Saturday, March 09, 2019

Persiapan sebelum ke Seoul, Korea PART 1 : Daiso Shopping Haul

Salam Redership. Sepatutnya Mila update entri sebulannnnn yang lepas. Tapi sebab kekangan masa baru sekarang nak update. Alhamudulilah dah selamat pulang dari Seoul, Korea dua minggu lepas. Mila tak tak tahu entri sekarang ni valid untuk masa sekarang ni sebab sekarang Seoul dah hampir penghujung musim sejuk. So pembelian barang banyak more to winter season. Tapi takple laaa untuk mana tahu berguna entri ni untuk masa akan datang hehe.


Tadaa inilah barang Miela beli kat Daiso sebelum travel. Selalu barang-barang winter mahal sikit, dapat kt daiso boleh beli macam-macam. First time shopping banyak sikit kat Daiso, selalu beli beli 2 3 barang je sebab nak jimattttt, takut beli tak guna haha.



Glove winter ada macam-macam jenis, masa beli tu pilih ada touchscreen glove konon-konon boleh main phone sambil pakai glove siap test lagi kat sana. Tapi bila pakai rasa walaupun glove boleh touchscreen prefer buka lagi sebab lagi selesa nak main phone dan tangkap gambar. Glove daiso walaupun murah boleh tahan sejuk wei, cuma hampa kena pandai pilih hat tebal lagi best pakai macam belah kanan dalam gambar.


Penutup mata konon nak pakai masa dalam flight 6 jam, senang tido. Tapi realiti tak boleh tido, dan banyak habiskan masa tengok drama dan movie dalam flight haha.


Yang ni hat kecik ada 8pcs, sebernarnya banyak size tapi harga yang sama dan kuantiti yang berbeza. I suggest beli dulu heatpack Malaysia tapi jangan banyak just sebagai awal-awal sampai Korea dulu sementara nak heatpack dekat Seoul. Sebab heatpack dekat Seoul lagi best pakai, nanti Miela share best heatpack kat Korea next entri yee.


Beli jer, mana tahu boleh pakai. Sebab daalam ni ada 80pcs, boleh tahan 2-3 bulan 😆


Vacuum bag, item wajib beli sebelum travel sebab dia akan jimatkan space bagasi korang. Tambah-tambah baju winter yang tebal, masuk dalam vacum beg jadi leper. 


Biasanya musim sejuk, telinga salah satu anggota badan sensetif bila kena sejuk. Mila beli dua jenis, hat jenis berbulu motif nak ootd je kot 😂. Sedangkan tengok orang Korea tak pakai sangat benda berbulu-bulu kat telinga.


Last earphone daiso. Sound dia biasa je tapi earphone jenis tahan lama. Dulu time berlajar pernah beli, tahan nak dekat setahun kalau beli kat mr diy yang murah-murah sikit cepat rosak.


Total shopping semua RM53.10. Actually banyak barang bagus-bagus kat Daiso, satu jam tak cukup duduk kat Daiso kalau nak explore barang best kat Daiso ni.


Entri berkaitan:

4 comments:

  1. Comel brg Daiso. Hee. Thanks for sharing awak :)

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/03/book-review-lelaki-neraka-by-asraf.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, mmg comel barang-barang Daiso. Kalau ada duit lebih, lagi macam2 beli

      Delete
  2. betul, tak berguna waktu sekarang, insya-allah entri ni jadi rujukan akan datang. Bestnya dapat pergi jalan2 dekat negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe best sangat. Rasa nak pergi lagi Seoul tu

      Delete