Saturday, October 29, 2011

Contest:Blog Paling Tercute Di Dunia



Tadi dean chumell tag Cik Miela untuk contest nie, so rasa dah lama tak join contest, nak join la. So tak nak banyak cerita, jom kita intai syarat-syaratnya....

  1. Like Page Like Sini
  2. Kowg WAJIB follow blog azira yang comel nie ..hiihii
  3. Kowg kne wat entry pasal contest nie letak tajuk "Blog Paling Tercute Di Dunia" and letak header yg kat diatas nie.
  4. 4.tag 2 owg kawan kowg tok join..make sure kwn kowg tahu yg kowg tag dowg
    5. dah siap wat entry tu kowg kne post kat comment bawah tu
    6.tarikh tutup ----> sebulan dari sekarang :)

    saya tag:

Friday, October 28, 2011

Jamuan yang happening

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Hari nie Cik Miela berbesar hati nak update blog. Sebenarnya sejak hari Depavali nak taip entri ni, tapi tak sempat sebab sibuk,huhu. Ceritanya mengenai jamuan kelas. Jamuan kelas nie di buat dekat rumah classmate Cik Miela di Taman Sri Kurau. Memang best sangat-sangat. Alhamdulilah semua classmate hadir walaupun ada ura-ura tak nak datang. Kalau jamuan, apalagi tentulah Cik Miela ambil gambar sebanyak mungkin. So, korang tengok gambar-gambar di bawah nie. Hanya beberapa gambar yang mampun Cik Miela kongsikan..


Kami datang nak makan

posing dulu

Nie mesti ada hati nak ambil dua pinggan,hehe

makan nugget cap ramlee

Alamak sedapnya makanan

Ayam goreng kesukan upin dan ipin

love karipap pap-pap

Huhu makan nasi ayam

Sedapnya kek. Kek nie paling berharga tau

Bakar satay, hati-hati sikit

Alamak terbakor sudah

time balik



p/s: Gambar Cik Miela kurang, seday tol.. Mungkin sebab asyik tangkap gambar orang sampai lupa tangkap gambar sendri,hehe

Sunday, October 23, 2011

Saya bangga jadi seorang perempuan

Mula-mula cik miela nak tulis entri pasal saya bangga jadi seorang wanita, tapi bila difikir wanita tu tak sesuai sebab belum kahwin lagi,hihi. Hari nie, cuaca yang sangat elok cik miela nak kongsi sedikit tentang kelebihan menjadi seorang perempuan, sumber dari facebook. So cik miela copy paste je..

Beruntungnya perempuan yang mempunyai rahim...

1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan
dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..
Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh
kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak
nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak
derhaka denganNYA........

Wallahu'alam.............


credit:9bulan.info


Saturday, October 22, 2011

Lirik cinta muka buku


Lagu nie antara lagu terhangat masa kini tau. Sebab bulan nie Cik Miela letak lagu cinta muka buku dalam blog...

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

p/s: apakata kita tengok lirik ending cinta muka buku pulak, hehe??


Edit pic lagi


Nie adalah pic terbaru yang cik miela edit,hehe. Walaupun beberapa hari nak SPM, still edit gambar. Takpe satu je kowt. Dalam gambar nie mengandungi 29 nama classmate Cik Miela. Nanti lepas exam, dah tak jumpa classmate macam selalu. Dah tak boleh, copy paste homwork, makan sa,ma-sama, gurau senda sama dan sedih pun sama-sama. Gambar nie boleh la buat kenangan, tapi masih banyak gambar lagi tak tangkap untuk dibuat kenangan mungkin time jamuan. Yang penting gambar kartun yang ada dalam pic atas tu, gambar kartun dream high ala drama korea yang baru dekat 8TV pukul 6.30 setiap sabtu. Best tau

dream high


Friday, October 14, 2011

Tekanannya!!


Hoho ni entri ke-3 untuk bulan nie walaupun dah tengah-tengah bulan. Biasanlah cik miela buzy memanjang memadangkan lebih kurang tiga puluh hari nak spm, so many homework kena buat disamping study. Nie pun Cik Miela buat lepas buat homework sejarah. Bak orang kata kalau nak berperang mesti ada sejanta sama juga spm senjatanya ialah ilmu bukan sekadar pen atau pensil. Time kemuncak nak SPM nie orang mesti hyperstress. Termasuklah la cik miela stess giler la, rasa nak cari coklat jer. Tapi sebenarnya bukan coklat je yang boleh hilangkan stress tau, tapi banyak lagi. Baru-baru nie cik miela ada tanya dekat page UBK Smk Sri Kurau bagaimana nak hilangkan sterss. Jawapannya di bawah nie...




Ingin hilangkan tekanan ?..Amalkan :-

1) Tenangkan diri dengan tarik nafas dalam-dalam, dan bayangkan udara memenuhi paru-paru kita secara berperingkat-peringkat.

2) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

3) Membuat perancangan bagi se...tiap tugasan kita. Dahulukan mana yang utama.

4) Uji tahap tumpuan kita. Sama ada kita dapat fokus atau tak dengan satu-satu kerja.

5) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

6) Banyakkan Solat Sunat

7) Selalu berdoa kepada Allah

8) Bersangka baik dengan Allah

9) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

10) Amal diet dengan disiplin yang kuat

11) Menangis dengan sepuas hati

12) Hargai kebolehan diri sendiri

13) Cintai diri sendiri

14) Berfikiran Positif dan Belajar Kawal Ketakutan

15) Dapatkan Tidur yang Cukup


Terima kasih, thanks you, syukran, kasamida UBK SMK SRI KURAU because help me. hehe

Wednesday, October 05, 2011

Semak keputusan peperiksaan anda melalui online

Halo halo. Erm, lebih kurang tiga minggu cik miela dah lepas exam trial. So far ok la, kalau nak kata subjek paling trouble sekali sudah tentu add math and chemistry. Dapat cukup-cukup makan je tak dapat kredit pun. Hmm, tak pe boleh usaha lagi kan?. Tapi oklah dapat enam kredit ke atas dan dapat no 30 dalam rank tingkatan 5. Cik Miela teruja nak bagitau nie(wah exiceted ke?) yang korang sebenarnya boleh check result exam melalui online. Lepas nie boleh la suruh mak bapak korang check result korang melalui online pastu kalau result korang teruk pandai-pandai la korang tanggung sendiri. Tak kira sekolah menengah ke sekolah rendah boleh check melalui online dengan memasukkan no ic atau no surat beranak untuk mengetahui keputusan peperiksaan. Hanya klik semakan ibu bapa.


Saturday, October 01, 2011

Angry bird oh angry bird

Alahai dah lama tak update blog, Cik Miela pun tak tahu nak update apa sebab tak de story yang best nak cerita kat korang. Tapi sekarang baru ada. Cik Miela nak story mory kat korang pasal angry bird. Sekarang nie ramai budak-budak tergilakan angry bird bukan angry bird tergilakan budak-budak,haha. Banyak barang angry bird dijual. Paling berlambak kat pasar malam,kahkahkah. Ok apakata kita tengok apa lagi barang angry bird yang ada kat pasaran. Untuk pengetahuan korang nie gambar semua dari pak cik goggle yer.

wow pendrive


handphone pun ada

Yang mana satu nak pilih nie?yang pasti bukan kaler hijau yer

Baju ni kat pasar malam pun ada,hihi


Beg of course la ada

Last, yang nie tak teringin ke nak beli?