Sunday, June 30, 2019

Shopping Haul Guardian All Skin Care Brand 40%



Salam Readership semuanyaa. Guardian ni kan makin menjadi-jadi buat sale. Kisahnya macam ni, asalnya pergi mall sekadar makan Texas je, kemudian lepas kawan ajak pergi Guardian nak cari barang. Kita ikut je, langsung tak ingat Guardian tengah buat sale masa tu. Bila masuk, OMG banyaknya skin care favourite I sale. Beza harga banyak tu, so TER shopping skincare kat situ untuk buat stok skincare kebetulan skincare kat rumah pun macam nak habis.



So 4 barang ni yang Mila beli lebih kurang RM35 semuanya. Selalu kalau beli setiap kali shopping skincare paling kurang RM50 sampai RM100 macam tu. Ada product kat atas memang murah, dan bertambah murah bila sale. Then ada product baru nak try, and ada product dah sebati dengan I of course bila sale memang tak akan lepaskan beli. 


Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser
Harga asal RM16.90, harga sale RM10.32. Product yang  ni tak perlu nak review banyak, sebab dah pernah review dekat entri Honest Review Facial Cleanser Tea Tree Oil Cosmoderm . So pencuci muka yang ni memang sesuai dengan kulit mila dan selalu bagi result yang okay, jadi I keep using this.


Rosken Sensitive Skin Cream
Harga asal RM16.90, harga sale RM10.14. Sebelum ni pernah pakai Rosken Dry Skin punya sebagai moisturizer. Oklah dia sebab pH dia stable, bila ada jerawat esok lepas pakai kecut jerawat tu.  Then nak try pulak yang sensitive skin cream, sebabnya muka Mila sensitif sikit kalau pakai foundation. So dengan harapnya kalau pakai sensitive skin akan bagi kesan lebih daripada Rosken Dry Skin.


Safi Balqis Oxy White Pembersih Solekan
Harga asal RM17.20, harga sale RM10.32. Rasa tergerak hati nak beli makeup remover dari Safi sebab dengan 200ml boleh dapat RM10.32 jer, confirm stock makeup remover boleh tahan lama. Jimat duit. Dah pakai sikit, dia ada bau wangi then memang Mila suka bau dia. 


Safi Penyeger Muka Aloe Vera & Habbatus Suada
Harga asal RM7.80, harga sale RM4.68. Memang murah giler toner Safi. Tak pernah try lagi toner ni, nak habiskan toner yang ada baru pakai yang ini. Tapi pernah baca review tentang toner Safi Aloe Vera & Habbatus Sauda ramai bagi feedback okay. Lagi satu yang tertarik nak beli bila baca descritioption kat belakang toner ada fungsi antibakteria.

Okay itu sahaja shopping haul kali ini. Memang bebaloi-baloi shopping skincare time sale ni. Nasib time sale gaji tengah masuk huhu.

Sunday, June 23, 2019

Tips pastikan karpet sentiasa bersih dan bebas kuman jika bela kucing

Salam Readership. Jujur sebelum ni Mila memang tak ambil tahu tentang kepentingan produk detol melainkan sabun detol je. But lately tetiba datang alahan gatal sikit. Bila cari punca rupanya dari karpet bilik I duduk tu.Dah cuci habis dah, setiap 2-3 hari siap vacumm nak hilangkan gatal, padahal dah buat segala benda. Maybe penyakit mai datang tiba-tiba sebab kucing sekarang tido dalam bilik, nak halau tak sampai hati.

Satu hari tu terjumpa group facebook tanya cara nak cuci carpet. Macam-macam ada, tapi nak instant buat hari-hari depa rekomen Dettol Disinfectant Surface Spray, sebab katanya boleh hilangkan bau dan kuman. So Mila cari benda alah ni, but I terkejut jumpa kat Shopee harga murah giler RM10.20 jer. Sedangkan tengok tempat lain harga mau dekat RM20 jugak. Jimat banyak, so tanpa ragu-ragu terus beli

Yang ini paling murah hampa boleh dapat dekat Shopee, campoq postage still murah

Taadaa barang pun dah sampai, mari tengok detail dia


So produk ni memang akan claim ada bau wangi dan mampu hapuskan kuman

Bila lepas pakai:
Untuk first impression bau memang wangi tapi macam bau ubat. Semboq sekali memang dah kuat bau. Normally guna semboq dekat carpet dengan tempat tidur. The result memang takde gatal-gatal walaupun kucing dok melawat bilik banyak kali.Dengan harga RM10.20 rasa berbaloi beli, tapi I still sayang nak guna hari-hari takut habis haha. So hampa nak rasa bersih rumah, nak hilangkan kuman-kuman yang tak nampak boleh guna yang ni

Trip ke South Korea 6 hari 5 malam PART 2

Destinasi seterusnya, tempat yang wajib sangat pergi of courselah Pulau Nami. Pulau Nami memang terkenal dengan drama Winter Senota. Kitaorang pergi ke Nami Island naik subway, cuma kena berhenti banyak stop juga. Untung the day pergi Pulau Nami tengah salji. Bayangkan tengah salji pergi pulau tempat cantik , feeling sangat. Tapi masa turun salji tu bila ke luar Seoul macam Pulau Nami memang sejukkk gilerrrrrrrr dari Seoul. Rasanya masa tu 0 atau negatif celsius tak silap.

Masa ni sajli tengah lebat, sempat lagi nak bergambar walupun tangan dah kebas masa tu

Nampak tak sajli punya banyak masa ni 


Sampai juga di bumi Winter Sonata

Lepas kitaorang spend beberapa jam di Pulau Nami, kami pergi Petite France. Dengar dekat je, rasanya dalam 15-20 minit dari jeti. Jalan ke Petite France agaklah pening sikit sebab banyak giler selekoh tambah pulak hampa rasa pelik jalan dekat Korea pemandu belah kiri haha, jadi jalan kiri dan kanan pun bertukar.



Petiti France pernah jadi tempat pengambaran Running Man dan My Love from the Star. Rekaan bangunan dekat sini unik-unik berunsurkan france gituu.

Kitaorang juga berpeluang dapat melawat Sungkyunkwan University. Dari Seoul ke Sungkyunkwan University ambil masa dalam sejam juga sebab luar Seoul. Universiti ni famous juga sebab diasaskan pada zaman Disnati Jaseon. Tujuan pergi ke Sungkyunkwan University sebab nak tengok adik konvo. Konvo dorang biasa-biasa je tak semeriah dekat Malaysia, konvo pun tak lama sejam je. Tap kalau buku tamat universiti doraang memang gempak la siap ada photoshoot untuk buat kenangan. 






Musim sejuk dapat rasa kopi panas dengan roti bakar icing vanila memang best. Sedap giler harga cuma 5000won kat Sungkyunkwan University


Lepas tu kitaorang pergi ke Myeongdong. Tempat ni kalau memang tak sah pergi pasar malam dia. Yang famous makanan halal boleh makan kebab arab, banana nutella, roti telur lepas tu dah tak ingat dah haha



Di Myeongdong kitaorang sempat merasa bingsu original Korea di Cafe Sulbing. Adik cakap bingsu boleh makan kat cafe sulbing halal, so seronok dapat makan bingsu walaupun masa tu musim winter. Selalu makan bingsu dekat Malaysia je. Ni bila makan dekat Seoul, serius memang tak boleh lawan bingsu kat Malaysia

Selfie sebelum makan bingsu


The next day pula kitaorang shopping di namdaemun market. Recommeded sangat kalau korang nak beli souvenir. Murah-murah belaka. Serius paling tak boleh move on dengan accessories sebab design berkualiti and tak sama design kalau beli accessories dekat negara sendiri. Harga gelang boleh dapat semurah 2000won jer, kalau 5000won lagi cantik. Rambang mata dibuatnya




The last one, part paling excited nak share video Trip Seoul Feb 2019. Dari hari pertama sampai last semua ada kat situ. Jangan lupa tengok yer