Friday, March 31, 2017

Review Milo Energy Cube



Salam Readership. Mila tau sekarang femes jugak Milo Cube.  Comel pulak bentuk dia. Dan kita tau Milo tu kalau kita minum ayaq dia ka, ratah serbuk Milo ka suma tetap sedap. Hampa ingat dak masa kecik dulu, ada lori Milo mai kat sekolah pastu hampa punya excited la, betuk tak?. Tak cukup satu cup, rasa nak ambik lagi. Jangan tipu ok  😏. Tu bukti kesedapan Milo. Tapi bagaimana pula rasa Milo Cube tu?. 

Sebelum tu Miela nak cakap, ni review jujur ya. Kalau tak puas hati rasa sendiri sedap ke dak 😂. Tekak lain-lain. Sebelum ni pernah dengaq, ada kawan beli Milo Cube tapi agak mengecewakan jugak la. Tapi Miela tak puas hati, tak percaya apa dia cakap haha. Teringin nak rasa, tapi Milo Cube mahal sikit kalau beli paket. Harga satu paket ada 100pcs lebih kurang RM40 50 ke atas kot tak silap. 

Sampai jugak milo cube ke tangan.
rupa milo cube sebenar

Jadinya Miela ragu-ragu nak beli. Dahlah mahal kalau beli tak sedap rugi la pula. Tapi nak rasa jugak, terigin!! *mengamuk macam budak*. Akhirnya bila satu hari tu ada kawan post kat facebook jual Milo Cube ikut pcs. Maka tengok post tu dengan mata bercahayanya 😍. So jimat sikit, tak payah beli satu paket hat mahal. Untuk nak merasa Miela beli 30pcs dapat RM18, nama pun testing nak merasa.

Pendapat jujur Milo, Milo dalam bentuk cube memang sedap. Tapppiiiiiiii rasanya Milo Cube TAK BERBALOI beli, sebab mahal dan rasa SAMA macam hampa makan serbuk Milo dalam tin. Believe me, tak tipu wei 😂😂😂😂😂. Kalau hampa beli Milo dalam tin baru harga RM30 lebih, dapat banyak. Tapi Milo cube, milo dia macam 1/2 daripada serbuk tin dengan harga RM40 lebih. Cuma Milo cube mungkin boleh guna untuk decorate kek ke ice cream ke memang sesuai la. Itulah review jujur dari saya yer, haha jangan marah.


5 comments:

  1. MILO Energy Cube viral! Sejenis yg suka ratah milo tu bole try milo mcm ni. Sedap teruk!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tengok dia dah cube siap2... Tapi betul jegak, mcm rugi kalau beli if rasa sama... hehe

    ReplyDelete
  3. Viral kan baru2 ni milo cube ni. Selamat kak ana tak teringin tahap gaban dgn milo cube ni. Kalau tak, mesti dah terbeli. Hehe

    ReplyDelete
  4. ni kalau sepuluh pun belum kenyang ni hahaha..baik makan milo guna sudu..

    ReplyDelete