Sunday, June 30, 2013

MiniHoli Giveaway By Ain Mfna


Assalamualaikum ! 
MiniHoli Giveaway By Ain Mfna 

Support By : 

Saturday, June 29, 2013

Annoying and sharing

Salam readership. Hari ini rasa annoying sangat-sangat dengan line internet tmnet ni. Pandai pulak line internet main chak chak dengan Cik Miela yer. Ketika entri ini ditaip Miela guna notepad je, takut kalau direct terus ke blog tak save pula sebab line internet masih mood chak chak. Sekaligus menganggu aktiviti blogwalking, facebook dan twitter yang selalu Miela buat tiap-tiap hari. Korang boleh tengok gambar di bawah apa Miela mahu sampaikan.




See?. Boleh connect wifi tapi tak boleh buka internet. Tapi berlakunye macam biskut chipmore, sekejap ada sekejap tak ada. Bayangkan Miela tengah main candy crush saga, dah finish level 95 lepas tu nak masuk level seterusnya tak boleh sebab connection internet terputus. Maknanya sia-sia jelah Miela bersusah payah main candy crush saga rupa-rupanya tak save. So very unlucky  *tetiba keluar lagu kwang soo.

Time boleh bukak internet Miela usha-usha facebook dan blog sekejap. Tapi bila wifi jadi ! , grrrrr geram pun ada. Sementara no connecting internet, Miela habiskan masa dengan menonton running man episode-epsode lepas. Hilang tension sekejap.




Banyak tak koleksi running man yang Miela ada?. Hehe jangan terkejut semua koleksi running man ialah 80gb++. Kawan-kawan Miela selalu minta copy running man dari Miela. Tak kurang jugak masa zaman matrik, ada jugak yang sanggup bertapa di bilik nak copy semua running man dalam lappy ni. Miela bagilah dorang copy, kesian pula tengok mata dorang blink blink. Lagipun share is caring right?.

P/s: Harap-harap line internet tak main chak chak dengan Miela esok.

Love Segmen by Farra & Anis

Mood join contest/segmen kembali lagi. Klik banner untuk join.

Friday, June 28, 2013

Tukar dan tukar


Salam readership. Malam jumaat tadi ada sesorang budak ni *budak ke?* dalam kedinginan malam ditambah dengan suara merdu oleh cik burung hantu, budak ni sungguh tekun membuat header baru. Siapalah budak tu?, rajin sungguh. Miela la kannn? hahaha. Ini mungkin dah masuk kali keempat menukar haeder sejak habis matrik. Orang cakap yang selalu tukar-tukar tak tetap pendirian. Alamak lalang ke?

header pertama


header kedua

header ke tiga

header ke empat

Begitu banyak tranformasi header Miela telah lakukakan. Yang peliknya main warna tulisan lebih kurang sama je, hahaha. Daripada simple kepada header yang lebih grand lagi. Header selepas ni? entahlah. Jangan-jangalah tukar lagi untuk masa terdekat. Dah molek sangat header keempat ni. Header yang keempat ni special sikit, header keempat berkonsepkan korea gitu dengan tulisan ala-ala hangul. Adakah Miela peminat tegar kpop?, mungkin.

Dah bosan dengan whatsapp yang berbayar?. Jom tukar dengan aplikasi yang ini. Free je. Klik sini.

P/s: Jangan selalu bertukar pendirian seperti lalang. Tetapi biarlah kita selalu bertukar-tukar pandangan dengan orang untuk menghasilkan seseuatu idea yang gah.

Thursday, June 27, 2013

Review Running Man EP 151


Salam readership. Haih kenapalah rasa malam nak taip entri hari ni?. Tapi cuba gagahkan tenaga 10 jari menaip entri untuk santapan peminat running man. *relaks sekejap.

*Mood rajin kembali. Minggu lepas Miela dah review episode 150 running man. Miela review separuh je tak sampai habis sebab tak nak bagi spoilkan mood korang tengok running man. Serius ending running man episode minggu lepas tak best kan?. Tapi episode kali ni best sekaligus dapat merawat hati yang kecewa dengan episode the avengers.

Sebelum race start, ada dua guest datang iaitu Jungho 2PM dan Hyo Joo arumdapttaa!!. Tapi ada satu guest misteri yang menanti di dalam bangunan Seoul Broadcasting System(SBS). First dorang kena melalui 5 challenge kalau tak silap untuk dapatkan imuniti supaya orang lain tak boleh vote mereka yang dapat imuniti untuk outkan dalam race terakhir. Antara challenge dorang yang kena hadapi sebelum sampai SBS building :






Selepas tu mula sesi vote mengvote, last-last betrayer brother Haha dan Kwang Soo kena out. Tapi dorang bukan out takat tu je, dorang dapat buku death note untuk menebus dendam kesumat terhadap ahli lain yang telah menbuatkan mereka out. Di sinilah peranan guest misteri, Jung Woo Sung untuk memenuhi wishlist betrayer brother.



Sementara itu, ahli lain sudah tiba di SBS Building. Mereka diberi tugas untuk menutup 108 camera sebelum menyerang God of Death Note, Jung Woo Sung. Tapi berjayakah mereka sedangkan ada mata memerhati dan berjayakah Jung Woo Sung untuk outkan ahli running man yang lain seperti wishlist betrayer brother inginkan?. Jeng jeng kenalah tengok sendiri yer oullz. Belum tengok? download di sini.

Walapun umur dah nak masuk 40 tahun, Jung Woo Sung masih handsome dan bertenaga.

Wednesday, June 26, 2013

Style manakah menjadi idamanmu?

Salam readership. Fuhh, akhrinya hujan rahmat di bumi Perak ni. Dah makin kurang jerebu, Alhamdulilah. Masih ingat lagi zaman sekolah?. Dekat sekolah korang selalu pakai beg style macam mana yer?. Tapi sekarang pun beg dah jadi keperluan. Maklumlah kita mana ada poket doraemon nak letak barang macam-macam kannn?. Setiap gaya korang pakai beg melambangkan personaliti sesesorang *aik macam mana tu?. Ada enam gaya yang perlu korang perlu tahu ciri personalitinya.

Galas Biasa
Orang gaya macam ni jenis normal jer, biasa-biasa gitu. Tapi dorang ni jenis suka di dakap/dipeluk oleh orang tersayang dari belakang. Alahai manjanyer dia.

Galas terbalik
Gaya macam ni selalu pakai kalau nak tutup perut yang boroi tu, hehe gurau je. Gaya seperti ini melambangkan seseorang itu berjiwa keibuaan/kebapaan dan romantik sebab nak mendalami keperitan ibu apabila mengandung. Tak dapat rasa mengadung, buat galas beg terbalik pun jadilah yer.

Silang Biasa
Sungguh orang yang gaya silang beg macam ni begitu pemurah hatinya sebab memudahkan orang lain meragut begnya. Baik sungguh orang macam ni kan? haha.

Silang menyilang
Korang, orang jenis macam ni yer?. Sebab dia sailang member punya awek/balak korang. Jauh-jauhkan lah orang jenis begini yer, hahaha. 

Silang Tengkuk
Kalau nak pilih calon suami/isteri pilihlah orang jenis bersilang beg di tengkuk yer. Orang ni jenis alim, selalu praktik gaya nak pergi menunaikan haji/umrah dengan silang beg kat tengkuk. Nampaknya orang macam ni tak sabar nak pergi haji/umrah?. 

Silang Kepala
Orang jenis macam ni jenis nakal-nakal , samseng dan suka main kepala. Sangkut beg kat kepala konon nak jadi Rambo tak pun nak jadi Mail Lambong.


Entri ni untuk suka-suka je, janganlah ambil serius. Sumber asal dari blog Ayem Ayam . Sumua gaya Miela pernah buat, orang jenis apakah itu?, itu namanya orang yang jenis memahami perasaan orang lain *tetiba  angkat bakul.

Saya nak Blogger Card Running Man | Jong Kook BY Huda

Klik banner untuk join *malas nak menaip panjang-panjang, hehe

SEGMEN MENANG WANG TUNAI RM 100



klik banner untuk join


campaign image

Tuesday, June 25, 2013

Kisah gula-gula penghancur saga


Salam readership. Nampaknya jerebu masih belum pulih lagi yaa?. Minta-mintalah hujan, nampak macam berkabus seperti di Cameron Highland rupa-rupanya jerebu yang penuh debu. Dalam udara yang berjerebu tersebutlah kisah sebuah seketul gula-gula ni. Gula-gula  nie merantau mencari rakan. Dia gula-gula berwarna hijau, akhirnya jumpa rakan-rakan baru nya yang berwarna biru, ungu, kuning, merah dan oren. Mereka merantau lagi lalu terjumpa kereta proton Saga. Mereka bergabung bersatu meletup lalu menghancurkan kereta tersebut. The end. Waa kisah paling merapu pernah di reka Cik Miela yer?, haha.

Ala nak merapu dah entri sendiri apa salahnye? kann...?. Yang penting waa masih waras dalam dok merapu ni. Pernah main tak game Candy Crush Saga?. Game yang nampak senang tapi rupa-rupanya susah dari jawab paper SPM. Mula-mula boleh kata senang, makin dalam kau main baru tau rasa korang akan stuck berminggu-minggu dalam game tu.

Dulu game angry bird femes, sekarang pula gula-gula dah ambil tempat burung marah. Sebelum termasuk dunia gula-gula ni kan, selalu jugak Miela nampak orang lain main game ni dalam smartphone. "Ala game tu tak mencabar langsung" kata dalam hatilah. Then Miela nampak adik Miela pun main game ni. Miela tanya kenapa ramai game ni?. Adik Miela cakap PSY pun main game candy crush saga. Lol jawapan tu dia bagi. Tapi betulah PSY pun game ni jugak, tak percaya tengok video klip Gentleman, itupun kalau sanggup tengok video PSY yer.

Maka Miela pun terjinak-jinak nak try game candy crush saga ni. Bukan sebab PSY, tapi dah bosan menggila di rumah. Try download game tu dalam tablet je. Maklumlah I takda smartphone canggih macam uollz. Mula-mula excited gila main game ni. Kacang gila mainlah, lama-lama asyik stuck level yang sama jer. Sampaikan berminggu-minggu stuck di level yang sama. Tapi Miela tak suka mengalah, hari-hari main game ni. Orang cakap "practice make perfect". So setakat ni Miela sampai level 91. Baru seminnggu stuck di level 91.


Korang pula macam mana, suka main tak game ni?. Jangan malu nak mengaku yang korang addicted sangat dengan game ni sama macam Miela kan?. Game ni bagus tau, ada limit. Takdalah korang nak main 24 hours je. Kalau life habis, tak boleh main game tu. Kena tunggu 30 minit kemudian baru timbul satu life. Kalau tak sabar sangat tunggu life timbul, rajin-rajin request kat orang. Game ni boleh main dalam facebook mahupun Android. So kalau bosan duduk rumah sebab udara kat luar masih tak berapa elok, jom main game candy crush saga. Hehe

Kakao Talk, apa functionnya?. Klik sini

Monday, June 24, 2013

SIMPLE GIVEAWAY by Syeeda Saniey

Salam readership. Amboi korang mentang-mentanglah cuti sekolah hampa asyik dok online je tak henti henti.  Walaupun jerebu merupakan berita buruk buat negara tapi berita baik pelajar dengar prihal cuti. By the way Miela bukan nak bercerita tentang jerebu ni. Saja buat ayat permulaan, hehe. Haa jumpa satu lagi simple giveaway. Jen keng giveaway siapa tu?..

Klik banner untuk join



Saturday, June 22, 2013

Review: Movie seram korea

Salam readership. Cuaca yang agak panas dan berjerebu ni elok sangat duduk rumah sambil buat kilang air liur ye, hahaha. Blogwalking sekejap tadi, rasa nak jugak update blog lagi. Walaupun tak ada modal story nak di ceritakan. Muncul mentol menyala di atas kepala, terdetik nak review filem seram ni.

Dulu masa zaman kat matrik, Miela suka download filem dan drama berbekalkan broadband celcom. Walaupun assigment masih berlambak masa tu, nak menghilangkan stressszzz so menonton drama dan movie di depan laptop ibarat sebuah hiburan tanpa tv. Lebih-lebih lagi movie seram dengan penuh suspen gitu. Padahal part yang seram sejuk terus je kau skip, haha. Di bawah antara movie-movie seram korea yang pernah Miela tonton:

Don't Click
"Jangan klik, jika tidak nyawa jadi tebusannya". Cerita hantu ni memang nampak merapu sikit. Ada pulak hantu moden pakai camera cctv yer, tak logik langsung. Tapi Miela layan movie ni sebab filem ni penuh suspens. Sorang je Miela kenal palakon dalam movie ni iaitu Park Bo Young sebagai Se-hee. Jung Mi adik kepada Se-hee minta tolong kat pakwe Se-hee untuk beri video-video pelik. Tapi pakwe See-hee tak sedar video dah telah dia beri kat Jung Mi bakal mengubah hidup dorang bertiga.


The Cat
Kenal tak Park Min Young yang berlakon dalam City Hunter tu?. Dalam movie ni dia berlakon sebagai So-Yeon yang berkerja di pet shop. Satu hari, ada pelanggan beli kucing kat pet shop dia. Tak lama kemudian pelanggan tu mati dalam lif. So yeon merasakan kematiaan pelanggannya itu ada mengena dengan kucing yang bernama Bidanyi. Lagi menguatkan sangkaan dia tu tepat, owner baru Bidanyi juga mati dalam keadaan yang mengerikan. Comel kucing bernama Bidanyi ni tapi rupa-rupanya berhantu.


White - The Melody Of The Curse


Movie ni banyak kali Miela tengok, best. Sampai kawan Miela pun pelik tak seram ke movie ni sampai tengok banyak kali?, hehe. Watak utama dia Eun Jung ketua kumpulan Pink Dolls. Mula-mula kumpulan Pink Dolls langsung tak famous. Tapi sejak ketua dia jumpa video tape lama yang mengadungi satu lagu misteri, akhirnya mereka menjadikan lagu tesebut sabagai single terbaru dorang. Sejak itu dorang famous tapi berlaku kejadian pelik dan misteri dari seorang ahli kumpulan Pink Dolls ke ahli lain sampai semua rasa tempias dia sekali. Kiranya lagu dorang nyanyi sebenarnya berhantu.

Death bells
Dalam movie ni pula ada flower boys berlakon iaitu Kim Bum. Tapi berlakon sebagai watak sampingan je. Kisahnya lebih kurang 20 pelajar kumpulan elite menghadiri kelas khas sampai malam. Malam tu ada seorang pelajar terbunuh, muncul pula suara misteri suruh pelajar-pelajar dorang jawab soalan kalau nak keluar dari sekolah. Kalau tidak semua pelajar akan berdepan dengan maut. Dalam dorang dok cari jawapan, ada pula pelajar lain mati. Kebetulan giliran pelajar yang mati tu mati mengikut ranking dalam sekolah. Apa sebenarnya hantu tu nak ye?. Adegan dalam movie penuh suspen boleh  buat wa terjerit dek terkejut dengan mayat-mayat student yang mati. Walaupun mengerikan, tapi still best movie ni, hehe.


Itu sahaja 4 movie seram yang Miela dapat review. Agak-agak ada nak recommended kan movie seram lain untuk Miela tonton?. Huhu Miela suka movie seram/horor movie dari korea selatan. Korang pula bagaimana suka tak movie seram?. 

Segmen Blogger Card Running Man | Kwang Soo

Salam readership. Sambil tonton running man di Tv2 I would like to join this segmen again by Huda. Kali ni Kwang Soo pulak. Segmen Haha dan Suk Jin tak sempat nak join, huhu. Memadangkan ahli running man yang Miela paling minat ialah Kwang Soo, wajiblah untuk blogger card ni. Miela ingat nak pilih kaler oren pula sebab kaler oren sinonim dengan giraffe, hehe.

Klik banner untuk join

campaign image

Friday, June 21, 2013

Giveaway kecik-kecik

Salam readership. Miela ni spesies malas jugak nak join giveaway sebab syarat macam-macam dorang buat sampai susah nak follow. Kalau syarat dia senang berbaloi dengan hadiah dorang berikan Miela joinlah. Macam giveaway bawah ni. Klik banner untuk join.




  • Nak tahu rasa  kulit cantik?. Klik sini
  • Join contest  yang memerlukan satu minit sahaja. Klik sini
  • Share rahsia ibu anda dan anda berpeluang memenangi 170 hadiah. Klik sini.

Thursday, June 20, 2013

Mudahnya BSN

Easy brother *sekadar hiasan

Salam readership. Hari ni miela dengan penuh keazaman pergi ke bagan serai bawa motor dengan sendirinya untuk melaksanakan urusan-urusan bank. Ingat naik motor takda class ke?. Kalau naik motor korang boleh rasa angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Semalam Miela shopping tudung online kat page ni . Hari ni pula buat payment kebetulan my mom bank in duit. Waa tak keja pun masih lagi dapat gaji yer, haha. Memang kenalah, duit tinggal ciput je tiba-tiba tambah duit lagi.

Then, Milea beli tudung banyak-banyak dengan kawan-kawan. Kalau beli satu rugilah, lagi banyak beli lagi banyak diskaun. Then, dorang ni bagi duit cash kat Miela. Huhu ingatkan nak bank in je terus kat Miela tapi sebaliknya berlaku. Mulalah pening "macam manalah aku nak masukkan duit dalam bank ni?". Mula-mula macam bodo-bodo sikit kan, tapi pakcik google kan ada?. Searchlah cara nak masukkan duit dalam bank, rupa-rupanya kena pakai CDM (Cash Deposit Mechine).

Untuk pengetahuan uolzz, Miela guna bank BSN jer. Bukan bank Maybank mahupun CIMB bank. Satu-satu Miela acc bank adalah  BSN jer. Selalunya BSN ni budak-budak banyaklah pakai. Maklumlah orang sekarang banyak pakai maybank. BSN budak-budak selalu guna untuk bila elaun masuk macam budak matrik, budak plkn ke?.  Acc maybank mungkin akan datang baru nak buat kot.

Cara mendepositkan wang tunai :
1. Gunakan mesin CDM bukan mesin atm yang biasa. Kalau yang biasa celah mana nak masukkan duit?
2. Masukan kad dan isi  no pin
3. Pilih deposit tunai
4. Then pilih Giro-I *kalau tak silap (Miela pilih Giro-I sebab nak masukkan duit acc bank sendiri. Boleh je nak masukkan deposit tunai ke acc bank lain)
5. Sumbat je duit dalam lubang disedikan (Aik?, masuk satu-satulah nanti jem pulak mesin tu nanti)
6. Kalau nak tambah duit lagi pilih tambah wang kalau tak nak pilih Ya untuk transaksi deposit wang.

Caranya lebih kurang  cara deposit tunai bank maybank

Mudah kan?. Sekali je masuk duit, mesin CDM bsn boleh terima wang tu even guna baru. Bila dah selesai pergi mesin atm sebelah nak transfer duit sebab Miela nak gunakan duit dalam bank untuk bank in. Yang deposit tunai tu tadi, semuanya duit-duit orang. Miela tak nak guna duit di tangan sendiri untuk beli tudung. Rajin gila kan guna dua mesin?. haha

Cara nak transfer duit :
1. Seperti biasa masukan kad dan isi  no pin
2. Pilih pindahan
3. Pilihan ke pindahan acc antara bank lain (MEPS) (belah kanan bawah untuk taransfer duit ke bank lain)
4. Taip no acc penerima. Klik Ya jika mucul nama penerima yang nak di bank in kan.


Maka selesai urusan Cik Miela. Ni pula slip-slip selesai kedua-dua tranksaksi. 


Entri lain:
Cara transfer duit mengunakan Maybank2u

Tuesday, June 18, 2013

Review: Running Man EP 150



Salam readership. Siapa tak kenal rancangan aneka ragam paling popular kat Korea iaitu Ruuning Man. Super duper daebak best sangat Running Man. Siapa dah tengok episode running man 150, sila angkat kaki?. Hah ada tak tengok lagi ke? . Episode running man kali ni bertemakan The Avengers. Miela dah tengok yang episode 150 pagi tadi. So kali ni tiba-tiba rasa nak review episode running man pulak. Ramai yang tertunggu-tunggu episode 150, akhirnya keluar juga kat kshow.now semalam. 


Pastikan jangan tertipu ada Nick Fury ketua S.H.I.E.L.D dalam running man yer. Itu bukan Nick Fury macam dalam movie the avengers tapi Dong Wan FD meep meep tu. Awal-awal lagi tak sampai 5 minit dah buat Miela ketawa, hahaha.


Jae suk dan Jong Kook di beri tugas oleh Dong Fury untuk pick up member lain di tempat yang di tetapkan. Makin banyak pick up member dorang ambil makin banyak kelebihan. Ala macam running ep 29, ambil member lain guna kereta sampai Gary kena paksa masuk dalam kereta Jae suk.


Apa kwang soo buat tu?. Hah pada awalnya semua ahli running man jadi orang biasa sebelum join the avengers tu. Kwang Soo pula jadi Doktor haiwan. Part ni kelakar sebab kwang soo cuba selamatkan girrafe dia tu, hahaha. 


Moment paling manis macam gula dalam episode kali ni dekat studio Mong Ji. Ji hyo kononnya penyanyi band walaupun suara dia memang tak sedap tapi comel. Ji hyo nyanyi Our Meeting, lagu garry pulak tu. Dorang berduet lagi, siap ada rapping lagi. Chincha daebak!.


Lepas tu dorang main game paintball untuk mendapatkan membership card untuk jadi hero. Selagi tu tak dapat membership card selagi dorang tak boleh jadi hero. Agak-agak siapa yang menang dapat game paint ball ni yer?. Lepas habis training barulah dorang jadi superhero.


Tiba-tiba muncul pula 2 guest yang handsome muncul dalam game superhero ni. Omaigadd, Taecyeon dan Chan Sung dari 2PM jadi 2PM twins. Tapi ada dua orang lagi jadi guest. Tapi kehadiran guest *kecuali 2pm yer hehe, buat hilang mood je. Kenapa?, tengoklah sendiri. Hoho.


Siapakah yang jadi superhero paling hebat??. Masing-masing ada kuasa yang tersendiri. Haa jeng jeng. Mana boleh bagi tahu dong. Tengok lah sendiri. Kalau tak, tak supriselah namanya. Boleh download episode the evenger di sini.. Ingin mengenali lebih dekat ahli running man? klik sini.

campaign image

Monday, June 17, 2013

Segmen menang RM 50 by Aina Mansor

Salam readership. Ini masuk entri ke-3 untuk hari ni. Wah tekun nampak mengupdate blog?. Well ada orang nak duit free RM50. Hampa tau RM50 boleh makan kfc chicken bucket tahu?. Nak mengharapkan duit turun dari langit gedebuk alamatnya ibarat menanti kucing bertanduk. Tapi......... pakcik random org yang tentukan. Adakah saya yang bertuah tu pakcik?. Cubalah nasib. Untuk hari ini saja. Jom sertai sekarang. hehe...

klik duit ni untuk join

Segmen Simple Topup

Salam readership. Ni Miela jumpa satu contest yang agak simple dari new blogger. Syarat yang mudah buat Miela rasa nak join je kiuh kiuh kiuh. Jom join?

Hadiah
* Topup RM3 untuk 3 pemenang 
* Review Blog untuk 3 pemenang 
* Blog List Julai untuk 3 pemenang 
Pemilihan Pemenang
* 100% => Random.org 
Tamat
29 Jun 2013


Nak tahu rahsia kulit menawan? klik sini

Sudahkah anda bersedia?

Salam readership. Hari ini surat khabar menghidangkan satu artikel mengenal kemalangan ngeri melibatkan 4 orang student yang masih muda berumur 18 tahun. Korang mesti dah tahu tentang cerita ni kan?

Foto

Salah seorang mangsa kemalangan itu sebenarnya sahabat adik Miela sendiri ketika bersekolah di SDAR. Kemalangan berlaku ketika empat sahabat terbabit dalam perjalanan pulang dari i-City, sebelum kereta dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan. Kepada orang di luar sana usahlah mempersoalkan lagi tentang kematian mereka sebaliknya mengambil ikhtibar dari kejadian ini.

Sebenarnya fokus Milea untuk entri ini bukanlah tentang kemalangan jalan raya yang berlaku semalam. Tetapi tentang kematian di usia yang muda. Miela sendiri pernah mengalami dan merasa perasaan kehilangan 2 orang sahabat yang sebaya. Pertama ketika form 3, Miela kehilangan seorang classmate Miela dipercayai meninggal akibat santau. Dan kedua ketika di Matrikulasi, Miela kehilangan schoolmate meninggal secara-cara tiba-tiba. Walaupun tidaklah serapat mana dengan arwah tetapi hati tetap berasa sebak. Maklumlah selalu kita nampak beliau, tiba-tiba dah tiada.

Hebatkan kuasa Allah?. Kematian tidak mengira umur, tua atau muda. Kalau kita kata kita boleh hidup sampai usia emas tapi jika Allah takdirkan sejam lagi ajal maka terpisahlah jasad kita dari tubuh. Ada orang berkata mati di usia muda ada eloknya kerna kita tidak sempat melakukan dosa yang lebih besar. Namun ada juga sebaliknya mengatakan mati di usia muda tidak sempat bertaubat.

Tetapi sudahkah anda bersedia? Bersedia untuk dimandikan, kemudian dikapankan selepas itu di sembahyangkan dan dikebumikan?. Amalan kita sudah cukup kah?. Miela sendiri tiada jawapan khusus untuk soalan ini, hanya diri sendiri yang tahu jawapanya. Apa-apa pun al-fatihah buat mereka yang sudah kembali ke rahmatullah . Al-Fatihah.


Sunday, June 16, 2013

Spesies blog yang saya suka

Sukanya saya sukanya saya
Salam readership. Wah blog pun ada spesies jugak uaolls. Hampa semua yang ada blog mesti ada spesies blog jadi feveret korang, kan kan kan?. Haa ni Miela nak story pasal blog yang miela suka. Kalau blogwalking jumpa spesies blog yang Miela nyatakan dibawah, Miela takkan ragu-ragu nak tekan button Join This Site. Adakah blog anda spesies yang Miela suka?. Jeng jeng jeng blog siapakah itu?



1. Entri yang gedebak gedebum
First kalau Miela blogwalking, Miela akan baca entri. Miela ni jenis fast reading, baca entri macam scanner gitu. Miela suka entri 100% no copy paste dan guna ayat sendiri yang bergitu santai. Tu baru namanya best blogger. Kalau tak ada idea nak tulis entri boleh klik Tips Menulis Entri Blog. Kadang-kadang mebaca entri blog merupakan satu hiburan tetapi bergantung cara blogger tu menyampaikan cerita.  Entri blog menarik walaupun ada ayat merapu merepuk semua tu, terus je Miela follow blog tu.


Beginikah kehidupan student? 

2. Student blogger
Miela gemarkan blogger yang merupakan student U, bukan budak sekolah yer. Zaman sekolah Miela dah lepas *maknanya aku dah tua la yer?. Kalau Miela blogwalking, Miela suka tengok bio blogger. Miela suka blogger student U punya sebab dorang selalu akan story pasal kehidupan kat U. Dari situ kita dapat kenal ipta/itps yang ada kat Malaysia dengan lebih dekat. Tambah-tambah pula entri dorang ni lebih matang. Contohlah korang tak dapat masuk Universiti Melaya sebab nak masuk pun susah, tapi korang dapat tahu kehidupan Universiti Melaya melalui seorang blogger. Kan best, jauh blogwalking luas padangan tak gitu?.

3. Design blog eyecooling
Spesies blog eyecooling ialah design blog yang tak terlalu banyak widget yang merapu, fast loading dan warna blog tidak terlalu terang atau pudar. Miela kadang-kadang kesian blog tu, comel memang comel tapi kalau orang rabun teruk tengok blog tu nampak white screen je. Sampai tulisan susah nak baca sebab warna tulisan nak dekat sama dengan warna blog. Merangkak-rangkak macam suster gesot Miela baca blog tu hah. Suka blog yang guna kaler harmoni, *haha macam tahu kaler  harmoni tu apa. 


4. Travel blog
Agak susah sikit nak jumpa blog spesies macam ni. Tak semua orang Malaysia ni kaya-kaya berlaka nak melancong hari-hari. Miela tertarik blog yang menceritakan tentang perjalanan dia dari satu tempat ke satu tempat. Lagi best kalau blog tu story tentang luar percutian negara. Walaupun tak dapat pergi luar negara, mendengar story dari dorang dah cukup ibarat melancong dalam mimpi, hahaha.

Setiap gambar ada lagu

5. Picture blog
Spesies blog yang selalu melatak pic yang menarik walaupun ayat entri blog tak sampai 100 words. Taiplah satu juta word dalam blog, Miela tak tertarik nak baca kecuali kalau cerpen atau novel online. Gambar yang menarik boleh menarik ramai follower. Gambar pun boleh bercerita, bahkan orang tak reti baca boleh faham kann?.  Setiap gambar ada lagu *ayat Yuna gitu.


Susahkan nak memuaskan hati cik miela yang suka memilh blog dan cerewet, haha. Tak semestinya yang bukan spesies blog yang Miela suka tak follow langsung tapi ikut nasiblah. Nak follow, follow je. Satu lagi Miela lupa bagi tahu spesis blog yang berkkkkkk kkkkkk kkkkkkkkk kkkkk. Miela percaya kalau blog tu ramai follower, mestilah best. Takkan yang blog sampah ramai pulak orang nak follow kan? 0psss. So, Bagaimana pula dengan ciri-ciri blog korang suka?. Kosingkan sikit disini :).

Nak menang RM10 000 hanya satu minit, klik sini