Salam Readership. Kerap jugak eh blog ni update pasal makanan. Nak buat macam mana, modal update entri cuma makanan ja 😂. Maybe I'm food lover. Baru-baru ni Miela baru makan Sushi King. First time kot pergi sebab Miela bukan peminat sushi. Tapi entah macam mana tah mood macam orang mengidam, tetiba nak makan benda tak berapa suka makan. Actually bukan nak makan sushi pun, sebab I tergoda iklan kat Facebook Sushi King. Baru tau Sushi King bukan ada jual sushi je, tapi makanan Jepun lain seperti udon, ramen, salmon grill dan lain-lain. Nampak sedap pulak tengok iklan dia. 



Dalam Sushi King mesti ada benda alah ni. Yang sushi bergerak-gerak macam kat tempat letak luggage kat airport tu. Yang ada kat situ tu untuk side dish, kalau nak ambik, boleh ambik je. Tapi jangan lupa bayar ek 😁.



Antara menu yang ada selain Sushi. Sebenarnya banyak lagi tak sempat nak tangkap gambaq semua sebab excited nak order. Miela pilih mixed bento kemudian Milo Dinosaur. Adik pulak pilih Udon Black Paper dengan sushi sotong.


Tadaa makanan dah sampai. Untuk taste paling sedap kitorang order ialah Udon Black Paper. Kalau korang pergi Sushi King mesti try Udon Black Paper, sedap weh. Harga dia cuma RM10++. Yang Mixed Bento sedap jugak, especially salmon dengan ayam goreng. Ayam Goreng dia sedap sangat. Nasi dia pulak nampak ja sikit tapi makan sikit je dah kenyang, sebab dia lembik macam ada letak something yang kita rasa kalau makan sikit pun kenyang. 

Jadi kalau nak merasa keenakan makanan di Sushi King boleh pergi ke cawangan terdekat. Untuk lebih lanjut boleh ke website Sushi King atau Facebook Sushi King

6 Comments

  1. Tiba-tiba teringin sushi pulak bila baca entry ni! dah lama tak berkunjung ke sushi king haha ini satu kekejaman ni.

    ReplyDelete
  2. Saya boleh makan sushi yang dijual di sushi king sahaja. Tempat lain saya tak boleh nak telan.

    ReplyDelete
  3. mielaa, sushi king ni yg xbestnya dia tunjuk kalori pemakanan. kita nak order pun teragak agak haha

    ReplyDelete
  4. ya allah sushi nih nampak sedap tpi bila nak telan je mesti tak lepas . hmm

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka makan mixed bento kalau pergi sushi king. Tempura ayam and salmon tu memang sedap gila kan..

    ReplyDelete