Saturday, April 30, 2011

TIPS STUDY: Salin, Highlight, Nota

Sekarang cik mila ada study la jugak sebab lagi dua minggu je nak peksa pown. Lagipun cik mila kan ambik exam spm (sijil paling mahal) pada tahun nie jugak. Kena la berlajar sungguh cikit. Tapi time last minit baru study gila-gila. Sekarang nie cikit-cikit je, bila ada mood study la, macam tulis blog la, ada mood tulis, tak mood tak tulis. Apa-apa pun hopefully dapat result bagus la. Kali nie cik mila nak kongsi cikit bagaimana cik mila study ye..



1.Salin

Kenapa salin?. Bagi korang yang memang malas nak jawab soalan latihan dalam buku atau memang tak tahu jawab, korang SALIN balik jawapan jew. Senang, boleh ingat balik apa yang kita tulis. Lagipun kita boleh la baca banyak kali. Kowt la soalan dalam buku latihan tue masuk.



2.Highlight

Kalau sebut highlight mesti korang terfikir pen HIGHLIGHT jenama Stabilo, Pastel, Faber Castle dan lain-lain. Tak kira la jenama apa pun ke atau tak de jenama ke yang penting korang gunakan untuk study. Cara nie memang berkesan pown, korang hightlight la isi penting pastu baca balik apa korang hightlight insyallah masuk dalam fikiran korang. Sebab warna-warna nie lagi kita mudah ingat sesuatu.




3. Nota

Sebenarnya cik mila dulu bukannya pandai buat short note tapi sejak dengar ceramah dari penceramah yang mana tah(lupa la tu) terus cik mila rajin buat NOTA ringkas. Tak susah pun, kalau cik mila buat nota ringkas, cik mila ambik kertas A4, pastu lipat kecik-kecik ataupun potong kecik-kecik then tulis nota ikut citarasa korang. Menarik jika korang rajin short note, time last-last minit ke, beberapa jam nak exam korang bolahla tengok balik nota korang tulis tu. Tapi jangan bawa sampai ke dewan peperiksann sudah lar

Wednesday, April 27, 2011

Lelaki dan kekacakan: 5 artis paling kacak di malaysia(part 1)

Selalunya orang mesti cakap wanita dan kecantikan, tapi entri cik mila ni LELAKI DAN KEKACAKAN. Uh kenapanyer?. Tapi post nie ada beberapa part, kalu nak sekali terus nanti korang penat menbacanya pastu tulis tutup blog nie. Seday cik mila tau..Kalau ada part2 nie, korang boleh la tengok blog cik mila nie selalu kan. Nie antara senarai 5 artis paling kacak di malaysia berdasar pandangan cik mila sendiri. Kalau tak puas hati ikut suka korang lar ek...



5. Zizan

Tiba-tiba pulak nama zizan nie muncul huhu. Tapi korang tentu setuju kalau cik mila katakan dia lar pelawak paling hesem huhu. Dengan hidungnya yang macung itu. Baru-baru nie dia dapat dapat anugerah artis komedi paling popular dan berjaya mengatasi Nabil .


4. Farid Kamil

Artis h nie yang popular dengan filem lagenda budak setan juga bagi cik mila hensem la . Filem Farid Kamil lakonkan memang best giler dan boleh korang buat korang nangis dalam Lagenda Budak Setan


3. Fahrin Ahmad

Sekerang nie muka dia selalu ada dalam drama2 kat Malaysia nie. Selain berlakon dia juga pernah menjadi pengacara di sebuah rancangan realiti iaitu sehati berdansa.


2 Ashraf Muslim

Ohoo, artis nie sebenarnya akan melangsungkan perkhawinan di mekah pada 1 syawal(tak silap cik mila la). Jadi kepada gadis di luar sana dah tak de peluang la kan. Drama yang dia lakonkan baru-baru nie ialah Ustaz Amirul tapi citenyer dah habis daa....




1 . Shahir Af8

Tadaa nie la artis malaysia paling kacak pada masa kini.Rupanya dah memang pun kacak, hatinya pun kacak juga. Dia nie artis yang terkenal dengan sifat sederhana menbuatkan makcik2 di luar sana sangat sukakkan artis nie. Dia juga hampir memenangi anugerah bintang popular tetapi shaheizy sam lebih menyelebahi undian.

p/s: Nie cuma pandangan cik mila lar. Kalau korang macam mana pulak??.Cite seterusnya bersambung di part 2 yer

Monday, April 25, 2011

Nak ramai follower

Tak tahu lar nak update ape http://www.emocutez.com..hehe, cik mila luahkan perasaan kat sini yer..Sebenarnya cik mila nak ramai sangat followerhttp://www.emocutez.com macam korang, lebih kurang 8 bulan blogging nie, tapi tak ramai sangat. Mungkin dulu-dulu cik mila jarang blogging. Apa-apa pun cik mila rasa gembira http://www.emocutez.com makin hari makin ramai yang follow blog nie walaupun jumlahnye agak sedikit. Sekarang nie dah 83 follower. Maknanya lagi 17 follower http://www.emocutez.com cukup seratus, gembiranya rasa..hakhakhak. Apa-apa pun barang siapa followe ke 100, pasti dapat award punya. Tapi kena lah tinggalkan link tau!!. Lau tak camana la cik mila nak promo blog korang oii http://www.emocutez.com....

Saturday, April 23, 2011

Contest Cerita Paling Seram


Ok la cik mila tadi blogwalking kan, sekarang nie memang banyak contest, tapi cik mila sangat tertarik contest cerita paling seram. Sebab cik mila ada cerita paling seram dan memang berlaku sekarang, dah 2 bulan perkara nie berlaku. Cik mila cerita ok..Mungkin cerita nie korang dah tahu pun, dah 2 entri pasal cerita seram cik mila letak, ni cik cerita balik sebab nak join contest nie

KISAH N MEMANG BENAR DAN BERLAKU SEKITAR PERHUJUNG BULAN 2 HINGGA SEKARANG.Alkisahnya bermula apabila ada budak form3 terkena histeria dekat padang sekolah semasa ujian masa. Pada mulanya cik mila ingat kes nie tak berlarutan, tetapi makin hari makin teruk.Dan mangsa sehingga bulan nie kira-kira 40 orang yang kena histeria. Macam-macam perkara menyeramkan berlaku. Mereka yang terkena histeria nie memang tak sedar pun. Ketika mereka histeria ada sampai hendak terjun bangunan, pecahkan tingkap lar dan paling menyedihkan ada seorang budak tu tanpa sedar di melanggar seorang cikgu di jalan sehingga kaki cikgu tue patah. Dah benda tu ada dalam badan dia, lepas langgar benda tu di gelakkan cikgu yang dilanggar itu

Becerita pulak pasal budak histeria yang mengamuk sambil pecahkan tingkap, memang seram la. Kalau pecahkan tingkap tentu la berdarah kan, tetapi budak yang kena tu lepas pecahkan tingkap, dihisapnya darah tu. Habis mulutnya penuh darah.(PERKARA NI MEMANG BERLAKU). Disebabkan kes histeria di sekolah cik mila nie makin teruk, maka kami seluruh warga sekolah menistiharkan perang jihad antara jin. So, kami diminta tenang dan banyakkan menbaca ayat suci al-quran. Ada suatu hari tu, ketika kami menbaca manzil, tiba ada yang histeria. Memang mengamuk sakan la. Orang yang kena tu berkata “Hentilah3, aq panas ni, tak paham ka bodoh!...........aku akan balas dendam(sekadar cik mila ingat la). Sehingga hari ini sekolah kami masih berusaha melawan mengatasi masalah ini. Tapi sekarang agak kurang sedikit, disebabkan warga sekolah cik mila yang berusaha mengatasi masalah ini. Kejadian histeria nie sampai bila-bila cik mila tak kan lupakan.Tu ju untuk cik mila join contest nie. Nak tahu cerita lebih lanjut..klik kat bawah tu:

-histeria di sekolah ku

-pecah tingkap lagi


Thursday, April 21, 2011

Justin Bieber datang..................




Apa justin bieber datang sekolah cik mila??.biar betul!!. Sekolah dekat KL pun dia tak singgah, ni kan sekolah kampung. Korang mesti pelik kan tiba-tiba ada gambar Justin Bieber dekat sekolah cik mila. Ahaa, korang jangan terkejut beruk ke terkejut biawak ke dulu yer, sabor-sabor. Dengar cik mila cerita dulu yer.Cecite,cecite,cecite.

Biar awok cerita.Pada satu hari burung-burung pun berkicauan hari tu, ada yang berkerja, ada yang bergembira(alamak nie dialog usop wilca la pulak)..Ok sempena

Justin bieber nak mai malaysia(bukan dah sampai ke?) cik mila saja je edit gambar. Selain cik mila nak uji kepakaran cik mila dalam mengedit gambar. Amacam hebat tak??.Hehe, ni semua cik mila edit gambar tak pakai adobe photoshop tetapi pakai gimp software. Sebenarnya gimp nie sama je dengan adobe photshop tue.

Kita berbalik pasal gambar yang diatas tue, maka cik mila letak la dekat facebook, ramai cik mila tag org. Saje nak tengok komen depa. Kebanyakan depa suka lar, sebab depa pun minat Justin Bieber. Tapi masalahnya ada sorang dua orang mamat nie komen yang negetif.Korang tengok gambar bawah nie.

Cik mila tak sakit hati sangat sebabnya, cik mila tahu depa tue memang sejak dari azali suka bergurau..Haha maka berlaku la pertelingkahan semata-mata gambar nie. Tu ja kot cik mila nak kongsi kan kepada korang. Wah semakin hari semakin ramai follower cik mila, harap dapat cecah 100 follower.Amin.....

Tuesday, April 19, 2011

Contest Blog Paling WONDERFUL

Tadi tuan yang buat contest nie ajak cik milajoin, so cik mila rasa kalau di ajak masuk why not kan?..menang kalah tu adat pertadingan kan,huhu tak de keja join je..kalau korang nak join boleh juga, ni syaratnye:

Syarat-syaratnya penyertaan:
  1. Jadi follower DHIA'S BLOG.
  2. Blogger perempuan atau lelaki pon boleh join.
  3. Blog yang dikira 'WONDERFUL' tak kesah lah cantik ke, comel ke, smart ke, hensem ke, macho ke, pendek cerita, yang berjaya menambat hati aku gitu,..cewahh,..HANYA 1 BLOG TERPILIH SEBAGAI PEMENANG,...
  4. Buat satu entry pasal contest & DHIA'S BLOG. Tempek banner contest sekali.
  5. Tag kepada 5 orang blogger and make sure mereka tahu mengenai contest ini.
  6. Letak banner contest di sidebar blog anda dan link-kan terus ke entry ni.
  7. Setelah selesai, tinggal kan link entry anda mengenai contest ni di comment entry ini. Saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  8. Bermula 15 April 2011 sehingga 15 May 2011. Lama kan kan??gunakan masa yang banyak ni untuk hias blog korang supaya jadi Wonderful! okay?

nak tag sape ek, tag yang salu komen kat shoutbox lar;

Tutorial:letak realplayer dalam blog



Yeah hari nie, cik mila dapat cuti sempena hari kesultanan perak..Untuk hari ni cik mila nak buat tutorial cam mane nak letak lagu relplayer youtube dekat blog..Yup, memang mudah sangat, cik mila nak buat tutorial hari nie sebab ada blogger baru tanya cam ne nak letak realplaer dekat blog..so sambil nak mengajar, korang follow la blog blogger baru nieh ok?

1. Dah nama realplayer youtube dah sah2 cari kat youtube, so go to youtube.com. The, cari lagu yang korang nak, tapi nasihat cik mila la jangan ambik lagu yang ada dialog, buat menyemak je..Ambik lagu yang tak de dialog ok.

2. Memadangkan youtube sudah di naik taraf, mesti korang tak jumpa code embed. So klik buton share, pastu jumpa la tab embed..kilik ja situ, nak jelas tengok gambar.

3. Untuk keselamatan(ceh wah) copy code embed and paste kat notepad dulu sebelum kita paste HTML/Java scirpt sebabnya kita kena edit dulu.

Sebelum


4. Untuk edit,kita tukar width="200" height="25..cik mila gariskan width and height, tu tukar tau..Lepas tu pulak tukar &rel kepada &autoplay

Selepas


5. Dan akhir sekali lentak <center> di awal dan hujung code...tak paham tengok la gambar tau..maka terdengar la lagu kat blog korang..semoga berjaya


credit: Atika Aula

Cerpen Qaseh siri 3



Fazura masih tercari-cari Qaseh di pondok bas. Kali ini dia perlu menberi amaran kepada Qaseh supaya tidak mengugat kedudukan dia di dalam kelas. Bagi Fazura, Qaseh telah merampas apa dia miliki selama ini. Sekarang Qaseh pula sering dipuji, manakala Fazura pula semakin terpinggir. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Setelah lama menungu di pondok bas akhirnya Fazura nampak kelibat Qaseh.

“Qaseh!!mari sini. Aku nak cakap sesuatu”agar lantang suara Fazura. Kelihatan Qaseh menuju ke arah Fazura.

“Ada apa Fazura?”tanya Qaseh terpinga-pinga.

“Qaseh, aku nak bagi amaran. Kau jangan tunjuk pandai kat cikgu. Selama ni kau saja nak sakitkan hati aku kan?. Kau ingat tak kenapa buku latihan Bahasa Melayu kau hilang. Sebab aku yang sorokan buku tu. Faham?”. Agak keras suara Fazura.

“Sampai hati awak buat saya macam tu. Saya tak berniat pun nak sakitkan hati awak”. Qaseh begitu terkejut dengan perubahan Fazura. Selama ini dia tidak menyangka Fazura bersikap bergitu. Tiba-tiba dua rakan sekelasnya iaitu Hanita dan Sarah telihat Fazura memarahi Qaseh.

Rupa-rupanya mereka telah mendengar perbualan antara Fazura dan Qaseh. Fazura yakin tentu mereka berdua akan melaporkan kejadian ini kepada Cikgu Rizman. Kemudian Fazura lari dan terus melintas jalan raya tanpa melihat kiri dan kanan. Qaseh terlihat sebuah kereta waja hampir melanggar Fazura.

“Fazura!!. Hati-hati ada kereta”.Jerit Qaseh. Tanpa berfikir panjang Qaseh terus melintas dan menolak Fazura ke pinggir jalan.

“Qaseh!!”jerit Fazura apabila melihat Qaseh dilanggar oleh sebuah kereta dari arah kanan.

◊◊◊

“Qaseh, maafkan saya ya. Selama ini saya telah banyak buat jahat terhadap awak”suara Fazura agak terisak-risak. Kerana Qasehlah, dia tidak dilanggar tetapi Qaseh pula menjadi mangsanya. Sekarang Qaseh terpaksa menerima rawatan akibat dilanggar kereta. Mujurlah Qaseh mengalami kecedaran yang tidak serius. Lagipun pemandu kereta waja itu pun tidak memandu dengan laju cuma terlanggar sedikit sahaja.

“Awak janganlah macam tu. Mungkin ada hikmahnya. Sekarang kita kawan. Betul tak Hanita dan Sarah”ucap Qaseh yang agak lemah di atas kantil.

“Kami dah maafkan awak. Jangan risaulah”kata Hanita.

“Sebab awak pandai daripada saya daripada dalam kelas. Saya dengki kat awak. Rasa kelakar pun ada”kata Fazura. Bila difikirkan balik, dia tidak patut melakukan perkara sebegitu kepada Qaseh. Semua itu kerana Qaseh lebih banyak berusaha berbanding Fazura yang dulu tidak sudi berkongsi ilmu dengan kawannya padahal semakin dikongsi semakin bertambah ilmu. Sesungguhya manusia harus mengikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk.


Tamat.

P/s:ok tak cerpen cik mila tulis??mungkin terok kowt, hehe. Ni first cerpen cik mila tulis..Kalau korang tak pernah baca cerpen ni sila kilik label ceritera tau.


Saturday, April 16, 2011

Apabila sang lelaki minat korea



Di petang yang agak mendung ini, maka cik mila tengah keadaan boring yang teramat sangat maka tiba-tiba ja cik mila tambah entri baru,ngee. Seperti korang tahu kan, kebayakan artis korea amat digemari oleh gadis-gadis kat Malaysia nie kan?contohnya Kim bum, SNSD, 4minute and bigbag(sekadar cik mila tahu lar, sebab cik mila nie minat sangat, tapi lagu depa gempak lar). Tapi kalau golongan makcik-makcik langsung tak minat korea, bahkan mereka samakan korea tue macam jepun. Mereka pun pelik dengan anak dara mereka asyik dengan lagu korea ja. “Hiss, pening betulhttp://www.emocutez.com dengan perangai anak aku ni, 24 jam korea. Macam lah faham sangat bahasa depa tu”mungkin itu persoalan yang ada dikepala golongan makcik2 nie.

Golongan anak teruna teruna juga tak terkecuali minat koreahttp://www.emocutez.com, tapi sangat sedikit. Yelah mereka bukan duduk kat rumah 24jam, asyik nak melepak je haha(tak semua).Tak da masa nak dengan korea nieh. Ada yang cakap “aku tak main la dengan korea nie, tak gentleman lar”. Amboi sombongnyer. Lelaki yang minat korea mungkin minat style korea, gaya tari dan lagu la. Contoh artis malaysia yang minta korea ialah Erul AF9. Memang artis nie fanatik la sangat-sangat dengan korea.



Bercerita pasal lelaki yang tak minat korea nie, lawak lar bila dia jumpa awek minat korea, maka terpaksa la lelaki ini minat korea demi memenangi hati si awek inihttp://www.emocutez.com. Aik kata tak minat korea. Namapak beno nipunya(ayat dalam hantu kak limah). Kalau bermesej dengan si awek nie pakai bahasa korea, maka pening la si pakwe tue,kahkahkah. Lagi satu dia terpaksa la kenal dan tahu lagu, artis dan style kpop nie. Sampai rambut pun nak diikutnya style korea, demi si awek nielah.

So, moral of the story lar,jangan cakap besar la.Secondly, jadi la diri sendiri, jangan sebab orang lain nak jadi bukan diri sendiri, kalau nak berubah ke arah kebaikan takpa la. Then, si awek tue janganlah paksa si pakwe tue minat kpop, kesian....Nampak beno tak boleh terima atas kekurangan dirinya. Jadi, dalam perhubungan tue biarlah be your selfhttp://www.emocutez.com.

Thursday, April 14, 2011

Serba baru.....



Heha, saje je bagi tau korang yang cik mila dah tukar sumenye dalam blog cik mila nie, termasuklah header die, lawa tak??...haha nak tambah post la nie..hehe.Walaupun dah tukar header baru, tetap pink temanya..tue ja kowt nak cite....ok sebelum habis entri nie, ada iklan cikit, kalau korang boring-boring tue jenguk la blog kak limah fm tau...k, la asslamualaikum......


Tuesday, April 12, 2011

contest gambar saya cantik




Huhu kali nie cik mila nak try join contest n
ie, bubnya contest nie lain daripada yang lain..Cotenst nie di anjurkan oleh http://akusyafrina.blogspot.com..Nak tahu syaratnya, ni la syaratnya:

  1. Peserta kene JOINT BLOG akusyafrina
  2. Pilih SATU SAHAJA gambar yang ada gambar korang ONLY... Tak nak ada gambar orang lain ok.
  3. Buat 1 ENTRY SIMPLE BERTAJUK "Contest Gambar Saya Cantik" dan LINK BACK ke contest ni..
  4. Pastikan korang letak gambar SEBELUM dan SELEPAS di edit.. Tak kisah nak edit macam mana pun.. Ikut yang korang rasa cantik.
  5. Letak gambar banner di atas DALAM ENTRY yang korang buat tadi dan DEKAT SIDEBAR blog korang. Jangan lupe LINK BACK semula :)
  6. Tag 5 ORANG untuk joint contest ni.. Pastu jangan lupe bagitau diorang, diorang dah kene TAG :)
  7. Lepas dah siap semua, tinggalkan link post korang kat dalam Mister Linky kat atas.. :)
  8. Lepas dah siap semua, tinggalkan link post korang kat ruang komen di bawah :) - update 16/3/2011
Contest ini akan tamat pada 1 Mei 2011




ok, dah tahu syaratnya, nak join klik sini..so nak join contest nie m
esti ada gambar kan,ni la gambarnye.......

Sebelum


Selepas

HuhU nak tag sape ek, nak tag sume follower la(sory nak cepat,nanti update lain)


Sunday, April 10, 2011

Lirik luar biasa


Lirik untuk bulan nie ialah lagu Luar biasa dari artis baru popular 2010 sudah semestinya Shahir Af8..Lagu luar biasa merupakan lagu tema untuk blog cik mila pada bulan april nie.Kali nie Cik Mila letak gadget player music nie, boleh pause supaya kalau korang rasa bingit telinga tue bila buka blog nie, sendiri pause lar..huhu. So, tanpa buang masa cik mila mempersembahkan lirik luar biasa..tadaaa......:


Verse1:

Seandainya mengalir di sini

Yang sejernih apa yang terkunci

Pastinya di dalam diari

Bagai latensi, hati ke hati bersemadi


Prechorus:

Segala

Senyumanmu mengusikku

Oh mengapa

Tak terhidu kucupanmu berlagu merdu


Chorus:

Luar biasa

Lambda senja suria

Padamu

Lalu menusukku

Luar biasa

Suara

Siksa membisu

Akhirnya membunuhmu


Verse2:

Hidup ini puas di penuhi

Yang sesali tiada berganti

Natijah rasa dizahiri

Bagai dimensi, dan hipokrasi berselari


Prechorus:

Segala

Senyumanmu mengusikku

Oh mengapa

Tak terhidu kucupanmu berlagu merdu


Chorus:

Luar biasa

Lambda senja suria

Padamu

Lalu menusukku

Luar biasa

Suara

Siksa membisu

Akhirnya membunuh


Bridge:

Ku tanpa kata

Tanpa rela

Biarkannya

Jatuh ke riba

Takkan pudar

Kisah kita

Nyata dirasa

Nyata di matanya


Chorus additional:

Lalu menusukku

Luar biasa

Penjara

Siksa sengsara

Dikucupnya venus


Chorus:

Luar biasa

Suara

Siksa membisu

Akhirnya membunuhmu

Maafkan lah diriku


Award dari Atika Aula



Tadi cik mila blogwalking, maka terjumpa la blog nie..blog nie ok jugak..then, cik mila dapat award bila follow blog nie, Sebenarnya selama cik mila follow blog sesetengah orang tak perasan pulak, bila follow dapat award..kadang-kadang perasan juga, loading blog lambat, tak ambik award tue,hehe..Bagi korang yang suka follow blog org, follow juga blog nie tau..Haha saje promo blog orang

Sunday, April 03, 2011

Cara mendownload video kat YOUTUBE paling senang





Kali nie cik mila nak tujukan tutorial cara mendowload video kat youtube paling senang di dunia...hehe ayat, wayang je....tak payah pakai realplayer...sebenarnya senang je,begini caranya:

1.paling utama sekali download internet manager 6.05..klik sini utk download

2. lepas download, maka muncullah benda alah ini...klik add url


3. sebelum tue jangan lupa copy url kat youtube...tak tahu, tengok dekat gambar tue


4. pastu start download..dah selesai..hasilnya boleh lihat di bawah tue



Friday, April 01, 2011

Ada apa dengan AF9??




Pada 2 April ini bermulalah konsert tirai Akademi Fantasia musim 9 yang merupakan musim terakhir Akademi Fantasia. Menampilkan 12 pelajar Akademi Fantasia iaitu seperti Lena, Eka, Amir, Erul dan Raqib. Pihak akademi fantasia juga mengambil kepercayaan terhadap Aznil Haji Nawawi sebagai pengecara Af9 memadangkan Aznil mampu menarik ramai penonton untuk menonton rancangan realiti ini. Konsert tirai AF9 ini akan menampilkan juara AF pada musim lepas iaitu Shahir(yang paling cik mila minat,hehe), Stacy, Zahid, Mawi dan Hafiz. Menariknya penonton akan dapat mengetahui siapa pengetua AF. Yang pastinya ia menjadi detik-detik yang ditunggu oleh peminat Akademi Fantasia musim ke-9.Pastikan korang semua tidak akan rancangan realiti no 1 di malaysia hanya di astro ria saluran 104...hehe(ayat hari ni nampak skema je, wayang je...huhu)