Friday, February 12, 2016

Program motivasi di SMK Sri Kurau

Salam Readership. Minggu lepas Miela ada join program motivasi sebagai fasilator di sebuah sekolah. Menariknya sekolah tu sebenarnya sekolah lama Miela. Hampir 5 tahun tinggalkan SMK Sri Kurau ni, sekejapnya masa berlalu. Tak sangka pula cuti semester sempat juga menabur bakti di sekolah lama. 

Ceritanya begini. Miela ada suggestkan sekolah lama Miela kepada Mahasiswa Berbakti untuk buat program berbakti. Mahasiswa Berbakti sebenarnya kawan-kawan Miela juga. Depa ni geng yang suka buat program motivasi sekitar daerah kerian secara sukarela gituu.

Akhirnya depa terima suggestion Miela, untuk buat program motivasi di situ. Lepas dapat approval dari pengetua barulah dapat laksanakan program motivasi yang bertajuk "Program Motivasi Menuju Puncak" *haha dah macam bunyi Akademi Fantasia pula. Miela pula join program ni sebagai fasi jemputan ni heee.

Dah lama tak tengok pemadangan sekolah sendiri dari tingkat 1. Sebenarnya
sekolah ni ada bangunan  paling tinggi tingkat 1 je.

Wakil abang fasi start bagi ceramah pembakar semangat 

Orang bagi ceramah kat depan, haha sempat juga nak selfie :P

Di akhir program juga dapat berselfie mereka yang terlibat program motivasi ni. Pegang
monopod pulak macam terketaq-ketaq gambaq pun jadi tak berapa nak ready hahaha

Ni muka abang dan akak fasi yang terlibat dalam program motivasi di
SMK Sri Kurau



Last. Tak pernah sangka datang ke sekolah lama sebagai fasilator. Dulu masa Miela masih bersekolah alumni yang bagi ceramah atau jadi fasilator yang datang mostly ada rekod cemerlang masa sekolah. Boleh dikatakan yang datang tu memang senior calon straight A la kat sekolah. Sedangkan Miela jauh nak dicalonkan harapan sekolah, orang cakap sedang-sedang ja percapaian kat sekolah dulu. But now, Miela boleh datang ke sekolah lama dengan tujuan untuk memotivasikan junior-junior supaya mereka pun boleh ikut jejak untuk belajar sampai menara gading.

3 comments: