Thursday, November 22, 2012

Catch Me If You Wanna


Amboi blog orang tu dah aktif berblogging balik. Ini tak boleh jadi, saya nak update blog juga :D. Cuti yang tinggal 2 3 hari patut digunakan mengupdate blog biru ni. Alamak cuti nak habis, Oh My!!. Sedih cuti 2 minggu tak cukup. Wahai matrik ku sayang bolehkah tambah cuti untuk seminggu lagi?. Jawapan: Tak boleh!!. Redha jelah :(.

Kenal tak ayat " Catch Me If You Wanna"?. Kalau  tak minat korea, tak tahu la kan. Ini adalah baris lirik lagu TVXQ baru Catch Me. *mood korea. Dah lama blog biru ni tak dihiasi entri korea, so apa salahnya nak berkorea jap, hehe.

TVXQ

Actually Miela mula-mula tak kenal sangat TVXQ ni. Langsung tak minat, lainlah group lelaki korea macam CN Blue ke, SUJU ke Miela minatlah. TVXQ dua orang je pun, macam tak best jer. Tapi sejak tonton running man episode ke berapa tah yang baru-baru ni tetiba minat lagu dorang. Sekali dengar, wow macam best. Tarian lagu catch me memang gempak la. Dalam Running Man dorang menari atas rumput tau semata-mata nak bangunkan running man daripada tidur. Ala macam morning call IU pernah buat tu.

Catch Me

Suka tarian dorang ni. Tarian dorang nie di panggil tarian Hulk. Kalau tonton Music Bank, bertenaga sungguh TVXQ menari kat stage secara live pulak tu. Ditanya apa secret dorang sentiasa bertenaga kat stage, yelah tarian macam ni perlukan tenaga yang banyak. Jawapanya minum giseng merah?, -,-' apa tuh. Whatever lah, haha. 

Hulk dance



Tak payah cerita lebih lagi, apa kata layan video TVXQ yang baru nie. Enjoy!.


Sunday, November 18, 2012

In Shaa Allah

Dah seminggu cuti sem berlalu, lagi seminggu lagi cuti sem akan berakhir. So, gunalah masa sebaik-baiknya cuti 2 minggu ni. Kan bagus my holiday is infinity?. Bapak, tak belajar la kau, Miela?. Duduk rumah sepanjang masa.#EhLaritopik.

Sebelum lari lebih jauh dari topik baik Miela jelaskan apa topik hari ni. Cee waah main topik-topik macam tak sabar nak belajar balik :P. Today, nak share benda yang simple jer. Benda ni Miela jumpa kat dari muka buku berwarna biru siapa lagi kalau bukan Facebook.



See?. Sebelum Miela ni mengaku khilaf dalam tulis status ke termasuk juga entri dalam blog ni. Miela selalu tulis Insyallah tanpa tahu makna sebenar. Sepatutnya IN SHAA ALLAH, kerana kalau cantum berbawa masuk lain kalau dipisahkan bermaksud "dengan izin Allah SWT". Mulakan dari sekarang sama-samalah kita  perbetulkan daripada Insyallah kepada IN SHAA ALLAH.

Up to date : Pencerahan, sebenarnya Insyallah dan In Shaa Allah dua-dua boleh guna. Sorry kalau post ni megelirukan. So do worry la, dua-dua menbawa maksud yang sama :D


Thursday, November 15, 2012

Happy Birthday to me


Salam maal hijrah semua. Entri ni macam angkat bakul sendiri, haha. Sebenarnya semalam birthday Miela. Dan semalam juga ulang tahun buat kali pertama ambil SPM. Tahu lepas kan Birthday Miela jatuh pada hari first ambil SPM. Sampai bila-bila pun Cik Miela akan ingat hari bila Miela ambil SPM. Rasa baru
je lagi ambil paper BM, sekarang semua dah haluan masing-masing. Tahun ni Miela sambut bithday sebagai pelajar matrik pula,hehe.

Namun orang yang melahirkan Miela, juga tak lupa iaitu Mak miela sendiri. I love you mum. Kan??. Kau jangan ingat bila birthday kau, ingat diri kau je?. Mak kau kena ingat juga. So semalam adalah ulang tahun ke - 18. Takkan 17 lagi kot, hehe. Semalam hangout dengan kawan-kawan alang-alang dah lama tak jumpa kawan-kawan sejak dok kat matrik nie. Thanks yaw kawan, meraikan birthday girl ni kan.


Alolo mereka nie.


Hei ecah kau tengah berceloteh apa tu


Sekadar Hiasan, hakhak


Birthday Girl

Tu je gambar yang dipaparkan. Malas nak tunjuk gambar lain, biarlah rahsia bak kata Dato' Siti. Hehe. Kalau korang perasan memang tak da kek, sambut birthday dengan ayam Kentucy jer. Kek-kek ni tak perlu kan?. Yang penting memang Miela enjoy cuti ni. Penuh bermakna.