Untuk kali ni nak story aktiviti sekitar di Kota Kinabalu. Semua tempat kitaorang pergi masuk free je tak payah bayar. Banyak tempat attraction rupanya dekat Kota Kinabalu, of courselah seafood di Sabah sangat-sangat murah.

Hari kedua day actually banyak more to pergi shopping mall sementara menunggu kawan yang lain sampai di Kota Kinabalu. Shopping Mall kitaorang dah tawaf Imago Shopping Mall, Jesselton Mall dengan Suria Sabah Shopping Mall. Suria Shopping Mall antara paling best sebab sebelah laut, and ada tempat ootd dekat food court sebelah laut.


Cantik tak laut sebelah Suria Sabah Shopping Mall? warna laut warna biru wehhh. Menariknya food court sebelah laut jer, boleh lihat pemadangan laut sambil makan. Makanan yang sedap food cort  Suria Sabah Shopping Mall ialah nasi ayam

Makan nasi ayam sambil menikmati pemadangan laut


Next tempat Tanjung Aru, Tanjung Aru sesuai untuk korang jalan lihat kawasan pantai sambil melihat matahari terbenam. Dekat sini boleh buat port untuk bergambar juga. Jangan lupa minum kelapa susu dekat sini yer.




Pemadangan ketika matahari terbenam di Tanjung Aru

Terus skip hari keempat sebab hari ketiga kitaorang pergi Kundasang, so akan diceritakan di lain entri. Seterusnya kitaorang pergi ke Signal Hill untuk menikmati pemadangan Kota Kinabalu




Pemadangan dari Signal Hill

Kemudian kitaorang cuci mata sebelum matahari terbenam dekat Todak Waterfront. Dekat Todak Waterfront betul-betul sebelah foodcourt seafood yang murah-murah. Foodcourt seafood ni buka sekitar 5.30 petang sampailah malam.



Tangkap gambar dulu walaupun masa ni tengah lapar hahaha

Lobster nampak mengancam dan segar

Set dinner yang kitaorang makan RM65 untuk 5 orang. Menu ialah udang masak butter dalam 14 ketul tak silap, ikan kerapu masak 3 rasa, sayur tauge dan sotong goreng. Semua segar-segar seafood dia.


Bila pergi Sabah memang tak sahlah kalau tak beli ole-ole. Naik flight mahal-mahal rugi pulak tak beli ole-ole 😆. Tempat yang wajib pegi Pasar Filipin. Dekat sini jual pelbagai kraftangan, perhiasan dan makanan orang Sabah. Apa yang Miela suka kat sini ada jual amplang. Amplang makanan wajib bawak balik sebagai ole-ole



Boleh cari kedai dry food, boleh amplang murah  4 bungkus RM10

Last day sebelum balik, luckily dapat singgah ke Gaya Street. Gaya Street tak selalu ada, cuma ada hari pagi Ahad. Pastikan kalau ada di Sabah wajib pergi Gaya Street. Disini pun ada juga barang kraftangan yang rare dan cantik. Dekat Gaya Street sesuai juga dijadikan port untuk sarapan pagi.


Pagi Ahad di Gaya Street

Itu sahaja itinerary simple di Kota Kinabalu, Sabah. Surprisingly semua tempat kami pergi free entrance je. Jimat banyak kan?, boleh save duit dekat makanan dan ole-ole. Dekat Kota Kinabalu selalu jem, so better sebenarnya pusing satu Kota Kinabalu naik Grab. Sebab kalau naik Grab tak perlu susah cari parking dan confirm tak sesat. Nantikan pula entri seterusnya tentang penginapan pula di Sabah




Entri berkaitan:
Review Audrey Capsule Hotel, Kota Kinabalu Sabah
Review bermalam di Sakot Hotel, Kota Kinabalu

3 Comments

  1. Mall tepi lau. makan sedap murah seafood mengancam aduhhh kena pegi jugak sabahh niii

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa pergi sabah . Nie wishlist yang dah berapa tahun tapi tak tertunai lagi . .

    ReplyDelete