Thursday, May 30, 2013

Mega Giveaway 'Suprise & Awesome Giveaway by SN'

Setelah setahun lebih tak join giveaway. Tetiba dapat hidayah nak masuk giveaway *cehwahh. Maklumlah cuti masih berbaki 3 bulan. Bolehlah cari rezeki dengan masuk giveaway kan? Mana tahu dapat, toup pun jadilah. hehe.                                                                                
MEGA GIVEAWAY 
" SUPRISE & AWESOME GIVEAWAY BY SN " 


CLICK BANNER !


PRIZES :
 Peplum Lace Kurung, Jubah Dress, CTAC bag, Tudung/shawl ,Baucer discount, top up
cash, button bagde, Sabun GLuta 3 layer, jam moustache, anak tudung bawal berwarna
keychain felt craft, brooch felt,  shiseido black mask, broochquilling bookmark, Dress Labuh,
 Blouse, keychain Domokun, etude house styling eyeliner & tomatox, Gift dari Utara ,
1 unit mug PUTIH bercetak BERNILai RM27 (Sem)/RM32 (sbh/srwk), bookmark , coklat oreo



SAYA TAG : 
a) Faa
b) Ikin

Thursday, May 23, 2013

KJK datang Malaysia



Salam readership. Kim Jong Kook ahli Running Man tak lama lagi akan datang Malaysia untuk program Kim Jong Kook Showcase Malaysia 2013 pada 14 Jun 2011. Ada siapa yang excited ke?. Jika anda benar-benar peminat Sparta a.k.a Kim Jong Kook boleh jadi histeria bila Kim Jong Kook datang Malaysia. Waa tak percaya je, sudi juga Kim Jong Kook datang Malaysia.

Tiket Kim Jong Kook Showcase Malaysia 2013 boleh dibeli ticketcharge.com.my atau kalau nak tiket free boleh masuk pertandingan yang di anjurkan oleh TV2 sempena bersiaranya Running Man pada 1 jun 2013 nanti. Berminat?


Featuring: Kim Jong Kook
Organized by: New Pro Star, PMP Entertainment & Running Into The Sun
Date : 14th June 2013 (Friday)
Venue : HGH Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia
Time : 8pm-10pm

Sayang seribu kali sayang, Kim Jong Kook tak bawak ahli running man sekali. Kalau running man datang sekali, mesti airport KLIA dah macam pesta menyambut kehadiran dorang macam kat Thailand atau China. Bilalah agaknya Running Man nak datang Malaysia?.  Miela sendiri tak dapat pergi fanmeeting Kim Jong Kook, masih tak berkemampuan nak pergi. Ala Kim Jong Kook Miela tak minat sangat, Miela lebih berminat dengan giraffe, Lee Kwang Soo, hehe. Takpalah, ku tetap menanti kedatangan Lee Kwang Soo datang Malaysia. Miela tamatkan entri ni dengan video dari Kim Jong Kook. For  Kim Jong Kook welcome to Malaysia !!.




Update: Jom tengok gambar KJK di KLIA kat entri ni.

Wednesday, May 22, 2013

Kartunkan diri anda


Salam readership. Miela ada jumpa satu aplikasi mengedit gambar yang menarik dan lain daripada yang lain. Pernahkah anda teringin nak jadikan gambar anda sebagai kartun? *bunyinya agak kelakar sedikit. Nak tempah pelukis suruh lukis gambar anda, agak mahal. Ada juga try guna edit gambar sendiri untuk jadikan gambar seperti kartun tapi tak menjadi. Haaa jawapan hanya di cartoonize.net

"Cartoon yourself in one click". Free ok?. Upload gambar, pilih gambar kartun macam mana nak dan save. 5 minit je pun buat *bergantung kepada kelajuan internet . Tak percaya, meh usha gambar bawah ni.

sebelum

selepas

Sebelum

Selepas



Sunday, May 19, 2013

Kenapa tak dapat UPU?

Salam Readership. Baru-baru ni result UPU. Miela dengan cerita kat twitter ramai budak batch 95 ni tak dapat UPU. Paling mengejutkan straight  A pun tak UPU, tapi yang 2A pulak UPU. Apa cer?. Mungkin tak da rezeki namanya. Kadang kita merancang itu ini, nak masuk U tu, corse tu lah. Tapi Allah dah takdirkan kita dapat masuk U mana-mana pun even banyak A kita dapat. So kena terima dengan hati terbuka.

Ramai-ramai tertanya-tanya kenapa tak dapat UPU?. Result SPM takda teruk mana?. Teruk sangat kaa saya sampai tak layak masuk IPTA?. Pelbagai persoalan berada dibenak fikiran dorang tentang hal ni. Pihak UPU dah jawab dalam page ni . Disini Miela ada printscreen sedikit jawapan tentang UPU ni. Untuk lebih jelas sila klik gambar :).





Miela sendiri pun rasa, Miela bukanlah orang yang layak nak taip pasal entri seolah-olah ibarat ketam mengajar anaknya berjalan. Tapi Miela nak semua bukak minda dan peka tentang hal ni. Miela sendiri pun pernah rasa tak dapat UPU. Pernah Miela luahkan rasa kecewa dalam entrn ini. Tapi pada masa tu, Miela t dah redha dengan apa yang Allah aturkan coz dah agak tak dapat disebabkan course tertukar dengan orang sebab orang tu tak habiskan permohonan dia n check UPU Miela terus. So ada hikmahnya, akhirnya Miela pergi matrik. Sistem komputer kadang-kadang kejam, silap sikit habis tak dapat sebab komputer memang tak da perasaan, hehe.


Secara ringkas sebab-sebab pelajar tak dapat UPU:
1. Terlalu demand dalam memilih course dan IPTA
2. Gred SPM subjek elektif rendah
3. Pilih course kurang daripada 8 pilihan.
4. Masalah teknikal seperti IC, tertukar maklumat dll
5. Markah koko yang sedikit


Jadi kalau nak pilih course dalam UPU tu jangan demand sangat. Kena ukur baju di badan sendiri. Pilih ikut kelayakan berdasarkan subjek yang adik ambil dalam SPM. Contoh ada seorang student ambil subjek sn tulen dapat 5A dalam subjek teras tapi tak kredit dalam subjek elektif seperti bio, kimia, fizik dan add math. Mohon course medik di UM, memang tak dapat lah. Dan jangan pandang sebelah mata terhadap U yang tak berapa femes dan politeknik.
Miela juga nak nasihatkan kepada adik-adik nak masuk form 4, kalau ambil subjek sn tulen kena pastikan boleh score betul-betul kalau tak jangan masuk aliran sn. Dulu Miela pernah dengar "masuklah  aliran sains, orang cakap senang masuk U". Tidak, kalau tak score subjek elektif memang pedih nak dapat. Selain tu, kalau nak isi UPU biar full pilihan tu, walaupun tak nak diploma nak ambil asasi je. Jangan.... walaupun seyakin mana pun boleh dapat course tu isi biar penuh. UPU dah bagi 8 pilihan, hampa isi 3 pilihan. Kalau tak dapat UPU, jangan tanya kenapa tak dapat?. Buangkan perasaan over confident

Tips-tips mudah dapat UPU:
1. Sebagai langkah berjaga-jaga pilih 2 3 course yang tak terfikir orang nak pilih. Macam diploma perkayuan, perikanan dll
2. Penuhkan lapan pilhan.
3. Isi juga pemohonan Program Pengajian SIJIL/DIPLOMA Politeknik Konvensional/METrO & ILKA .Still boleh isi Guna no pin bsn yang sama. Jangan sombong, mana tahu dapat politeknik. Politeknik pun bagus sebenarnya.
4. Check pemohonan sebelum tarikh tutup mana tahu kalau ada silap isi boleh diperbetulkan.
5. Pastikan selesaikan pemohonan secara berasingan. Maknanya, si A buat pemohonan tapi tak habis. Pastu si B guna lappy A buat pemohonan. Jangan, takut-takut tertukar maklumat.

Kesimpulanya, kita tak sepatutnya menunding jari pada satu pihak saja padahal semua tu datang daripada kesilapan kita sendiri dalam mengisi pemohonan UPU. Zaman sekarang mungkin susah nak dapat di IPTA sebab orang pandai semakin ramai dan persaingan pun semakin sengit. Dan jangan bersedih kalau bukan rezeki kita untuk study di IPTA, mungkin lebih baik ALLAH tetapkan. Ala form 6, matrik, MARA dan IPTS kan ada??. Tak gitu?. Peace yaw ^-^V .

Friday, May 17, 2013

Freebies : Google Chrome Theme

Salam readership. How about your today? nice?.  Oh yaa hari ni result UPU keluar. Kepada yang dapat tu tahniah dan yang tak dapat tu jangan berduka lara. Tak da rezeki tu, mungkin ada yang lebih baik Allah aturkan untuk kita. Chill la, Miela dulu pun tak dapat U juga, just dapat poli je. Last-last masuk matrik jugak.

Yang tak dapat tu jangan sedih-sedih. Ni Miela nak bagi freebies kat korang google chrome theme versi korea punya. Apakata korang tukar google chrome theme dengan freebies Miela bagi ni. Kalau setahun tema google chrome yang sama je, bosan jugak. Mungkin bertukar kepada sesuatu yang baru dapat menceriakan hari-hari anda? *cewahh ayat tak boleh blah. Google chrome theme di bawah ni semua Miela yang buat dan of course lah semua chrome di bawah ni HAK CIPTA SALMILA NADIA. So inilah hasilnya, tadaaaaaa....... *kalau nak klik kat link bawah gambar tu ye dan install. Jangan malu-malu nak ambil yer, hehe.










Tuesday, May 14, 2013

Sama tapi tak serupa


Salam readership. Pernahkan anda terserempak orang atau rakan anda macam artis korea yang anda minat?. Hmm kalau Miela masih belum terserampak lagi kot, maklumlah saya ni pemalu jalan pun tunduk bawah mana ada tengok muka orang *pemalulah sangat ;P. Tapi kalau terserempak orang gaya ala-ala kpop adalah. Ada oramg kena dengan gayanya. Ada pula "hmm rumah dia takda cermin ke?. Kesianya...". Itu namanya tak ukur baju di badan sendiri. So tak kiralah nak bergaya kpop ke jepun ke, kena kesesuai ok?

Entri bukan nak bercerita tentang gaya, tapi tentang artis-artis Malaysia yang mungkin ada iras-iras artis korea. Ingin tahu siapakah gerangan artis itu, jom scroll ke bawah. Jeng jeng...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nora Danish dan Song Ji hyo 
Peratus sama : 78%

Haa kenal tak?. Mestilah kenal. Ramai perasan muka nora danish macam song ji hyo bukan song ji hyo macam nora danish yer. Siap dapat gelaran Song Ji hyo Malaysia lagi. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Song Ji Hyo, Song Ji Hyo lebih natural beauty. Kalau tengok running man, Ji Hyo langsung tak mekap tebal dan selalu juga tak pun tanpa mekap. Nora danish apa kurangnya comel juga.

Shila Amzah dan Jessica SNSD
Peratus sama : 70%

Kedua-duanya comel dan berbakat besar bukan?. Shila Amzah nampak lebih ayu bila bertudung. Dah boleh nampak versi jessica pakai tudung. Jessica pula ahli group korea yang fames, SNSD. Tak lama lagi SNSD nak datang Malaysia untuk konsert 2013 Asia Super Showcase in Malaysia, malangnya Miela tak dapat pergi sebab tak berkemampuan. Aigooo.

Faralyna dan Han Ji Won
Peratus sama: 76%
Kenal tak Han Ji Won tu siapa?. Ala yang berlakon dalam drama Secret Garden dan King To Heart. Dua-dua drama dia jadi Heroin. Faralyna idris baru-baru ni berlakon dalam filem gila-gila remaja dengan Hairul Azreen.

Ariz Forteen dan Khuhyun Super Junior
Peratus sama : 68%

Aigoo, dua- dua jejaka nampak handsome woo. Pening gua nak pilih ni. Dua-dua handsome dan merupakan artis lelaki berkumpulan. Vocal Ariz dan Khuhyun memang mantap. Tapi kalau dengar betul-betul vocal suara mereka berdua bila nyanyi, ada persamaan sedikit?

Akim dan Lee Hong Ki
Peratus sama : 65%

Dah macam adik beradik dah dorang ni. Lee Hong Ki ahli kumpulan FT Island dan femes berlakon dalam cerita You are Beautiful dengan Park Shi Hye. Memang comel Lee Hong Ki dalam cerita tu. Akim pula sekarang keluar single terbaru Menunggu. Miela suka lagu baru akim tu, best

Almy Nadia dan Lee Sin Young
Peratus sama: 87%
Untuk terakhir sekali, Almy Nadia dan Lee Sin Young. Muka dorang memang nak hampir sama. Lee Sin Young yang berlakon cerita Boys Over Flower jadi kawan Geum Jan Di tapi sebenarnya jahat. Dia juga berlakon dalam cerita Wild Romance dengan oppa kesayangan saya Lee Dong Wook. 


P/S : Entri sekadar untuk suka-suka je. Tentang peratus tu, main agak-agak je, hahaha. Mungkin muka dorang sama, tapi tak serupa. Kan di dunia ni, ada 7 orang muka serupa?

Monday, May 13, 2013

Entri Bergambar: Detik-detik akhir di Kmpk


.
Salam readership. Untuk ke beberapa kali Miela update pasal matrik. Tak habis story pasal matrik. Sebelum memulakan ceritakan izinkan Miela guna gelaran "aku" untuk entri kali ni untuk mempernudahkan jalan cerita. Banyak cerita disebalik gambar-gmbar di bawah ni
Seminggu sebelum study week, budak-budak matrik punyalah pulun tangkap gambar. Maklumlah nak buat kenangan, walaupun setahun banyak kenangan manis kat matrik. Tambah-tambah lagi hari last kuliah, perghh dah macam hari raya kat kmpk. Dengan baju melayu dan baju kurung sedodon pulak tu. Bercahaya sungguh hari tu walaupun pagi dek cahaya flash dari kamera, haha. 
Aku pun apa kurangnya, sibuk jugak nak bergambar. Nak datang kmpk lagi? memang tak dapatlah. Lainlah tetiba aku jadi lecture kat kmpk. Tapi takkan sama dengan kenangan bersama-sama kawan di matrik dulu. Tapi aku paling teruja nak tangkap gambar dengan lecturer. Maklumlah lepas ni lecturer mungkin susah aku nak jumpa dah, kalau kawan-kawan tu insyaallah boleh jumpa lagi. Tak kisah kat mana kita  boleh jumpa meskipun masa kenduri kawin dorang ke? :P.

Yang di tengah tu Pn. Juliana. Dialah mengajar kami subjek perakauan.
Sunggu comel classamateku berposingyer
Ini pula bersama dengan Pn Roshidah pesyarah dinamika. Kelas
 dinamika memang aku suka sekali sebab bolehlepas tension. Kalau kelas
dinamika korangbelasah je apa korang nak cakap, haha.

Ni pula dengan Sir Lingas yang ajar kami subjek bisnes.
Gambar ni agak menyedihkan. Why? sebab muka terlindung
oleh kawan aku. Mungkin tak cukup tinggi?. Tulah gegeh nak duduk
sebelah lecture. Kan dah kena? :P
Tak cukup di kelas, tangkap dengan lecture dalam kuliah.
Sekali imbas semua macam student. Yelah yang student macam
lecturer, yang lecturer macam student.
Gambar ni aku suka. Cantik kan?. Ini bergambar dengan budak kuliah aku
A3. Kuliah gempak mana tu?. Kuliah A3 kuliah A3!!.


Dan malam sabtu hari last kuliah ada dinner bagi budak perakauan. Ini kali kedua datang dinner, satu kat hotel tower rengecy yang kali kedua kat dewan sri kinta. So aku pakai baju pun biase-biase jelah sesuai dengan tempat dia. 

Tak cukup di kelas tutor, hah kat dinner nak gambar jugak dengan lecturer.
Kali ni dengan En jijul yang ajar math kat kami. Oh seperti biasa kalau
tangkap dengan cikgu ke pensyarah memang aku suka duduk sebelah.

Sebelum makan, kita posing dulunyer :P




Jangan salah faham yer, yang tengah bukan lecturer tapi ketua tutor aku,
khai. Buat gaya-gaya pak ustaz baru balik hajilah pulak. Tapi candid jugak
gambar ni.


Aku rasa sampai sini dahulu storyer. Nak cerita sampai habis nanti terpaksa pulak korang scroll blog ni yang panjang-panjang. Tunggu part 2 yer. Lagi menarik akan dipaparkan, tungggguuu

Saturday, May 11, 2013

Keek oh Keek


Salam readership. Saya suka makan kek, tetiba nak buat acc keek. Pantun apakah? *-__- . Keek sekarang dah jadi fenomena sekarang tambah-tambah lagi  musim gwiomi. Bersepah-sepah orang malaysia buat acc keek  ni hah. Artis Malaysia pun ada buat acc keek antaranya Dato' Siti, Nora Danish, Zizan, Hairul Azreen, Emma Maeebong dan ramai lagi termasuk Izzue Islam *dia dah nak kahwin :( .

Keek ni tak sama dengan youtube tau. Melalu keek kita boleh share video ringkas selama 36 saat jerrr. Kalau nak buat video berminit-minit hah pergi youtube sana tu. Selain tu, kalau kita nak komen video orang kat keek kita boleh pakai text ataupun keek back iaitu komen guna video.

Bagi Miela aplikasi keek boleh tahan bestnya, sebab kita boleh kenal orang tu macam mana dengan tengok secara real orang yang dalam video tu . Miela terlintas nak buat acc keek pun nak menghilangkan bosan, maklumlah cuti panjang 4 bulan. Lagipun Miela memang suka stalker video artis tambah-tambah lagi  keek Izzue Islam *mention nama yang sama lagi :P.

So kalau nak follow Miela punya keek, klik sini  . Tapi baru ada dua video je, itupun video kelas. Video diri sendiri tak ada pun. Masih malu nak mempoyokan diri kat keek, hahaha. Oklah, Miela tinggalkan satu video keek yang merupakan video kenangan di kmpk. Lagu dalam video ni, lagu rasmi kmpk tau. So siapa nak masuk kmpk , kena hafal lagu ni tau. Nanti kat sana, kena nyayi sorang-sorang kalau tak kena tendang dari bumi kmpk *gurau je :P.

.

Wednesday, May 08, 2013

Gigi yomi Gigi yomi


1 + 1 = Gwiyomi

Salam readership. Ok apa kata kita lupakan isu politik dulu, kita berhibur dengan Gwiyomi sebentar. Haha memadai memadai ja ubah nama Gwiyomi kepada Gigi Yomi.Sebenarnya fenomena Gwiyomi menular di Malaysia dah lama sejak Miela study weeks kat matrik. Seakarang jer gegeh nak update pasal gwiyomi kat blog, maklumah banyak macam terluang.

Miela kenal gwiyomi kat facebook, kemudian search kat google then tengok video di youtube. Masa tu Miela kenal waktu pada study week. Untuk melepaskan tension study, boleh pulak buka lappy buat benda lagha-lagha ni kan?. Rupa-rupanya Gwiyomi ni bermaksud comel. Akak-akak comel macam artis korea bolehlah aksi-aksi gwiyomi ni kan?. Kalau lelaki muka tak cute macam Kim Bum tu *hehe maaf* buat asyik gwiyomi, memang buat kening terangkat la jugak.

Dah praktik ke?

ideohagi ineun gwiyomi
samdeohagi sameun gwiyomi
gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
sadeohagi sado gwiyomi
odeohagi odo gwiyomi
yukdeohagi yugeun chu chu chu chu chu chu gwiyomi  gwiyomi


Kat Malaysia pun apa kurangnya, ramai artis Malaysia buat asyik gwiyomi atas permintaan peminat. Antara artis tersebut, Nora Danish, Wawa Zainal, Nazim Othman, Elfira Loy, Dato' Siti pun ada dan lain-lain. Blogger pun ada juga buat asyik gwiyomi, tapi kucing dialah siapa lagi kalau bukan blogger yang sudah femes Hanis Zalikha . Ada jugak orang biasa pun buat gwiyomi sampai budak matrik perak buat juga tak padan dengan minggu study, haha malas pulak nak mention namanyer. But Miela suka satu video artis Malaysia ni buat, kalau dah suka buat apa pun jadi suka, hehe.


Gila, kelakarnya dorang amer dengan one forteen buat?. Hilang tension tengok video dorang ni. Izzue Islam  bila nak buat gwiyomi?. Haaa? oh ok, Izzue tak lama lagi nak kawin : (  *patah sejuta. Soalan cepumas "Kau bila lagi nak buat gwiyomi?". Jawapan  NO WAY!!. Memang taklah kan nak buat video gwiyomi, saya tahu saya tak secomel Yuyu Zulaikha ataupun Fatin Liyana. Lebih rela lari guni satu kampung daripada buat-buat benda macam tu, walaupun saya memang suka tengok orang buat gwiyomi. Tak apalah, saya tinggalkan gambar ni. Konon-konon nak buat nak buat gwiyomi. Tapi sekali lagi saya ulang memang tak akan buat video gwiyomi ni. Bagilah free toup seratus *eeh?* jawapanya memang tidaklah.

Budak ni bajet buat gwiyomi :P

Friday, May 03, 2013

Info: Program Perakaunan Matrikulasi

Salam readership. Sejak akhir-akhir ni ramai jugak menjenguk blog ni untuk mengetahui pasal matrik. Miela boleh nampak bila klik kat stats blog,  post-post pasal matrik jadi high pageview untuk minggu ni. Yelah, masa orang study dia update blog. Lepas tu semua entri update pasal matrik, hehe. Tambah-tambah result tawaran matrik baru keluar, memang adik-adik kena google pasal matrik supaya dapat buat pilihan yang tepat.

Page view untuk minggu ni


So sebagai senior *baru 3 hari habis matrik, haha :P* nak bercerita secara ringkas pasal program perakaunan matrkulasi jerrr. Kalau course sains, saya minta maaflah sebab saya bukannya ambil course tu. Kalau cerita lebih-lebih pasal di luar bidang, takut salah informasi.

Course perakaunan di matrikulasi ada 4 subjek teras iaitu ekonomi, akaun, matematik perakauanan dan pengurusan perniangaan. Then subjek tambahan kokurikulum, kemahiran dinamika and English. Kita fokus empat subjek yang teras yer.

Ekonomi:
Subjek ni tak boleh dipisahkan dengan keluk-keluk tau. Bagi Miela suka kalau ekonomi banyak suruh lukis keluk daripada fakta-fakta yang agak memeningkan. Antara topik-topik yang di pelajari dalam ekonomi ialah permintaan penawaran, pendapatan negara, struktur pasaran dll. Lepas tu kalau soalan esei, korang tak payah hafal sangat, yang penting kalau faham semua boleh jawab.

Akaun :
Kalau orang ada basic akaun mesti boleh skor subjek ni kat matrik. Dulu Miela memang tak da basic agak terkial-kial sikit sebab mula-mula macam susah. Tapi bila dah faham jadi senang. So subjek ni ramai boleh scor termasuk yang tak ada basic. Tapi antara akaun sem 1 dengan sem 2, Miela suka akaun sem 2 lagi, mudah sebab semua topik berkait antara satu sama lain.

Pengurusan Perniangaan:
Subjek bisnes macam sejarah tapi tak berapa sejarah sangat *eh macam mana tu?. Banyak kena hafal dan baca. Biasanya kalau Miela study subjek ni, Miela fahamkan je, bukan hafal. Nanti bila exam pandailah nak goreng macam mana asalkan ada isi, hehe. Tapi jangan risau, kalau sem 2 bisnes banyak calculation, mesti korang suka?


Matematik Perakaunan:
Orang cakap susah math, macam add math. Sebenarnya tidak berapa betol statment tu, kalau kita fikir susah, susah jadinya. Kalau kita fikir senang, senang jadinya?. Math akaun ni senang sikit dari Math Sains. Asalkan add math korang at least C masa SPM insyaallah boleh bawa math ni kat matrik. Dulu pun Miela markah add math kat sekolah C jer, tapi bila kat matrik alhamdulilah  math Miela makin baik.


Ada juga yang tanya kalau kita dapat course sains tapi nak tukar akaun kat matrik boleh tak?. Jawapannya boleh, insyaallah. Selalunya orang nak tukar course, waktu orentasi. Nanti pihak kat sana tu, akan tanya siapa nak tukar course then dorang akan panggil dan uruskan proses pertukaran course.  Sedangkan seminggu selepas kuliah, pun boleh tukar course itu pun kena merayu jugaklah kalau lambat tukar.

Pasal boleh bawa ke tak course akaun kat matrik?. Kalau yang ada basic boleh onlah, kalau yang tak da basic ni lambat sikit faham. Tapi orang yang tak da basic bila dah faham, kadang-kadang dorang boleh scor kat matrik. Ada yang dapat pointer yang lebih tinggi daripada yang ada basic, siap yang ada dapat 4 flat lagi tau. Mungkin dorang lebih berusaha daripada yang ada basic sebab yang ada basic mungkin fikir "Ala aku ada basic, kena relax lah". Nope, ada basic ke tak da basic kena rajin, kalau tak habislah nasib korang kat matrik. Then yang tak ada basic ada kelebihan jugak, sebab silibus kat matrik lain sikit kat sekolah, mungkin tak keliru jugak bila belajar nanti.

So, kesimpulanya *nak jugak ada kesimpulan. Harap-harap adik-adik boleh fikir dimana hala tuju selepas ni,.Better tunggu UPU dulu baru decide walaupun akak ni dok promo pasal matrik je. Bagi akak, matrik jalan yang terbaik untuk masa depan. Cuba fikir, kalau duduk matrik dapat elaun free tapi kalau diploma kena pinjam pijaman PTPN lepas tu bila ambil degree kena pinjam lagi. Agak berapa banyak pinjaman kena buat? then benefits lain menjimatkan masa adik berlajar. Apa -apa pun adik fikir semasak-masaknya kalau mampu bawa pergi matrik, kalau tak mampu ambil diploma atau asasi. Kadang kala kita kena pilih yang kita mampu bukan yang kita mahu :).

Jangan pening-pening yer



Thursday, May 02, 2013

Fuhhhh... Akhirnya


Salam readership, setelah seharian hari ni mengedit segala bagai template ni, akhirnya jadilah blog yang anda lihat sekarang ni. Ni design di luar jangkaan, ingat nak guna kaler biru lagi tapi entah bagaimana dengan newlook blogger ni. ceq pening lalatlah.

Bayangkan mula-mula formatkan design blog tu, konon-kononya nak buat denim template. Nak edit sidebar, font and border semua tu, tengok-tengok search kod yang nak edit tak jumpa eh?. Lepas tu tercari-cari dimanakah tick expand gadget. Haa tak da?. Menyesal gila masa tu terformat template. Try kod tu kod tak menjadi. Aduh pening pening. Sememangnya wajah baru template interface menyusahkan, lebih suka lama old template interface. Google punya kerjakah?



Sebagai jalan penyelsaian Miela pergi ke blog Lysa Faizureen . Tak payah edit bebanyak. ambil freebies template blog kak Lysa je. Sebenarnya Miela tak suka ambil benda-benda free nih *cehwahh. Kalau boleh nak design blog sendiri, baru puas. Tapi dah ini jalan penyelesainya, so dengan rasa rendah diri ambil lah jugak. Lepas  tu edit blog sikit-sikit, ubah yang patut. Itu pun main agak je, mengunakan kepakaran sendiri. Sebab kod banyak tak jumpa. Dan hasilnya, tadaaaa seperti yang anda sekarang *berapa kali ulangkah?.



So penganjaranya ialah kadang-kadang benda yang kita rancang tak semestinya menjadi. Tetapi benda yang lebih baik yang muncul. Anyway thanks kak Lysa, kerana menyediakan khidmat tutorial blog and selalu bagi freebies.

Wednesday, May 01, 2013

Tamat sudah Program Matrikulasi Satu Tahun Sesi 2012/2013



Salam readership. Wahai pembaca blog ini sekalian, dengan ini saya ingin memberitahu bahawa secara rasminya saya sudah tamat menjalani program matrikulasi perakaunan satu tahun sesi 2012/2013. Yahooooo! bestnye :D. Alhamdulilah.. Tak sangka berjaya juga habiskan study kat matrik. Rasa sekejap sangat, lepas bolehlah buat ladang anggur kat rumah sementera tunggu tawaran UPU, haha.

Habis last paper ekonomi, terus blah dari kmpk. Bukan tak sabar, tapi sebenarnya tak nak nangis kat situ. Sorry kawan-kawan tak sempat jumpa : /. Jawab paper terakhir tu dugaan banyak sikit, fikir balik je memanjang, kritikal subjek pula tu. Tak tahulah pointer jadi macam mana nanti. Apa-apa pun semua benda dah lepas, jangan di kenang.

Hidup kat matrik sebenarnya best, best sama macam zaman sekolah dulu. Most of student banyak sama umur dengan kita. Sebab hampir setiap masa berhadapan dengan dorang ni, dah nama pun duduk tinggal dalam asrama.

Akhir kata, Miela pasti akan rindu KMPk. Tahniah KMPk, kerana banyak mengubah hidup saya. And I will miss you to all my friend ex-student KMPk ;"). Semoga ukhwah kita tidak tamat di matrik, tetapi hingga hujung nyawa.

Gambar last day di matrik. *sebelum ambil exam untuk last paper



Kalau rindu dorang, suka dengar lagu ni walaupun
ramai tak berapa suka sangat lagu ni, hehe.