Monday, March 21, 2016

Jam Tangan Terkini




Salam readership. "Masa itu Emas" itulah orang kita dok cakap. Disebabkan masa itu memang sangat berharga, sudah tentu jam tangan menjadi aksesori paling penting!. Kalau takda jam tangan, tangan rasa ringan dan kosong. Sedangkan Miela sendiri kalau keluar bilik baru kunci pintu terlupa pakai jam tangan, sanggup masuk balik bilik nak pakai jam tangan. Punyalahhhhh.

Jam tangan di pasaran ada macam-macam jenis tidak kira lelaki dan wanita. Secara asasnya jam tangan dianggap sebagai alat mengetahui masa. Tapi bila dah masuk zaman moden ni, jam tangan sekarang sudah diupgrade dengan dari segi rekaan dengan sentuhan yang kreatif dan moden seiring perkembangan trend fesyen terkini dalam dunia yang serba moden.

Pada zaman sekarang ni jam tangan pun dah berfungsi aksesori untuk menonjolkan penampilan tau. Percaya tak, bahawa seutas jam tangan sebenarnya mampu membuatkan imej seseorang kelihatan lebih menarik dan bergaya?. Kadang-kadang orang pakai pakaian biasa pun, tapi bila orang lain nampak jam tangan yang dia pakai sangat stail dah nampak cool kan?. Apa yang pasti korang haruslah dapatkan the latest watches collection yang ada dalam pasaran. 


Jom tengok macam-macam stail jam tangan terkini popular untuk lelaki dan wanita yang boleh digayakan seperti di bawah ini.



Koleksi jam tangan wanita terkini yang boleh korang lihat dalam pasaran sekarang ini dibanjiri dengan macam-macam seleksi pilihan yang cukup menarik. Mengekalkan rekaan yang feminine untuk dipadankan bersama gaya yang lebih lembut tetapi jam tangan wanita sekarang ini lebih bergaya sesuai dengan trend fesyen terkini yang sedang popular dalam pasaran.


Manakala di bawah ini pula dua gaya yang paling popular dalam kalangan lelaki dalam menggayakan jam tangan untuk stail lelaki urban gitu






Bagaimana? Macam menarik kan? Miela pasti stail jam tangan di atas untuk lelaki dan wanita dapat memberikan idea untuk menggayakan jam tangan terbaru. Korang juga boleh dapatkan gaya inspirasi daripada artis feveret korang untuk kelihatan lebih bergaya. Get inspired from their styles and mix it with to suit with your taste for a revamped look!


Tuesday, March 01, 2016

Buat duit online untuk pelajar



Salam Readership. Siapa yang masih student kat sini angkat tangan??. Eh macam ramai jugak. Miela pun masih student lagi. Untuk entri kali ni Miela nak kongsikan cara-cara nak buat duit secara online terutama student. Biasalah student macam kita kadang-kadang busy tapi pada yang sama kita perlukan duit yang lebih. Cara paling mudahnya kita boleh buat duit secara online tanpa memakan masa yang banyak hanya perlu hadap depan laptop atau smartphone.



1. Nuffnang
Nuffnang merupakan iklan blog berbayar. Macam korang tengok iklan dalam blog ni merupakan iklan berbayar. Nuffnang paling mudah nak masuk income untuk blog view yang tinggi. Kadang-kadang korang tak update blog sebulan, duit masuk je. Sebab CPC dan CPUV tinggi. Yang penting blogger kena rajin berusaha naikkan ranting blog supaya CPC dan CPUV masuk macam ayaq gituu.




2. 8share
Berbanding dengan nuffnang, 8Share boleh jana income melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Korang hanya perlu share link di laman sosial, dan setiap unique per click akan masuk RM0.20. Alhamdulilah sebelum ni Miela pernah cashout melalui 8Share, memang berbaloi sebab langsung tak pakai modal.


3. Dropship
Dropship memang sangat sesuai yang nak mulaikan bisnes tapi takut risiko nak keluarkan modal. Dropship korang hanya perlu promote barang dan ambik order dari customer sahaja. Sekarang ni banyak kedai online offer dropship, grab je peluang tu. Mana tahu dropship boleh memabantu untuk menjana pendapatan tambahan.



4. Jawab survey
Jawab survey mudah ja sebenanrnya cuma korang perlu sabar bila dapat jawab soalan survey 30-40 minit. Lagi lama atau banyak soalan survey yang ditanya lagi banyak point masuk. Bila points dah cukup korang boleh tebus baucer atau wang. Toluna, AIP Survey, Ipanelsurvey antara laman web survey yang popular yang menawarkan ganjaran. 



5. Freelance designer
Miela sebenarnya pernah berpengalaman jadi freelance designer. Tak perlu jumpa face to face pun, boleh hubungi client secara online. Lagi menjimatkan masa. Cuma jadi masalah sikit buat kita nak buat design, client bagi arahan secara online kadang-kadang mengelirukan jugak la. So setiap kali kalau dapat tempahan kena faham arahan client betul-betul. Agak lumayan upah designer ni. Kalau pandai mendesign ni, korang jangan sia-sia kan. Boleh menjana pendapatan tambahan.


Itu sahaja Miela kongsikan tentang pengalaman buat duit online ni. Sebenanrnya banyak cara lagi buat secara online seperti join affiliate, isi data, review produk dan lain-lain. Cuma Miela tak pernah join lagi so tak berani nak bagi review dulu. Kalau yang ada pernah join selain point yang Miela bagi juga boleh kongsikan di ruangan komen. Jadi ambillah peluang dengan kemudahan internet yang ada untuk menjana pendapatan sampingan. 


10 ebook tentang suatu cara buat duit online (Ebook percuma).
-> http://ariffcs.com/10_ebook_percuma