Tuesday, February 17, 2015

Sponsor February Giveaway by Mellya and Friends

Salam readership. Ni Miela nak habaq kat hampa semua, untuk kali keduanya Miela telah jadi sponsor untuk February Giveaway by Mellya and Friends. Mai ajak kawan-kawan, jiran sebelah, sepupu sepapat join giveaway Mellya *bunyi nak dekat sama ja nama . Banyak tau hadiah menarik seperti yang tertera

barang yang disponsor oleh cik miela

Segak tak sweater ni???.  Inilah sweater yang Miela sponsor untuk givaway ni. Bukan satu Miela sponsor tetapi DUA!!. Haaa apa lagi, jangan dok tercengat depan laptop. Join lekaih  February Giveaway by Mellya and Friends sebelum giveaway ni expired . Syarat dia tak susah mana aihh. Mana tau kot-kot hampa untung sabut dapat hadiah yang Miela sponsor ni. Kalau tak pun, hadiah lain apa kurangnya, yaaaa tak??. Sambil-sambil dapat kenal blogger lain, boleh tambah follower. Memang tak rugilah kalau join. Jangan lupa naaaaa join  February Giveaway by Mellya and Friends.

p/s: Mood nak speaking utagha

Saturday, February 14, 2015

Review filem Suamiku Encik Perfect 10!



Salam Readership. Baru 3 hari lepas Miela tengok movie Suamiku Encik Perfect 10! kat Kerian Mall yang baru bukak tu. Miela pergi tengok wayang pun dengan geng-geng mak cik ja, hahaha. Yelah Miela pergi tengok wayang dengan mak dan makcik Miela yang lain. Miela sorang je anak dara yang masih muda gitu. Sampai bab nak order tiket, Miela tolong orderkan. Biasalah, anak muda macam Miela selalu sangat tengok wayang, memang masak sangatlahh hahaha. Kalau pergi geng makcik, selalu filem melayu jadi pilihan. Kalau Miela lah, memang cerita seram menjadi pilihan kui kui kui.

Sinopsis
Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow,London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen (lakonan Lisa Surihani) dan Zarief Danial (lakonan Aaron Aziz). Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen (lakonan Jasmin Hamid). Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati. Saat itu, Syed Muzaffar (lakonan Syazwan), bekas kekasih Aleeya cuba menagih semula kasih dari Aleeya. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkn oleh Aleeya untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura (lakonan Raja Ilya),tunang Zarief, pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief terhadap Aleeya. Aleeya menjadi keliru apabila terpaksa memilih antara Syed Muzaffar ataupun Zarief. Siapakah yang plaing layak menjadi suami sempurna buat Aleeya? Syed Muzaffar atau Zarief??

Review Cik Miela :
Sebenarnya Miela tak pandai sangat nak mereview filem ni. Tapi trylah jelah jadi pengkritik tak bertauliah. Ok filem ni agak lama jugak, 2 jam lebih. Macam tak sesuai kalau dari novel ni dipersembahkan ke layar perak. Sebab ada banyak konflik and ada part yang tak dimasukkan. So kat sini filem tak dapat menjelaskan secara menyeluruh kenapa Zarief Danial diberikan gelaran encik perfect 10. Walaupun bagaimanapun lakonan pelakon dalam filem ni sangat menjadi dan wataknya terutama watak hero and heroin. Yang bestnya filem ni depa cakap loghat utara, tu yang syiok. Dari situ memang banyak unsur humor, terutama nenek Zarief. Perghh bila nenek Zarief cakap kuat menyindir baq hang. Tak banyak filem kat Malaysia cakap loghat utara dari awal sampai ending. Tapi yang Miela geram part konflik tag nak habis tuhh, mula-mula Leeya nak kahwin dengan Zarief pastu tak jadi pulak sebab si Azura buat fitnah dekat Zarief. Last lastt hmm apa pergi tengoklah sendiri. Cuma Miela boleh cakap happy ending, don't worry :). 

Tuesday, February 10, 2015

Ketagih main game COC sudah


Salam Readership. Tup tup tup tinggal 12 hari cuti nak habis, sedih noks T.T . Redha jelah kan, maka teruskanlah menikmati sisa cuti semester ni.

Sejak habis exam,  sehari lepas habis exam tetiba blur tak tau nak buat apa. Maklumlah habis exam awal, kawan pun ada tak habis exam lagi masa tu. Dah puas tengok movie, blurrr lagi tak tau nak buat apa untuk isi masa cuti ni. Lepaih tu baru teringat orang dok sebut game COC (Clash of Clan) tak kiralah dalam fesbuk ataupun dari mulut ke mulut.

Apalagi cari game tu kat phone. Sebenarnya dah download game tu, tak tak termain game COC sebab sibuk. Tapi bila dah bosan, Miela trylah game ni. Yelah kan game ni tengah hot sekarang *bukan dah lama kah game ni femes?, haha*. Bermula dari situ sejak awal cuti sem Miela dah start ketagih main game COC.


Sudah 3 minggu menceburi dalam bidang game COC, sekarang dah masuk level 26. Tapi trophies tu tak sampai-sampai lagi seribu, hehehe baru main katakan. Orang cakap rare perempuan main game COC, sampai kawan-kawan lelaki Miela pun pelik. Haish tak payah hampa pelik sangat, sedangkan ada je perempuan kaki game cuma tak banyak. Tapi takdelah ketagih sampai kerja rumah lupa nak buat. Itu ketagih teruk sangat tu. 

Baiklah Miela malas nak bebel panjang-panjang lagi, jom kita sambung main game COC hoho.

Saturday, February 07, 2015

Buat gambar polaroid sendiri



Salam Readership. Ehm ehmmm dulu Miela cerita yang Miela teringin nak beli kamera polaroid dalam entri ni . Tapi sampai sekarang tak beli-beli lagi, muhahahahha. Entahlah, Miela sibuk membeli benda lain kot, lagipun kita ni cuma harap biasiswa dari PAMA dengan duit PT jer. Study kat penang ni, faham-faham jelah duit mengalir macam air. Kalau free ja hujung minggu, pergi tengok wayang tu tak termasuk kos lain makan, shopping and melencong ke tempat lain.

Mungkinlah satu hari nanti kalau dah kerja ataupun tetiba income blog ni naik mendadak boleh beli kamera polaroid satu hari nanti, Insyallah. Sementara tunggu duit berkepok, haa apakata kita buat sendiri gambar polaroid. Sangat mudah dan budget kurang RM1!!!! *per each paper

Sediakan:
1. Glossy paper/photo paper
2. Printer

printer dan glossy paper

Korang boleh guna glossy paper/photo paper sama ada 4R atau A4. Kalau A4, boleh print banyak sekali gus, tapi Miela beli yang 4R je. Sebab boleh print satu satu, so bila ada gambar baru boleh terus tak payah tunggu kumpul gambar banyak-banyak baru boleh print.

Mula-mula sekali Miela edit guna handphone je. Korang nak edit gambar kat photo grid pun boleh asal nampak bentuk macam polaroid picture atau boleh gunakan mana-mana aplikasi mengedit gambar.

I edit guna photo grid je uolzzzz
Lepas dah edit gambar, Miela transfer gambar ke lappy untuk print. Miela guna Microsoft Word print gambar ni, lagi senang. Tapi korang kena set size paper kepada 4R jika nak print photo paper 4R (4 x 6 inc). Kemudian insert gambar yang korang dah edit, resize nak bagi besar ke gambar korang tu ataupun nak kekalkan saiz gambar. Kalau buat saiz kecik, 4R boleh dapat dua gambar tau. Dan jangan lupa letak border kat gambar korang tu supaya senang nak potong.
set size 4x6 inc jika guna photo paper saiz 4R
jangan lupa letak border gambar yee
Sebelum print, jangan lupa set media photo paper . Bukan tak boleh print macam biasa, boleh je. Tapi kualiti gambar kureng sikit. Selalu kita print paper memang dah set plain paper, tapi kita guna photo paper so haruslah set photo paper supaya gambar yang kita print tu lebih berkualiti.


set photo paper

siap!!!
Selamat Mencuba

Monday, February 02, 2015

Bakti Siswa di Kampung Selamat Bukit Merah


Salam Readership. Hari tu dah berjanji katanya ingin update kisah 10 hari pada entri lepas . Tapi nak dekat seminggu kemudian baru nak update, hehe. Miela sebenarnya sibuk layan anime Sailormoon Crystal, tetiba pulak layan anime cuti ni. Sebab tu lah kerjanya bertangguh hoho. Ok biar Miela sambung balik cerita yang tertangguh ni.

Selama dua hari di Kampung Selamat, Bukit Merah pada 16/1-17/1 *macam skema pulak ayat*. Haa macam ni, hampa nak tau Kampung Selamat ni terletak kat Daerah Kerian. Yaa memang satu daerah dengan Miela, kiranya dekat jugak dengan Kuala Kurau hoho. Kampung Selamat berhampiran Laketown Resort dan merupakan kampung angkat  Dr. Haji Mustapha Kamal.

Sekolah Kampung Selamat

Nama ja dua hari di Kampung Selamat, sebenarnya tak bermalam pun di situ sebab ada masalah tertentu T.T sob sob sob. Kami cuma bermalam di USM, kiranya balik hari la. Haa tak kisahlah kan, janji misi kami tercapai. First day kami bertolak dari USM dalam pukul 9 pagilah sampai sana dalam kol 10 lebih, dekat lah jugak USM ke Bukit Merah, kiranya sejam lebih perjalanan.

Aktiviti pertama kat kampung ni, macam biasalah dengar taklimat tentang latar belakang Kampung Selamat sampailah waktu zohor. Agak menarik tentang Kampung Selamat ni, sebab kampung ni mengalami macam-macam proses daripada mundur hinggalah menjadi kampung angkat. Untungnya penduduk kampung ni, diberi peluang pekerjaan di Laketown Reasort Bukit Merah dan juga menjalankan program pembangunan pendidikan untuk anak-anak kampung supaya boleh mengubah nasib keluarga mereka.

Lepas zohor, kami dari USM menjalankan aktivti dengan budak sekolah seperti ice breaking, ada permainan sikit dan pertandingan melukis peta. Aktiviti ni agak menyeronokkan sebab dari aktiviti tulah kami boleh dekat merapatkan hubangan dengan anak-anak penduduk Kampung Selamat. The last aktiviti hari tu, pembahagian adik-adik angkat. Gambar kat bawah tu, antara aktiviti yang kami yang lakukan pada hari tersebut.

Tekun betul budak-budak arahan abang USM

Anak-anak kampung yang supporting

Dengaq betul-betul arahan dik

Salah satu group cuba membuat cheers yang menarik

aktiviti melukis peta Kampung Selamat

Kemudian hari kedua di Kampung Selamat, tak banyak pun aktiviti dia. Kami buat kajian impak tentang sosioekonomi, kiranya buat macam bancian setiap rumah. Mula-mula perasaan rasa nebes dan rungsing. Yelah takut kita pergi rumah orang, tanya macam-macam orang taknak bagi kerjasama, takut orang tutup pintulah, kena halaulah *macam-macam pulak fikir*. Tapi sangkaaan tu sangatlah meleset, ternyata penduduk kampung sangat bagi kerjasama dan sangat peramah. Sampai ada satu rumah tu, melekat kami hampir dua jam sebab makcik tu terlebih ramah, hahaha.

sukarelawan usm membanci penduduk kampung
Sampai petang, lepas habis buat bacian welfie sat kat titi asmara kat hujung kampung

Maka habis saja kajian impak di Kampung Selamat, maka selesailah segala misi kami dua hari disitu. Sedih noks time nak berpisah dengan dengan depa ni, berjujuran ayaq mata ceq *tu over sangat*. 2 hari di Kampung Selamat memberi satu pengalaman yang baru dan berharga untuk kami terutama bila buat bancian, selalu orang mai rumah kita buat bacian laaa ni kami pulak jadi pembanci. Lagi satu suka sangat suasana kampung disitu hijau jauh dari kesesakan ibu kota. Insyallah jika ada rezeki, mungkin ada lagi program akan datang di Kampung Selamat. 

Sukarelawan USM dan anak-anak penduduk Kampung Selamat