ni. Apa yang buat Miela terfikir ialah ada beberapa orang sebaya Miela sudah mendirikan rumah tangga even belum lagi masuk U. Umur 19 tahun beb, banyak benda boleh buat zaman muda ni daripada kahwin, huhu. Susah Miela nak bayangkan berkahwin di usia muda sebab ianya di luar kotak pemikiran Miela. Tabik spring kat dorang sanggup melalui perkahwinan di usia yang muda.


Pasangan yang berkahwin muda syafiq dan yana

Kalau Miela?, hmm rasa 95% langsung tak bersedia nak kahwin, haha. Banyak benda Miela takutkan pasal kahwin dari hari perkahwinan sampai dah ada anak *kuat betul berfikir. Paling khuatir, pasal beranak. Lecture pernah story pasal beranak ni betapa peritnya melahirkan anak. Dengar pun dah rasa ngilu *takut darah sebernanaya -_-.

Tetiba rasa tak nak kahwin pulak. Hidup bebas tanpa tanggujawab sebagai isteri, yaahoo!!. Tapi kalau tak kahwin mesti orang dok bising jugak -,-. Terus dapat gelaran ANDARTU "Anak Dara Tua" Tak apalah miela keep in view pasal benda ni. Miela 5 tahun lagi baru fikir,haha.

p/s: Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya. .

2 comments:

  1. hihi...tak nak kawin....isk-isk...cik akak nie beria nak kawin..hahaha

    ReplyDelete
  2. Insya-allah. Sampai juga jodoh kita. Untuk mendapat jodoh yang baik dari segi akhlaknya dll, kita mesti berusaha untuk ke arah itu kan. Hihihi

    ReplyDelete