Sambung study??
Actually, mula-mula dapat tawaran USM, Miela sendiri macam tak percaya. Sebab sebelum dapat tawaran tu, Miela ada baca bahawa dalam 20 ribu lebih yang mohon hanya 5 ribu lebih yang mohon dapat tawaran USM *apa kejadahnya nak hafal nombor sejibik sedangkan numbor telefon sendiri pun tak hafal?. See??, probabiility nak dapat pun rendah. Miela betu-betul target UKM or UTem untuk sambung study. Last-last USM jugak jadi pilihan di hatiku sebab target pun tersasar jauh dari landasan, huhu.
Macam-macam Miela fikir tentang USM. First think "arghh macam mana aku nak study kat sana, kat sana tempat budak pandai tuuu". Dari dulu Miela suka mengelak duduk dalam kelompok pelajar lebih pandai. Miela suka study dengan orang biasa-biasa je taklah tension. Kalau sekolah menengah dulu, sangguh-sungguh nak tukar kelas, tak nak duduk kelas pertama padahal orang lain teringin sangat nak kelas pertama. Tu sekolah menengah, ini bila di matrik tak boleh mengelak dah lah. Agak kejutan budaya wa duduk di sana, budak-budak matrik rajin gila tak macam Miela ni suka sangat main-main. Last-last selamat dah tamatkan zaman matrikulasi dengan jayanya, huahua.
Kadang-kadang Miela fikir kan senang tak payah study. Duduk rumah ke? kahwin dengan orang kaya ke?. Senang tak payah-payah hidup, tak payah perah otak sampai tak da isi. Tapi itukan angan-angan minah jenin. Nak hidup senang je. Ok tak pun jadi budak-budak, tak payah fikir banyak masalah dunia. Minta itu ini, mak bapak baik bagi je.
USM. Universiti dalam taman |
Tapi sekarang dah lain, umur dah masuk 19 tahun lain citernye. Miela sedih tau, dalam banyak-banyak budak classmate Miela masa matrik 23 orang tak da seorang nyawa pun satu Universiti dengan Miela tau. Tak da seorang pun, bayangkan. Nak cari budak kuliah dalam satu pusat pengajian pun payah, itu pun masih tak jumpa lagi. Miela tengok orang lain dah ada geng pergi U nanti, maklumlah dapat U sama. Jelous disitu. Macam Miela sorang je dapat USM, bhahhaa. Takdalah ada je budak kmpk yang dapat USM, tapi bukan satu pusat pengajian pun -__-.
Bertambah tension lagi Miela tengok group Bakal Mahasiswa Universiti Sains Malaysia Sidang 2013/2014. Ada nak kena buat itulah inilah kan. Dengan question apa-apa tah tentang persediaan minggu orentasi. Orentasi paling Miela tak suka, memenatkan kadang sampai nak mandi tak sempat. Tapi bila Miela tengok gambar-gambar bangunan dan hostel yang dikenali sebagai desasiswa tu nampak macam best je. Maklumlah USM tu uneversiti dalam taman. Padahal Penang tu, hampir sebati dengan wa, ok hampir je belum lagi sebab satu Penang masih belum khatam lagi.
USM penang bukanlah terletak di celah-celah batu, tapi di celah bandar jauh lebih baik dari kmpk dalam kelapa sawit tu. Tapi penang ni wa dah jemu selalu pergi dan dekat . Teringin nak dapat sabah dan serawak boleh jugak melencong sambil study. Mungkin rezeki Miela memang ditakdirkan study dekat-dekat. My parents happy sangat dapat USM, bolehlah selalu jenguk ceq kat sana naa. Miela patut bersyukur sedangkan yang lain ada dari selatan study ke utara dan ada pula asal dari barat study ke timur. Yeah I'm lucky.
Miela kagum dengan senior dalm group tu, even junior tanya banyak kali soalan yang sama still jawab dengan jawapan begitu baik. Cuma Miela tak da kawan kat sana, tak guna duduk di bandar tapi kawan seorang pun takda. Wait!! tak panjang ke cik miela oi dengan luahan perasan pepajang??hehe. Di pendek cita senang ja, "HANG SUKA KAA, TAK SUKA KAA HANG KENA SUKA JUGAK", hahaha.
P/s: Miela bersyukur sangat dah tawaran sambung study sedangkan kat luar sana ramai lagi tak dapat tawaran. Doakan Miela supaya berjaya di sampai ke menara gading.
10 Comments
tahnai .. btw, saya ada kawan dapat sana.. ambil farmasi dengan akaun ..
ReplyDelete*tahniah
ReplyDeletethniah miela..sy xdpt pun U..xde kwn xpe..nnti msti jumpa rmai kwn bru..gud luck k! stdy elok2..^__^
ReplyDeleteTahniah Miela! :) Untung Miela dapat study dekat, Arol nie kena merantau jauh. Arol pun takde geng jugak! Takde kawan lelaki yang dapat 1 U dengan Arol, perempuan jek ramai. Harap kat U nanti jumpa kawan! :D
ReplyDeleteBetul tue! Kita patut bersyukur. :)
@sizziey darliana iya ka.. hmm tak sama course lah :)
ReplyDeleteTahniah Miela!!! sambung lah pelajaran, jgn fikir byk. bagus tuh smbg study :). semoga succes selalu ^-^
ReplyDeleteHi kak nak tanya, saya takda basic account pun time sekolah or kat matrik dulu. tp degree nnt saya nak ke arah tu. Mcm business/ekonomi. boleh ke ah? explain sikit pls.
ReplyDeletekalau boleh reply kat email saya asap: eincamira@yahoo.com
Terima Kasih! :)
Hi kak nak tanya, saya mmg takda basic account langsung time spm or kat matrik dulu. tp utk degree nnt saya mcm lebih cenderung ke arah tu. Mcm business/ekonomi. Is it okay? Mcm..boleh ke? Dah la degree, tak mcm payah gila ke nak start merangkak belajar basic acc semua. Explain sikit pls.
ReplyDeleteKalau boleh reply kat email saya terus eh asap: eincamira@yahoo.com
thanks kak miela! :)
Hi saya pun bekas pelajar kmpk n dapat tawaran dekat usm jgk.. Boleh sy tau awak dapat course ape? Mane tau same course ke? 😬
ReplyDeletecourse pengurusan :)
Delete