Sunday, August 31, 2014

Giveaway #CikMielaBukaKedai

Salam Syawal. Ingat tak 2 hari lepas dalam entri Cik Miela bukak kedai ada Miela nyatakan yang Miela akan buat giveaway tak lama lagi. Setelah dirancang akhirnya Miela ingin melancarkan Giveaway #CikMielaBukaKedai . Siapp ada hastang lagi okayyy.

Hadiah:
1x Long dress
1 x Long Tee
1 x Toup RM10 
30 x mystery gift untuk 30 peserta pertama
Gambar hadiah: 

Syarat-syarat:
1. Follow Blog Cik Miela
                                               2. 
3. Share album Sporty cat Long Tee *publickan post

4. Buat entri Giveaway #CikMielaBukaKedai
5.  Komen di entri dan sertakan 
Nama:
FB Link:
Url Blog:

*Setiap penyertaan akan disemak*

Tempoh : 5/8/2014 - 31/8/2014


Thursday, August 28, 2014

Resepi Samosa Daging Burger


Salam Readership. Kali ini kita berada di rancangan ketuk-ketuk Merdeka, ehhh???. Mimpilah hang Miela nak buat rancangan memasak sendiri, lengkuas dan halia pun tak gheti nak beza cehhhh *malu sekejap*. Relakssss kakak semua, hari ni Miela nak kongsi resepi samosa daging. Tak guna pun halia lengkuas kunyit semua tu. Guna daging burger uollzzz, tak payah nak rebus daging dah.  Ini resepi punya senang saja, sebab Miela suka yang ringkas haaaa. Ok mula-mula kita nak masak samosa kena sediakan muka yang cantik dan comel *ok gurau je*.

Resepi Samosa Daging Burger


Bahan-bahan

kulit popia secukupnya5 keping daging burger *dipontong cincang*
1 biji bawang besar dihiris *dipontong dadu*
3 ulas bawang putih *di pontong cincang*
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada hitam *hancurkan*
Garam secukup rasa
1 tangkai daun kari *optinal*
500g ubi kentang di pontong dadu *lupa nak letak*
sedikit minyak untuk menumis
Telur putih secukupnya

Cara-cara

1. Tumis bawang besar dan bawang yang telah dipontong sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam dan tambah sedikit air.
3. Tambah garam secukup rasa.
4. Masukkan daging, kacau sehingga masak dan kering. Tutup api.
5. Ambil satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti.
6. Lipat kulit popia dalam bentuk segitiga, boleh tengok tutorial disini.
7. Di pehujungnya gamkan dengan telur putih.
8. Sedia untuk digoreng

p/s : Pssssssstttt, Giveaway #CikMielaBukaKedai tinggal dua hari sahaja lagi. Yang belum join, jemput join. Mana tahu anda orang bertuah tu kan. 

Thursday, August 21, 2014

Aku Mahu Kamera Polaroid


Salam Readership. Amboi tajuk bukan main ala-ala tajuk buku Ain Maisarah aku mahu aku mahu je. Hehe dulu-dulu masa zaman sekolah menegah rendah selalu jugak  baca novel Ain Maisarah ni siap buat koleksi lagi. Tapi novel-novel tu dah hilang mana entah. Hmm tak sempat lah anak-anakku nak menbaca koleksi novel Ain Maisarah tu ehhh.

Ok now sekarang ni trend kamera polaroid semakin menjadi-jadi disebabkan bentuk kamera yang comel sekali. Geram tau tengok, bentuk macam maianan. Ditambah pula dengan fenomena Rindu Awak 200% tu, mana taknya Si Armel Aisya pun guna polaroid tau. So Miela sedikit sebanyak sebenarnya suka terpangaruh benda-benda macam ni. Orang ada kita pun nak jugak, childish sungguh haha!!.

Kalaulah aku Armel Aisyah, confirm nak always dekat dengan Abang Zill je haha

Awal perancangan memang nak beli kamera DSLR or mini DSLR tapi memadangkan bajet dah lari nak kena beli handphone baru so tak dapat nak beli kamera tu. Tapi bila tengok-tengok dalam facebook macam comel kamera polaroid ni, arghhh nak jugak!. Bayangkan korang tangkap gambar guna kamera polaroid, beberapa minit kemudian keluar bunyi srehhhhhh *bunyi main hetam je* pastu keluaq gambaq. Tentu excited kan?. Boleh lah Miela nak guna baki bajet konon nak beli kamera DSLR tu, untuk beli kamera polaroid ni kan.

Tiffany SNSD pun selfie guna kamera polaroid

Sebut pasal harga kamera ni, bagi Miela tak lah mahal, harga mampu milik RM200++ . Tapi ada jek harga RM300, RM400 sampai RM500. Tapi orang cakap lagi mahal, lagi bagus kualiti dia. Btw ada yang cakap kualiti gambar kamera polaroid cantik lebih kurang macam DSLR, erm tak tau betul ke tak. Merasa pun belum. Cuma kalau nak beli film tu, hmm 20pcs RM40++. Maknanya 1pcs lebih kurang RM2. Buatnya korang tangkap tak jadi, tetitba kena ayaq ka. Mau menangis tepi pintu. Lagipun nak beli benda ni, ada kesan jangka panjang, maknanya walaupun kamera tu murah tapi duit kau tetap mengalir keluaq bila nak beli  film baru. Hmmmmm.

Sekarang Lazanda tengah buat offer tau, tapi entahlah tak confident nak beli kat Lazanda. Nak cuci-cuci mata boleh je, klik gambar.

p/s: Masih fikir nak beli ke tak kamera polaroid. Tengoklah kalau ada rezeki nanti

Saturday, August 16, 2014

Resepi mudah kek coklat marble


Salam Syawal. Dah 6 hari tak update blog. Nak kata sibuk, bukannya sibuk mana. Cuti sem masih berbaki 3 minggu. Lepas raya jadi makin bosan pula, asyik buat benda yang sama sahaja. Makan, tidur, tengok drama, baca novel semua tu dok ulang macam astro pula. Tak payah basa basi sangatlah, cakap je tak mood nak update blog kan. Kah kah kah.

Dahlah malas Miela bebel bukan-bukan. Sebenarnya kann Miela nak share resepi kek coklat marble. Resepi hasil gabungan resepi yang ada kat goggle dan bahan yang sedia ada. Resepi ni mudah, sebab Miela kan suka yang mudah dan simple!


Bahan - bahan:
2 cawan tepung gandum *diayak*
1 cawan marjerin Daisy *Daisy menyebabkan kek mudah kembang dan lembut*
1 cawan gula *boleh kurang kalau tak nak manis sangat*
1/2 cawan susu pekat 
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu makan serbuk penaik *diayak*
2 sudu makan serbuk koko
sedikit pewarna

Cara-cara:
1. Pukul marjerin sehingga kembang
2. Masukan gula
3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga kembang dan sebati.
4. Masukan esen vanila dan susu pekat
5. Masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama, sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
6. Bahagikan 2 bahagian * 3 bahagian pun boleh*
Adunan 1: Masukan pewarna * kacau sebati*
Adunan 2 : Masukan serbuk koko *kacau sebati*
7.  Masukan adunan 1 dan 2 secara berselang-seli ke dalam acuan
8. Bakar adunan kek selama 45 minit dalam suhu 180c 


Monday, August 11, 2014

Segmen : blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

Salam Syawal


Tempoh: 5/8/2014 sehingga 31/8/2014

Klik sini untuk join. Jom meriahkan lagi segmen blogwalking merdeka bersama Ayu Insyirah

P/s : Sambil tu siapa yang belum join Giveaway #CikMielaBukaKedai, boleh join disini. Hadiah menarik disediakan.

Saturday, August 09, 2014

Tudung Fareeda versi labuh

Salam syawal. Hari ni nak buat entri bergambar sikit, padahal setiap entri ada gambar lol~. Banyak-banyak tudung di Malaysia yang paling femes dan hot of courselah tudung Fareeda. Memang terbukti sebab ada orang sanggup beratoq panjang-panjang semata-mata nak dapatkan tudung Fareeda.


Tak cukup dengan itu, harga tudung Fareeda juga dikatakan mahal. Tapi bagi Miela tak salah pun tudung tu di jual dengan harga yang mahal sebab tudung tersebut ada patern dan diperbuat dari kain berkualiti dari luar negara  plus tudung Farreda merupakan pasaran monopoly yang membolehkan sesuatu pernigaaan meletakkan harga sesuka hati tanpa dipengaruhi oleh pesaing. Kalau hampa belajar ekonomi fahamlah kan.

Lagi satu yang hotnya pasal tudung Fareeda, ramai orang complaint yang tudung Farreda ni singkat lah, tak menempati tudung ciri-ciri Muslimah. Ya iyalah dah nama pun tudung Farreda, bukannya tudung Akel. Macam korang pergi kedai Gucci, tapi nak cari jubah. Tawaf satu kedai memang tak akan jumpa. Tapi jangan risau tudung Fareeda ni ada jual versi labuh, hampa ja tak tahu. Semuanya pilihan di tangan kita.


Fareeda Mariya

Fareeda Nourra

Fareeda Aisya

Fareeda Mariya 4 layer


Haaa yang ni betul-betul labuh siap boleh bawak pergi solat lagi

Dan banyak lagi......
*sumber gambar dari FAREEDA..Nyata Jelita*

p/s : Cara taip entri macam pernah beli tudung Fareeda tapi sebenarnya Miela tak pernah sentuh lagi tudung Fareeda apatah lagi menjejakkan kat kaki ke butik Fareeda T.T sob sob. Maklumlah student belum ada pendapatan lagi, tunggu orang hadiahkan tudung Fareeda. Kalau ada nak hadiahkan, Miela nak tudung Fareeda Noura versi labuh. Demand sangat kau Miela...

Friday, August 08, 2014

Pra-order T-Shirt RUNNING MAN ASIAN DREAM CUP 2014


Salam Syawal. Eh masih mood raya lagi ke? masihlah kan sebab raya kan sebulan yee dokk?. Alhamdulilah hari ni dah masuk hari ketiga Giveaway #CikMielaBukaKedai , tak sangka dapat sambutan yang mengalakkan dari rakan blogger. Kalau siapa yang belum join, boleh join Giveaway #CikMielaBukaKedai . Syarat giveaway ni sangat simple, sesiapa pun boleh join. Then yang dah join boleh check nombor dekat Senarai Peserta Giveaway#CikMielaBukaKedai, kalau takda habaq kat Miela naa.

Kita tutup cerita pasal givaway tu sekejap. Korang minat running man tak?. Pernah tengok running man episode 200?. Ala yang depa main bola kat Indonesia sempena perlawanan Dream Cup 2014. Guest episode tu Park Ji Sung. Haaa ingat tak? *ingat ingat* .

Bila Running Man beraksi

Sekarang Ladya Shops telah membuka pra-order T-Shirt RUNNING MAN ASIAN DREAM CUP 2014. Menarik kan?. Tempahan di buka dari 5.8.2014 hingga 20.82014. Lepas tarikh tu takde order dah, limited time only. Harga T-Shirt ni cuma RM55 include postage sekali. Sebab kenapa harga T-Shirt RM Asian Dream Cup ialah  RM55 ada dua sebab. Pertama diimport dari Indonesia dan kedua T-shirt ini diperbuat daripada kain jersey (Microfiber)

Boleh didapati 8 nama : Jaa Suk, Kwang Soo, Kim Jong Kook, Song Ji Ho, Gary, Ji Suk Jin, Haha dan Captain Park Ji Sung.

Memadangkan T-shirt ini diimport dari Indonesia saiz pun kena ikut saiz baju di indonesia. Sebenarnya lebih kurang saiz dengan Malaysia. Sebelah kiri saiz baju Malaysia, manakala seblah kanan saiz baju Indonesia.

Berminat?? Boleh ke page Ladya Shops atau pm disini . Ingat pra-oder cuma sampai 20.8.2014. Jangan tangguh-tangguh nanti rugi, hehe. 


Tuesday, August 05, 2014

Senarai nama peserta Giveaway #CikMilaBukaKedai


Salam Syawal. Woo tak sangka dalam masa sehari,  lebih 30 orang join dah laku  macam goreng pisang. Lupa nak bagitahu yang pemilih pemenang ada 100% guna random.org . So semua orang ada chance nak menang, dan 30 orang pertama yang join akan dapat hadiah misteri, hadiah apa tungguuuuuuu.  Here senarai peserta giveaway #CikMielaBukaKedai

40. http://eyqayushaiza.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
41. http://www.mamaniza.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
42. http://kinderbueno-wolf.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
43. http://mass-naim.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
44. http://uniquebell.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
45. http://greenfarra.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
46. http://hairuliza-anakku.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
47. http://prettyiz.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
48. http://sayasukala.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
49. http://alyanimatshah.blogspot.com/2014/08/cikmielabukakedai.html
50. http://naalisaa.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
51. http://sayasukala.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
52. http://cikdelimamerah.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
53. http://shapurplegirl.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
54. http://sunshine4butterfly.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
55. http://eyranasrin.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
56. http://cintanelly.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
57. http://nuyushahidarahim.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
58. http://hajarashikin.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
59. http://storyainull.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
60. http://msermzni.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
61. http://loveyoucontest.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
62. http://umikasum.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
63. http://cikgufaizcute.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
64. http://hanwoohwan.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
65. http://inlove-wanda.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
66. http://jombercontest.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
67. http://sweetsmelodypinky.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmiela-buka-kedai.html
68. http://eirna-nurasikin.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
69. http://mummysupplementshop.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
70. http://amirahamer.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
71. http://www.syahidahfadilah.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
72. http://httpterataiungu.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
73. http://siszetty.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
74. http://aadhirahfarhana.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
75. http://zahiyazainuddin.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
76. http://schomells.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
77. http://intxnnad.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
78.  http://queenof-annabella.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
79. http://cikmadiah.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
80. http://adierhero.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
81. http://peminattv.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
82. http://bontokje.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
83.  http://syazdanny2329.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
84. http://supernaddyss.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
85. http://cahayaalammaya.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
86. http://qaean92.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
87. http://kulseverywhere.blogspot.com/2014/08/cikmielabukakedai.html
88. http://farahadibahkmr.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
89. http://sallyyatiey.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
90. http://ciklindaaalol.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
91. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
92. http://eurukaseven.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html
93.http://setabah.blogspot.com/2014/08/giveaway-cikmielabukakedai.html

Sunday, August 03, 2014

Cik Miela bukak kedai


Salam Syawal. Alhamdulilah dah seminggu kita menyambut lebaran. Esok dah start kerja, sekolah kan?. sedangkan Miela masih menikmati cuti sem yang berbaki sebulan lagi. Raya tahun ni kami sambut secara sderhana je Nak tengok gambar raya boleh tengok kat instagram, malas nak upload kat sini, huhu.

Memadangkan cuti sem tinggal sebulan, so Miela telah membuka satu kedai di alam maya dengan nama diberi Ladya Shops. Dari mana dapat nama tu,shhhhh tu rahsia. Buat masa sekarang Miela jual baju fesyen ala-ala korea dulu, yelah baru bukak bisnes mana boleh terus nak jual semua. Kalau hampa belajaq marketing, dekat introduction stage orang jual produk sikit-sikit dulu kannn.



Setakat ni baru 12 like, kesiann. So nak minta saja semua untuk like page ni ye. Insyallah Miela merancang nak buat giveaway sempena pembukaan Ladya Shops. Kalau nak join, boleh like page ni siap-siap senang nanti hampa nak join. Harga baju di jual memang berpatutan, dalam range RM25-RM50. Senang cerita mostly baju bawah RM50. So apa tunggu lagi, jom cuci mata di Ladya Shops