Tuesday, June 30, 2015

Nostalgia : Buku Biodata

Salam Ramadhan. Masa kemas-kemas barang, terjumpa satu buku lama ni. Agaknya buku tersebut berusia 10 tahun, dah masuk darjah 4 sekarang haha. Masa zaman sekolah rendah dulu, gegeh lah membeli buku biodata ni. Biasalah masa zaman kanak-kanak, apa orang beli kita pun ikut beli. Sanggup jimat duit semata-mata nak beli barang yang kita nak. Harga buku ni dulu RM3.50, berhari-harilah kumpul duit nak beli buku ni dulu.

Muka depan. Masih lagi elok

Isi dalam buku biodata. Comel-comel je tengok

Pesanan dan ingatan yang begitu nostalgia mengingatkan zaman sekolah dulu
Bila di tengok balik buku ni, macam-macam ucapan ada. Biodata merangkumi dari nama, alamat, hobi, tarikh lain sampailah tokoh diminati, penyanyi diminatilah, peristiwa hidup semuanya nak letak dalam buku biodata. Masa sekolah dulu, saling jugak bertukar-tukar bidoata dengan kawan. Katanya lepas habis sekolah nanti boleh dibuat kenangan.

But now, yeah buku ni memang dijadikan kenangan dengan kawan-kawan masa zaman sekolah. Sampai  kawan yang isi dalam buku biodata ni pun dah kawen!!. Ada yang dah kerja dan juga masih belajar macam Miela. Cepat sahaja masa berlalu. Rasa dah tua pulak, haha. Agak-agak hampa masih simpan buku macam ni?. Mungkin zaman sekarang susah nak jumpa buku biodata ni jual kat kedai.

Sunday, June 28, 2015

Trip ke Sarawak

Salam ramadhan. Hayoo dah hampir 6 bulan berlalu, tapi sekarang baru nak cerita. Dok tersekat dalam draft akhirnya publish jugak hari ni. Lambat benor nak post entri ehhh. Ini kisah cuti sem lepas punya. Okay Miela nak sambung cerita yang tertangguh ni.


Selepas habis aktviti bakti siswa di Kampung Selamat, Bukit Merah. Maka 3 hari selepas itu, terbang menaiki belon *kapal terbang* ke Sarawak. Perjalanan dari Penang International Airport ke Kuching International Airport ambil masa dua jam. Takdalah lama sangat perjalanan ke sana, macam nak pergi Ipoh je. Miela naik Air Asia sebab murah, berbanding services lain masa tu. Ini kira first time Miela naik flight, bila nak merasa kalau tak ikut kawan balik kampung di Sarawak, ye tak?,

Sepanjang 5 hari di Sarawak, sebenarnya tak banyak sangat jalan sebab musim hujan masa tu sob sob sob T_T *plot twist* . Pun begitu dalam keadaan hujan selalu, dapatlah jugak ronda-ronda bandar Kuching, Sarawak.

Kalau pergi bandar Kuching tak sah kalau tak tangkap gambaq  kat sini, mercu tanda bandar Kuching. Memang seebelum pergi aim nak tangkap gambar kat sini hoho.

Muzium Sarawak. Bagi Miela orang semenanjung agak teruja jugak melawat tempat sebegini. Sebab kat muzium ada terdapat macam-macam depa pamerkan tentang Sarawak. Dari segi budaya dan sejarah memang lain sikit dari semananjung. Paling best dapat tengok replika rumah panjang. Selalu tengok kat tv je, tapi tengok replika pun macam real daa.

Miela jugak berkesempatan melawat ke Waterfront Sarawak. Tapi Miela pergi pada waktu malam, memang cantik permadangan kat situ. Ada pulak gerai-gerai makan situ, agak romatik jugak kalau dinner kat situ malam-malam haha. Tapi Miela tak boleh lupa kesedapan pisang cheese kat Waterfront, memang sedap gila baq hang. Selain tu, tempat ni jugak ramai anak muda berbusking. So boleh tengok performace live gitu.

Dari segi makanan, rugi tau kalau tak merasa laksa sarawak, mee kolok, kek lapis dan ais krim gula apong. Kalau nak beli ais gula apong, beli yang besaq tau kalau kecik memang tak puas. Lepas tu tempat laksa sarawak yang sedap kat Mom's Laksa, seriously sangat sedap. Mee kolok pulak Miela tak ingat pula makan kat mana huhu. Dan satu lagi, kalau nak beli kek lapas yang sedap boleh pergi ke kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Kat situ banyak pilihan. Ramai juga orang kita borong kek lapis kat situ. Di bawah ni semua sumber gambar google je,huhu. 

Dapnyaaa, teringin nak makan lagi
Laksa Sarawak tak macam laksa semenajung . Sekali tengok macam mee kari. Tapi sekali rasa pasti nak lagi
Mee Kolok pun sedap. Makan sampai licin dibuatnya

Dayang Shalhah jangan lupa singgah. Bawak ole-ole kek lapis untuk orang tersayang.
Amboi pergi tempat orang, memang kerja makan ja Miela. Sarawak memang banyak makanan unik-unik pulak tu, rugilah kalau tak dapat merasa kan?. Hmm tapi sebenarnya tak puas lagi pergi Sarawak, banyak tempat tak sempat pergi disebabkan cuaca ketika tak berapa nak baik. Harap-harap satu hari nanti dapat pergi lagi :).

Friday, June 26, 2015

Masalah tajuk blog tak muncul dalam post Facebook

Salam Ramadhan. Sementara nak tunggu waktu berbuka lebih kurang sejam ni, Miela nak update entri ciked. Sebenarnya lama dah masalah ni pendam tapi baru hari ni nak luah. Baca tajuk pun hampa mesti dah agak apa masalahnya kan.

Tajuk blog tak muncul
Setiap kali Miela post link entri kat Facebook, tajuk blog mesti takkan muncul. Dahlah descrption takde. Mungkin masalah disebabkan coding masa Miela edit blog dulu kot?. Atau masalah lain yang Miela tak tahu. 

Result dari Facebook Debugger
Kemudian Miela cuba untuk semak link di Facebook Debugger , result seperti gambar di atas. Bingung Miela dibuatnya, puas google nak selesaikan masalah ni pun masih tak dapat. Bukan apa tak nampak nice lah kalau takda tajuk entri bila share, orang pun tak berminat nak membaca kan?. Nanti nak naikkan trafik blog pun susah. Kalau ada yang tahu selesaikan masalah ni, boleh bagitau Miela yaa. Selamat Berbuka!!

Thursday, June 25, 2015

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

Salam Ramadhan. Waktu cuti semester yang terluang ni bolehlah join giveaway. Okay giveaway yang pertama yang Miela join untuk cuti semester kali ni adalah Raya Giveaway by Sally Samsaiman. Giveaway ini Sally Samsaiman berkobelarasi dengan blogger lain seperti Mialiana,  Ainim Rashihah. Mama Niza dan  Dayang Deno. So Miela nak jemput semua untuk support and join giveaway yang dianjurkan oleh Sally Samsaiman

Klik banner untuk join

Pelbagai hadiah menarik disediakan:-
Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
Kad Raya Design by DayangDeno - 5x Pemenang
Kad Raya Sally - 15x Pemenang
(Hadiah akan di'update' selalu jika ada penambahan)

Mula : 18 Jun 2015 | Tamat : 3 Julai 2015 (11.59pm)

Wednesday, June 24, 2015

My Major is Marketing


Salam Ramadhan. Alhamdulilah dah 2 tahun Miela study di USM. Seperti info yang Miela tulis di google plus, Miela mengambil course Bachelor of Management. Dan pada sem lepas, akhirnya Miela telah memilih marketing sebagai major. Dulu-dulu pilihan pertama ialah Islamic finance. Tapi macam mana tah, dok fikiaq rasa tak tenteram, rasa ada sesuatu tak kena. Akhirnya Miela pergi school minta kelulusan dekan untuk tukaq major kepada marketing.

You know why? Why I decide Marketing as my major??. Hmmm sebab Miela suka thinking out of box, creative. Tak seperti major lain, kita kena faham dan lebih banyak hafal term, meaning, teori principle dan yang penting major ni bebas dari calculation hahaha. Bagi Miela, marketing ni adalah tentang diri kita sebagai pengguna. Sedangkan marketing anytime kita boleh belajar. Contoh, hang bukak tv nampak iklan pastu kan evaluate iklan macam mana depa tarik perhatian orang untuk beli produk. Kat situ hampa dah berlajaq sesuatu.

Marketing is My Best Friend. Gambar ni ambil sempena Marketing Fest 2015  di USM. I'm involve as committee member at Program Department. This is one our major project.
Sem lepas Miela ambik dua subjek major iaitu Marketing Research dan Integrated Communication Marketing atau nama pendek IMC. Tapi satu je Miela tak minat, tentang research. Pecah otak jugak nak buat proposal haha. But favourite subject is IMC. Subjek ni berkisar tentang promotion, advertising, communication process and other part related things with this subject.

Dalam subjek IMC, Miela banyak belajar macam-macam benda. First belajar cara nak poster untuk conference, bukan size poster besa A tau punya size. Poster size ni digunakan untuk presentation. Size dia  dalam  anggaran 36x56. Dan kos print tak silap RM35++ gitu. 

Inilah poster Miela hasilkan, simple jeerr

Kalau hampa perasan benda yang Miela tulis dalam poster tentang konon-konon Miela ada online boutique. What its that point I want to tell to you. Miela sebenarnya  ada bercita-cita ingin ada butik sendiri dan salah satu sebab kenapa ambik major marketing ni. Dari assignment tu, Miela try buat produk sendiri insyallah boleh jadi realiti mana tahu kan?.

Lecturer pun ada cakap, nama Salmila Nadia *my real name* boleh komersialkan nama untuk nama butik hahaha. Pun bolehlah, ramai je letak nama sendiri sebagai brand kan?. Nama produk ni main hentam ja. Isnani bermaksud dua dalam bahasa arab. Sebab produk khayalan Miela plan ni boleh dijadikan dua gaya. Satu boleh gayakan sebagai jubah satu lagi gaya, bila ada zip fuction kat dress boleh bukak zip tu boleh gayakan sebagai blouse. Macam seluaq track suit la, boleh jadi seluaq panjang, boleh jadi seluaq pendek bila hampa bukak zip kat lutut. Gituuuuuu.......

Ni salah satu poster advertising Miela buat, abaikan typo huhu.

Begitulah antara kisah kehidupan Miela di universiti ni. Harap-harap 2 tahun berbaki untuk habiskan degree lagi banyak ilmu marketing Miela dapat. Mana tahu dari assignment boleh jadi realiti. 

Tuesday, June 23, 2015

Separuh perjalanan

Salam Ramadhan. Pagi ni barulah nak update entri. Berakhir paper semalam, Marketing Research maka tamatlah zaman secoond year. Tup tup dah nak masuk third year sudah. Sekejap masa berlalu pergi. Maknanya tinggal separuh lagi perjalanan untuk tamatkan zaman degree. Yelah Miela program 4 tahun, bukan macam depa degree 3 tahun. Nanti depa dah grad, Miela masih lagi tersadai di USM huhu.

Bila perempuan balik kampung, kalau boleh satu bilik nak bawak.

Lepas habis last paper, apa lagi packing time lah kan. Sambil packing bukak lagu Balik Kampung sekuat-kuatnya ambil feel kononnya haha. Hanya sebagai student ja tahu betapa bahagianya habis paper ni.

Selepas selesai berbuka puasa, kereta parents sampai. Apa lagi terus blah dari RST ni. Semoga next sidang dapat berjumpa lagi dan pasti makin bertambah cabaran dengan subjek semakin tough dan menguruskan aktiviti persatuan. Kepada yang tak habis lagi paper, teruskanlah perjuangan anda ye. Kalau takda semangat study tu, bacalah tips ini. Ok baibai kami nak enjoy di rumah haha.

Baibai Saujana, desasiswaku.. Jumpa lagi

Friday, June 19, 2015

Semangat raya di HOSTEL

Salam Ramadhan. Memadangkan Miela tinggal satu paper jerrr lagi, agak relax sikit dua tiga hari ni. Makin akan bertambah bahagia lepas habis paper nanti. Arghh excitednya nak balik kampung!!!.

Hari ini dah masuk 2 hari kedua berpuasa di USM. Berpuasa di perantau lain sangatttttt. Walaupun berbuka dengan ramai kawan tetapi hati tetap rindukan berpuasa di rumah. Sabarlah Miela lagi berapa hari lagi, huhuhu.

Menariknya suasana Ramadhan di sini, Miela terjumpa satu post di mana ada student dah pasang lampu raya di bilik . Wooooo raya 27 hari lagi kott. Semangat Miela dengan raya di awal bulan ramadhan sekadar pasang lagu raya je. Ini siap hias lampu raya kat tingkap pulak .

Semangat raya katakann

Ternyata post ni mendapat banyak reaksi. Sampai ada yang teringin nak ikut jejak si penghias lampu raya. Ada cadangkan siap suruh letak pelita lagi, hahaha. Apa-apa lah korang, bukan lama pun berpuasa kat USM ni. Minggu depan dah minggu last exam, lepas tu cuti semester 2 bulan. Semangat-semangat raya, jangan lupa banyakan ibadah di bulan Ramadhan ni. Rugi jika lepaskan peluang untuk kumpul pahala semaksima mungkin di bulan Ramadhan ini :) . 

Soalan mengenai matrik

Salam Ramadhan. Pernah dak hampa bila bukak email atau message rupa-rupanya dah berbulan-bulan tapi baru sekarang nak baca. Some with me T__T. Alahai rasa bersalahnya "kenapa aku baru baca message sekarang?. Hmm mesti depa ingat ceq sombong" . Minta maaf naa, Miela betul-betul tak perasan message tu. Facebook pun satu, tak bagi notifications bila dapat message.


Ada yang PM Miela tanya tentang Matrikulasi, mungkin sebab depa google pasal matrik jumpa blog ni pastu baca, kemudian terus PM Miela. Haaaa begitulah andaian Miela rasa. Walaupun message tersebut dah lama, Miela nak jawab jugak soalan hampa ni. Mungkin boleh dijadikan rujukan junior lain pada masa akan datang.

Dari Nisa:



Walaikumsalam. Untuk soalan pertama, matrik tak pernah mewajibkan student bawak laptop, even ramai je kawan akak masa matrik tak bawak laptop. Tak pakai sangat pun sebenarnya tapi tak tahu laa sistem matrik yang sekarang macam mana. Adakah mengalakkan student mengunakan laptop dalam sesi pembelajaran?. Kedua, koperasi ni depends ikut tempat matrik, kalau matrik Perak dulu bukak sampai kol  10-11 malam kalau tak silap. Manakala untuk jawapan ketiga, kelas biasanya start dari pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang. Dan akan ada gap 1-2 untuk makan tengah hari dan solat.


Dari Nur Liyana:

Walaikumsalam. Terlebih dulu nak ucapkan tahniah kepada Nur Liyana sebab dapat melanjutkan pelajaran ke matrik. Pilihan Liyana untuk study kat matrik Insyallah satu jalan yang sangat berbaloi sebenarnya. Berkaitan soalan tadi, Akak tak pasti bagaimana saluran untuk melanjutkan ke luar negara dengan course akaun ni. Kalau melalui universiti  swasta memang jalan mudah tapi memakan duit yang banyak kecuali dapat biasiswa. Kalau melalui awam, itu tak berapa pasti macam mana. Actually, walaupun study dalam universiti awam, ada peluang untuk merasa study di luar negara tetapi hanya satu semester jelah. Ia dikenali sebagai study exchange program. Contoh kat USM ni, kalau ada yang berminat untuk sertai exchange program kena melalui interview dan result yang bagus.


Itu sahaja jawapan Miela mampu berikan. Hehe maaflah tak dapat jawab dengan baik, tapi Miela try jawab. Jika ada khilaf sepanjang mejawab soalan ni, harap dimaafkan. Miela menjawab sekadar Miela tahu sahaja, takut jugak kalau buat tahu-tahu ni. Untuk pengetahuan hampa, dah lama Miela tinggalkan zaman matrik hampir 3 tahun. Miela masuk matrik pada May 2012 dan sekarang study di USM, nak masuk tahun ketiga dah pun. Huhu rasa dah tua lah pulak, sekejap sahaja masa berlalu tinggal zaman matrik ni.

Sunday, June 14, 2015

2 paper lagi!!



Salam readership. Waktu petang begini daripada Miela terperap di bilik asyik dok scroll FB dan Twitter, hmmmm apa kata Miela update blog pulak. Nak study waktu sekarang, orang cakap study lepas asar tak masuk. Baik buat benda lain. Lagipun trafik blog ni makin lama makin merudum T.T , memang blog ni memang jarang update time belajaq ni. Nanti lepas habis exam nak catch up balik trafik blog huhu.

Jadual exam

Alhamdulilah Miela dah selesai jawab 4 paper, lagi 2 paper to go, yeahhhhh. Miela habis exam 22 haribulan, memang tak mention pun dalam jadual kalau hampa nampak jadual tu. Sebab hat * ni exam kempulan kecil, so boleh ditentukan sendiri nak exam bila. So bincang dengan classmate akhirnya paper penyelidikan pemasaran tu exam pada 22 haribulan.

So disini bermakna terpaksa Miela berpuasa di perantau selama 4 hari. Ini bakal masuk kali kedua puasa di perantau selepas zaman matrik. Ingatkan kalau habis 18 haribulan sempat buka puasa di rumah, tapi tersangkut pulak dek satu paper ni. Takpalah pasarah jelah ekkk. 

Tak taulah macam mana suasana berpuasa dekat USM. Ini mungkin satu pengalaman yang menarik bagi student. Sahur gaya student, kadang-kadang makn biskut dan roti je, itu yang sedih tuu. Kalau hat rajin tu sahur kat kedai mamak kot. Bila time berbuka mungkin meriah macam Miela berbuka puasa zaman matrik dulu sebab berbuka dengan kawan. Apa-apa pun 9 hari lagi nak balik. Cepat cepatlahhhh, hehe.

Monday, June 01, 2015

Tips untuk bangkitkan semangat study

Salam readership. Sejak bermenjak-menjak ni entah kenapa pula Miela rasa macam rajin nak update blog, padahal nak exam lebih kurang seminggu je lagi hoho. Waktu biasa, taknak pulak kau nak update blog bagai? hahaha. Entahlah, kali ni rasa update blog salah merupakan satu cara nak hilangkan stress selepas study.

Semangat study, jangan malu-malu tau datang 

Dulu sebelum masuk zaman belajaq a.k.a zaman sekolah atau dikenali zaman berhingus.  Miela ada cita-cita, "bila aku masuk U nanti, aku nak belajar bersungguh-sungguh sampai mak ayah aku bangga". Tapi bila dah masuk U ni kan, ermmm entahlah semangat study macam ke laut China Selantan. Kenapakah?? "Adakah bila kau dah dapat apa yang kau nak, aku malas nak berusaha?"

Semangat study ni dah ibarat masuk dalam hutan, susah nak cari line internet gitu, hahaha. But I try force myself to study. Tak study, A mana boleh turun dari langit kan. Try untuk cari semangat study. So disini Miela nak bagi tips kat hampa untuk bangkitkan semangat study tu :-

1. Kalau study week hang balik kampung, try tengok muka mak ayah korang. Ingat balik macam mana depa berkorban untuk hang supaya hang masuk univerisiti. Kalau hat tak balik rumah time study week sebab jauh, tengok gambaq pun bolehlah. Yang penting hampa kena ingat mak bapak hampa, jadikan depa sebagai inspirasi untuk belajaq.

2. Dengaq lagu universiti. Ingat tak masa minggu orentasi, hampa punyalah semangatlah bila nyanyi lagu universiti. Masa tu dah pasang tekad nak belajaq bersungguh-sungguh sampai grad. Bila hampa pasang lagu univerisiti, hampa jadi campak belakang masa minggu orentasi tu.

3. Study and reward. Ini Miela rasa ramai sangat student selalu buat. Lepaih study ada reward macam makan ke, tengok movie ke, layan whatsapp ataupun tidoq. Tapi tips ni macam kureng berkesan, sebab selalunya reward akan lebih daripada study hahahaha. Contoh study 5 minit, reward main facebook 2 jam, kahkahkah.

Ramai student selalu buat :3

4. Ok ni last, sebab Miela pun dah start mengantuk bila taip part ni, huhu. Selalu Miela akan terangsang semangat study bila tengok orang lain study. Bila orang dah study banyak, kalut lah nak study. Kalau boleh nak sama atau lebih ngan orang, semangat bersaing bak hang. Tapi kalau dapat kawan jenih malas study, kita pun jadi malas. Ini namanya pengaruh kawan.


Ini sahaja tips dari hamba Allah yang juga seperti pelajar lain sedang dibelenggu oleh sifat MALAS. Mari kita bebaskan diri penjara MALAS, jangan terus dibuai angan dan keseronokan. Ayuh semangat, kita berperang bersenjatakan BUKU. Selamat study week semua dan Good Luck for Your Exam!!