Friday, August 08, 2014

Pra-order T-Shirt RUNNING MAN ASIAN DREAM CUP 2014


Salam Syawal. Eh masih mood raya lagi ke? masihlah kan sebab raya kan sebulan yee dokk?. Alhamdulilah hari ni dah masuk hari ketiga Giveaway #CikMielaBukaKedai , tak sangka dapat sambutan yang mengalakkan dari rakan blogger. Kalau siapa yang belum join, boleh join Giveaway #CikMielaBukaKedai . Syarat giveaway ni sangat simple, sesiapa pun boleh join. Then yang dah join boleh check nombor dekat Senarai Peserta Giveaway#CikMielaBukaKedai, kalau takda habaq kat Miela naa.

Kita tutup cerita pasal givaway tu sekejap. Korang minat running man tak?. Pernah tengok running man episode 200?. Ala yang depa main bola kat Indonesia sempena perlawanan Dream Cup 2014. Guest episode tu Park Ji Sung. Haaa ingat tak? *ingat ingat* .

Bila Running Man beraksi

Sekarang Ladya Shops telah membuka pra-order T-Shirt RUNNING MAN ASIAN DREAM CUP 2014. Menarik kan?. Tempahan di buka dari 5.8.2014 hingga 20.82014. Lepas tarikh tu takde order dah, limited time only. Harga T-Shirt ni cuma RM55 include postage sekali. Sebab kenapa harga T-Shirt RM Asian Dream Cup ialah  RM55 ada dua sebab. Pertama diimport dari Indonesia dan kedua T-shirt ini diperbuat daripada kain jersey (Microfiber)

Boleh didapati 8 nama : Jaa Suk, Kwang Soo, Kim Jong Kook, Song Ji Ho, Gary, Ji Suk Jin, Haha dan Captain Park Ji Sung.

Memadangkan T-shirt ini diimport dari Indonesia saiz pun kena ikut saiz baju di indonesia. Sebenarnya lebih kurang saiz dengan Malaysia. Sebelah kiri saiz baju Malaysia, manakala seblah kanan saiz baju Indonesia.

Berminat?? Boleh ke page Ladya Shops atau pm disini . Ingat pra-oder cuma sampai 20.8.2014. Jangan tangguh-tangguh nanti rugi, hehe. 


1 comment: