Sunday, December 23, 2018

Planner 2019 murah hanya RM5.90 sahaja

Salam Readership. Tinggal 7 hari lagi nak masuk tahun baru. Huhu ada yang dah bertukar angka pertama ke? 🙈

Back to topik, antara keperluan masuk tahun baru ni, untuk kerja memerlukan date yang tertentu of course perlukan planner. Normally harga pasaran planner berpuluh-puluh ringgit. Tapi Miela jumpa planner tak sampai RM10 ringgit.


Taadaa planner 2019 cuma RM5.90, beli kat Daiso jer



Size planner ni kecik je, besar-besar pen dalam 13x18 cm



Dalam dia ada kalender boleh isi memo penting



Gambar kurang jelas sikit, tapi ada ruang tulis nota dengan garis kotak-kotak kecik macam buku matematik tuu


Yang best lagi buku planner Daiso siap ada pembalut buku supaya buku tak kotor atau rosak kalau terkena air. Berbaloi, sebab ada fungsi minimal untuk kita tulis memo dekat planner. Miela pun prefer planer harga murah-murah sebab tulisan tak berapa cantik sangat lepas tu semangat tulis planner awal-awal je bila hujung-hujung tak banyak tulis sangat pun 😂😂. Cukuplah susun task agak teratur supaya tak terlupa dateline task nanti.

Ada beberapa hari lagi nak masuk tahun baru, masih ada masa nak dapatkan planner murah kat Daiso berdekatan yer!

Sunday, December 09, 2018

Cara memohon pasport Malaysia

Salam Readership. Pasport adalah benda wajib korang bawak untuk korang pergi ke luar negara. Jadi untuk pertama kali umur 24 tahun, Miela baru buat pasport ni. Kalau korang nak tahu tempoh sah pasport sekarang 5 tahun, cuma bayar RM200 sahaja. Tapi ada kes tertentu korang boleh refer di bawah.


Alkisah Miela sebelum ni pernah pergi satu pejabat Imigresen ni, sampai dalam pukul 9 tak silap. Sampai kaunter cakap nombor dah habis. Huhu siapa suruh pergi lambat, dahlah jauh sampai. So terpaksa buat hari lain. Bila buat hari lain, terus tukar tempat. Miela pergi Pejabat Imigresen Malaysia Butterworth. 7.20 pagi dah menapak dekat imi Butterworth tau takut nombor habis.



Nampak tak, baru pukul 7.37 dah dapat nombor 1016. Tu baru 7.30 macam tu dah ada orang kot. So Miela nasihat baik korang pergi awal, kalau lambat mesti 5 jam menunggu. Sebelum korang buat pasport sediakan salinan IC siap-siap okay.

Untuk panggilan pertama, dorang akan suruh korang tangkap gambar. Normally kalau pakai spek atau contact lens memang akan suruh bukak punya. Dan pakai tudung tu, better warna cerah. Kalau tak dia akan bagi tudung sarung makcik-makcik warna hitam suruh korang pakai huhu.

Settle tangkap gambar, korang kena tunggu lagi turn untuk bayar. Yang ni sekejap je dah bayar tinggal tunggu pasport siap ja. Lepas bayar korang akan dapat slip macam bawah ni.



Normally, korang tunggu 1 jam untuk tunggu pasport tu siap n ambil di kaunter. Tapi kalau nak ambil hari lain pun boleh. Tapi sebab Miela jauh dari Perak ke Butterworth semata-mata nak buat posport better ambil pasport hari tu juga. Main phone jap, tak sedar pasport dah siap dah. Ambil masa 2 jam juga dekat pejabat imigresen ni, itupun paling awal tau sebab datang awal. 


Okay siap dah pasport, bolehlah bercuti ke luar negara 😙

Sunday, December 02, 2018

Honest Review Facial Cleanser Tea Tree Oil Cosmoderm

Salam Readership. Hari ni Miela nak bagi honest review tentang satu produk Cosmoderm. Serius ini bukan review berbayar. Tapi kalau berbayar pun memang bagi honest review juga hehe. Tujuaannya Miela nak bagitau kat hampa, kalau tengah alami masalah jerawat tu better korang cuba pakai Facial Cleanser Tea Tree Oil dari Cosmoderm.

Kalau first time dengar brand Cosmoderm mesti ingat produk luar negara punya. Langsung takde ciri krim kilo ke apa. Tapi sebenarnya Cosmoderm produk keluaran tempatan Malaysia yang berkualiti okay. Produk ni senang je dapat di farmasi, Watson dan Guardian. 

Macam mana terdetik nak try?. Sebelum ni pernah dengar and baca dekat socmed pasal bagusnya produk Cosmoderm. Tapi tak rasa nak beli lagi, sebab pencuci muka dulu boleh pakai lagi haha. Tapi masa pergi Watson, ada offer dalam RM12++ jerrr, harga asal RM18++ tak silap. Murah kot, dengan function boleh redakan jerawat. Sebab sebelum ni pakai pencuci muka lain jerawat macam tu je tak berubah 😂


Dengan kawalan minyak


Apa yang best
- Ada vitamin E 200 I.U boleh kurangkan kawalan minyak, kotoran dan pori tersumbat
- Ada  minyak Tea Tree Oil yang terkenal dengan fungsi meredakan jerawat dan iritasi
- Bau wangi dan berbuih
- Harga berpatutan dengan pencuci muka 125ml

Selepas Miela gunakan pencuci muka Tea Tree Oil Cosmoderm, jerawat jadi akan cepat reda setiap kali jerawat baru timbul. Selalu kalau ada jerawat ni, mesti kena sapu ubat jerawat. Tapi bila pakai yang ini, ubat jerawat macam tak perlu kot. Sebab pencuci muka ni dah pandai redakan jerawat. So far pencuci muka yang ni dah ngam dengan kulit muka Miela. Jadi kalau korang nak dapatkan Facial Cleanser Tea Tree Oil Cosmoderm boleh dapatkan di farmasi, Watson atau guardian. Ataua boleh dapatkan di Shopee dan Lazada 😄