Friday, June 26, 2015

Masalah tajuk blog tak muncul dalam post Facebook

Salam Ramadhan. Sementara nak tunggu waktu berbuka lebih kurang sejam ni, Miela nak update entri ciked. Sebenarnya lama dah masalah ni pendam tapi baru hari ni nak luah. Baca tajuk pun hampa mesti dah agak apa masalahnya kan.

Tajuk blog tak muncul
Setiap kali Miela post link entri kat Facebook, tajuk blog mesti takkan muncul. Dahlah descrption takde. Mungkin masalah disebabkan coding masa Miela edit blog dulu kot?. Atau masalah lain yang Miela tak tahu. 

Result dari Facebook Debugger
Kemudian Miela cuba untuk semak link di Facebook Debugger , result seperti gambar di atas. Bingung Miela dibuatnya, puas google nak selesaikan masalah ni pun masih tak dapat. Bukan apa tak nampak nice lah kalau takda tajuk entri bila share, orang pun tak berminat nak membaca kan?. Nanti nak naikkan trafik blog pun susah. Kalau ada yang tahu selesaikan masalah ni, boleh bagitau Miela yaa. Selamat Berbuka!!

No comments:

Post a Comment