Thursday, November 22, 2012

Catch Me If You Wanna


Amboi blog orang tu dah aktif berblogging balik. Ini tak boleh jadi, saya nak update blog juga :D. Cuti yang tinggal 2 3 hari patut digunakan mengupdate blog biru ni. Alamak cuti nak habis, Oh My!!. Sedih cuti 2 minggu tak cukup. Wahai matrik ku sayang bolehkah tambah cuti untuk seminggu lagi?. Jawapan: Tak boleh!!. Redha jelah :(.

Kenal tak ayat " Catch Me If You Wanna"?. Kalau  tak minat korea, tak tahu la kan. Ini adalah baris lirik lagu TVXQ baru Catch Me. *mood korea. Dah lama blog biru ni tak dihiasi entri korea, so apa salahnya nak berkorea jap, hehe.

TVXQ

Actually Miela mula-mula tak kenal sangat TVXQ ni. Langsung tak minat, lainlah group lelaki korea macam CN Blue ke, SUJU ke Miela minatlah. TVXQ dua orang je pun, macam tak best jer. Tapi sejak tonton running man episode ke berapa tah yang baru-baru ni tetiba minat lagu dorang. Sekali dengar, wow macam best. Tarian lagu catch me memang gempak la. Dalam Running Man dorang menari atas rumput tau semata-mata nak bangunkan running man daripada tidur. Ala macam morning call IU pernah buat tu.

Catch Me

Suka tarian dorang ni. Tarian dorang nie di panggil tarian Hulk. Kalau tonton Music Bank, bertenaga sungguh TVXQ menari kat stage secara live pulak tu. Ditanya apa secret dorang sentiasa bertenaga kat stage, yelah tarian macam ni perlukan tenaga yang banyak. Jawapanya minum giseng merah?, -,-' apa tuh. Whatever lah, haha. 

Hulk dance



Tak payah cerita lebih lagi, apa kata layan video TVXQ yang baru nie. Enjoy!.


Sunday, November 18, 2012

In Shaa Allah

Dah seminggu cuti sem berlalu, lagi seminggu lagi cuti sem akan berakhir. So, gunalah masa sebaik-baiknya cuti 2 minggu ni. Kan bagus my holiday is infinity?. Bapak, tak belajar la kau, Miela?. Duduk rumah sepanjang masa.#EhLaritopik.

Sebelum lari lebih jauh dari topik baik Miela jelaskan apa topik hari ni. Cee waah main topik-topik macam tak sabar nak belajar balik :P. Today, nak share benda yang simple jer. Benda ni Miela jumpa kat dari muka buku berwarna biru siapa lagi kalau bukan Facebook.



See?. Sebelum Miela ni mengaku khilaf dalam tulis status ke termasuk juga entri dalam blog ni. Miela selalu tulis Insyallah tanpa tahu makna sebenar. Sepatutnya IN SHAA ALLAH, kerana kalau cantum berbawa masuk lain kalau dipisahkan bermaksud "dengan izin Allah SWT". Mulakan dari sekarang sama-samalah kita  perbetulkan daripada Insyallah kepada IN SHAA ALLAH.

Up to date : Pencerahan, sebenarnya Insyallah dan In Shaa Allah dua-dua boleh guna. Sorry kalau post ni megelirukan. So do worry la, dua-dua menbawa maksud yang sama :D


Thursday, November 15, 2012

Happy Birthday to me


Salam maal hijrah semua. Entri ni macam angkat bakul sendiri, haha. Sebenarnya semalam birthday Miela. Dan semalam juga ulang tahun buat kali pertama ambil SPM. Tahu lepas kan Birthday Miela jatuh pada hari first ambil SPM. Sampai bila-bila pun Cik Miela akan ingat hari bila Miela ambil SPM. Rasa baru
je lagi ambil paper BM, sekarang semua dah haluan masing-masing. Tahun ni Miela sambut bithday sebagai pelajar matrik pula,hehe.

Namun orang yang melahirkan Miela, juga tak lupa iaitu Mak miela sendiri. I love you mum. Kan??. Kau jangan ingat bila birthday kau, ingat diri kau je?. Mak kau kena ingat juga. So semalam adalah ulang tahun ke - 18. Takkan 17 lagi kot, hehe. Semalam hangout dengan kawan-kawan alang-alang dah lama tak jumpa kawan-kawan sejak dok kat matrik nie. Thanks yaw kawan, meraikan birthday girl ni kan.


Alolo mereka nie.


Hei ecah kau tengah berceloteh apa tu


Sekadar Hiasan, hakhak


Birthday Girl

Tu je gambar yang dipaparkan. Malas nak tunjuk gambar lain, biarlah rahsia bak kata Dato' Siti. Hehe. Kalau korang perasan memang tak da kek, sambut birthday dengan ayam Kentucy jer. Kek-kek ni tak perlu kan?. Yang penting memang Miela enjoy cuti ni. Penuh bermakna.

Thursday, November 08, 2012

Jodoh


Topik perbincangan kita hari ini adalah jodoh. Ececeh buat macam ala pengacara pula :P. Actually, sebenarnya i don't know how to start it. Tiba-tiba topik jiwang hari ni pula kan?. Eh Monday Couple??, Yeah Gary and Ji Hyo. Minat sangat mereka dua orang ni. Semalam tengok Running Man ep 118, sweet giler dorang nie. Chicha?. Gambar sekadar hiasan jer, belum masuk topik lagi nie. Hehe.

Saya sebagai gadis remaja yang nak meningkat naik pernah berangan "Siapalah jodoh aku yer?". Jangan tak mengaku korang pun ada terfikir jugak kan? Hah baik mengaku cepat. Normal la tu kalau pernah fikir perkara macam tu. Tiada siapa pun tahu, melainkan bila dah kahwin nanti. Sesungguhnya Jodoh itu Rahsia Allah. Walaupun dah bercinta berpuluh-puluh tahun, kalau bukan jodoh kita maka bukanlah. Meskipun terpisah jauh 7 benua, kalau dia jodoh kita maka dialah pemilik tulang rusuk kita. 

Lukisan saya. Sorry hodoh sikit :P

Hehe tengoklah. Bila bosan melanda diri,berangan lukis orang yang bakal jadi teman hidup. Walaupun saya tak tahu Dia itu siapa orangnya,saya  tetap menantinya. Mungkin saya pernah jumpa Dia dan mungkin jua Dia orang saya kenal atau saya tak pernah jumpa lansung. Dia adalah orang yang akan lafazkan "Aku Terima Nikahnya.....". Dia akan membimbing saya, Insyallah. Siapa pun awak sebenarnya, jika ada jodoh akhirnya kita akan bertemu juga.

Berkawan dengan orang lain. 
Bercinta dengan orang lain. 
Berkahwin dengan orang lain. 
Sebab apa??? 
Sebab jodoh itu rahsia Allah :)


Tuesday, November 06, 2012

Tamat Semester satu

Akhirnya, akhirnya. Secara rasmi saya mengumumkan semester satu bagi pelajar Matrikulasi sesi 2012/2013 sudah tamat. Haha. Yes!!.  Terseyum gembira keluar dari dewan peperiksaan. Habis exam siapa tak suka, kan?.  But jangan lupa ucap syukur alhamdulilah sebab dapat menduduki exam.

How about your exam? . Hah? don't ask me again. Sebenarnya malas nak fikir dah pasal exam ni. Sudah berusaha buat yang terbaik, yang lain tu berserah sajalah (ayat pasrah). Paper QA016, AA015, AE015 dan  AN015 sudah menjadi sejarah.Hah apakah kod itu, google sendiri la :P.  Nak kata yang paling senang ke yang paling susah mana-mana paper nothing to say. Asalkan boleh jawab dengan tenang pun dah ok :).


Ini ini ada slip exam saya. Tempat duduk bernombor 65. Maklumat lain terpaksa di rahsiakan (bajet berahsia) haha. Nampak tu lokasi di PERPUSTAKAAN, tersangat la special. Sudahlah berecon, kerusi empuk, meja besar perghh memang awesome lah. Exam dalam keadaan selesa walaupun dingin dalam keadaan berecon, huhu.


Ini ini adalah library kmpk sebelum disusun untuk PSPM 1. Eh lupa pula nak bagi tahu PSPM is Peperiksaan Semester Pelajar Matrikulasi. Ada orang kata PSPM tu Peperiksaan Singkir Pelajar Matrikulasi, isk jangan kata macam tu, ngerilah. Berbalik kepada cerita library nampak tak 2 meja tersusun?. Kalau dipecah dua boleh digunakan enam orang. Tapi bila exam satu meja untuk satu pelajar, betapa specialnya. Tidur atas meja pun boleh :P

Oh yaa, seronok tak terkira habis exam. Tapi sebenarnya bukan boleh balik rumah lagi sampailah hari jumaat. Sabtu ni Muet woi, test listening, writing and reading. Selepas selesai MUET boleh balik la ke kampung halaman iaitu Kuala Kurau. Tak sabar rasanya