Thursday, August 27, 2015

Perkembangan doddle blog

Salam Readership. Miela ni bukanlah pakar melukis doddle. Tapi bolehlah sikit-sikit melukis ni, tak pro. Dalam test Uji Otak Anda resultnya otak kanan 50, otak kiri 50. So Miela boleh buat semua benda tapi tak pro kah kah. Contoh Matematik, boleh lah skor tapi tak sampai dapat A solid. Sama jugak melukis, boleh lukis tapi tak cantik mana kih kih. Kalau tak kerana blog tutorial, mungkin Miela tak pernah melukis doddle ni. Bolehlah lukis daripada tak pernah kan kann??

Dari tahun ke tahun bila rasa melukis doddle, Miela lukis ikut naluri hati kuikui. Lately ni pulak tetiba nak melukis doddle balik. Rasanya dah hampir setahun tak melukis. Ok jom tengok perkembangan lukisan doddle Miela dari tahun ke tahun:



Ini masa tahun June 2013. Ini doddle yang pertama dijadikan profile pic untuk page Blog Cik Miela. Haha simple gila noks lukis.


Hujung bulan June 2013 upgrade sikit tang mata dan gaya tudung. Baju tu konon nak buat gaya peplum tapi tak menjadi kahkah. Time ni hangat baju gaya peplum tau.



Masa ni lukisan doddle pada July 2013. Rasanya tahun 2013 Miela gigih betul lukis doddle haha. Berapa kali dah tukar profila page blog. Hat ni upgrade sikit kat tone warna tu.




January 2014 tukar lagi doddle. Kali dah upgrade buat baju ikut guna corak. 





Yang terkini Ogos 2015, Miela lukis doddle hanya guna Microsoft Excel sahaja. Sebelum ni doddle lukis guna PaintTool Sai. Lagi mudah sebenar lukis guna Microsoft Excel. Sesuai untuk beginner kalau nak start belajar lukis doddle.



Begitulah kisah perkembangan Miela sepanjang melukis doodle blog untuk buat profile page. Kepada yang belum like page Blog Cik Miela, jangan lupa like okay?? hehe.


Nota: Laksa mana paling sedap yea kat Malaysia ni??. Jom tengok video tentang pelbagai jenis laksa di Malaysia. [KLK SINI].

Tuesday, August 25, 2015

Rahsia yang tersimpan


Salam Readership. Sambil menghitung hari semester ke-5 yang akan bermula tak lama lagi, memcuba menghabiskan cuti semester dengan aktiviti boleh menyenangkan hati. Gila kau cuti dah nak habis, takkan nak dok termenung sahaja mesti kena menikmati sisa cuti sepuasnya. Contohnya membuahkan lagi entri baru dalam blog ni kihkih. Maklumlah nanti bila sambung study, kemungkinan besar blog ni akan terabai. Hmm nak buat macam mana, adat belajar tak mampu nak hadap blog selalu.

Sedar tak sedar dah 5 tahun Miela menulis blog. Miela start menulis blog pada Ogos 2010. Masa tu niat tulis blog suka-suka erti kata lain syiok sendiri pun ada jugak kah kah. Kalau tengok entri mula-mula tulis blog, macam tak percaya entri tu memang ditulis Miela sendiri. Dalam benak fikiran "Aku kah yang tulis?". Biasalah zaman muda dulu, masih tak berapa nak matang. Menulis pun syiok sendiri beb. Tapi bila umur semakin meningkat, banyak pengalaman kau lalui semakin matang dengan kehidupan ni. Ehhh lari topik ke?.

Miela sebenarnya bukan nak cerita sejarah blog ni, kalau nak cerita tentang sejarah blog ni kena buat satu lagi entri huhu. Sepanjang Miela menulis blog ada beberapa kawan yang tahu Miela ni ada blog. Kawan sekolah ramai dah tahu, cikgu pun ada tahu. Malu kitew tau depa baca entri merapu nieh. Of course BFF masa sekolah pun tahu, ada juga mereka baca blog ni. Depa bagi support sepenuhnya untuk Miela menulis blog, terharu rasanya.

But since masuk matrik, ada beberapa kawan matrik Miela ja tahu Miela ada blog. Itu pun sebab bio dalam twitter Miela letak link blog disitu. Siapa ada twitter tahu lah kan Miela ada blog, takda twitter tak tahu la *masa tu zaman twitter baru suam-suam kuku. Malas lah kecoh-kecoh kita ada blog haha. Tapi terkejut juga lecturer pun tahu Miela ada blog. Pelik jugak eh??. Macam mana lecturer boleh tau, entahlah. Blog ni takda femes mana pun.

Satu hari tu, ada kawan matrik bersembang pasal tentang blogger favourite dia. Habis nama Yuyu Zulaikha, Fatin Liyana, Cik Epal, Irine Nadia semua hat blogger femes dia sebut. Miela pun seronok dengar dia cerita, sebab Miela suka baca blog mereka ni. Tetiba pulak Miela mengaku, Miela pun ada blog. Tapi nak tahu apa reaksi kawan tu?. Dia tak percaya Miela ada blog. Entah kenapa pulak dia tak percaya. Dia kata blogger selalunya jenis perahsia, takkan bagitau rakan terdekat yang dia ada blog. So Miela masa tu malas nak pertahankan apa yang Miela cakap, anggap yang Miela cakap tadi tu gurauan huhuhu. Balik bilik terus delete link blog dalam bio twitter.


Bila masuk USM, siyes 2.8 billion takda sapa kawan univerisiti yang tahu Miela ada blog. Kecuali follower budak USM yang follow blog ni. Tapi rakan terdekat dalam U ni takda sapa yang tahu termasuklah roommate sendiri. Nak update pun main sorok-sorok haha. Masa dia tidoq ka, masa dia pergi kelas kalau Miela ada mood nak update blog Miela update. Sebabnya?? mungkin sebab peristiwa kat matrik tu kot. Tak jugak tapi yang pasti kitew segan kawan kitew baca blog kitew nih *gedik sangat jawapan tu haha*. Biarlah depa tak tahu, senang sikit Miela nak update entri tentang depa ni hehe. 

Yang penting segala kenangan dan kisah Miela akan tulis disini. Blog ni ibarat diari online. Walaupun laptop kena ribut terbakaq hangus sekali pun, blog takkan padam. Malah blog ibarat bank segala kenangan. Miela rasa awal-awal niat tulis blog syiok sendiri itulah tulah banyak menulis segala cerita. Bila baca balik entri lama, dapat flashback balik kenangan dulu-dulu. Sebab itulah Miela suka menulis blog. Rasanya blogger lain pun ada rasa yang sama, bukan??. 


Nota: Cuti semester dah nak habis. Dah nak masuk third year, tuanya rasa T.T.

Saturday, August 22, 2015

Painting Potret Giveaway by Azhafizah


klik banner untuk join

Salam Readership. Ok malam ni mood join giveaway dah kembali. Kali ni Miela join Painting Potret Giveaway by Azhafizah. Giveaway ni lain dari giveaway yang selalu orang buat sebab pemenang dia gambarnya bakal di potret. Bukan lagu Potret nyayian Akim tu yer, hehe. 


Cara untuk menyertai Painting Potret Giveaway untuk blogger:
1. Buat entry bertajuk " Painting Potret Giveaway by Azhafizah"
2. Letakkan banner di atas dan linkkan ke entry ini.
3. Letakkan link blog www.azhafizah.com ke dalam bloglist blog *jika ada bloglist untuk follow up giveaway
4. Follow blog : www.azhafizah.com | instagram : azhafizahmdnor * Jika tiada instagram boleh join juga :)
5. Like fanpage : www.facebook.com/blogazhafizah
6. Letakkan gambar [single, close up, jelas, high pixel, gambar asal tanpa edit 360]
7. Publish entry dan letakkan link blog penyertaan dalam ruangan kotak komen di link ini.


Gambar ni Miela gunakan untuk contest ni. Harap-harap terplih la yea.


3 gambar yang menepati ciri  gambar yang terbaik akan di painting potret. Kalau nak menang kenalah pilih gambar yang terbaik ye. Senang je kan syarat² dia. So jemputlah join beramai²



Contest bermula dari 22 Ogos-30 Ogos 2015, 11:59pm


Friday, August 21, 2015

Shopping tudung dengan Cloverush


Salam Readership. Selapas tunaikan cek Nuffnang, hehe Miela gunakan duit hasil berblogging dengan shopping di Cloverush. Cloverush ni jual bermacam-macam jenis tudung instant dan pastinya semuanya berkualiti dengan harga berpatutan. Jubah pun ada jual juga, but the main product is instant hijab.

Sekarang ni Miela tengok sekarang trend pakai tudung instant. Memang leceh dulu-dulu nak pakai tudung kena iron, tambah-tambah ada kain tudung jenih susah iron kena ambil masa lama sikit nak iron baru elok. Tu belum masuk bila pakai tudung, muncung tak jadilah. Tak cukup dengan tu, ada orang jenih lambat bersiap. Bila lambat bersiap mulalah kena bebel, padahal kita terambil masa nak betulkan tudung kan. Takpa sekarang dah banyak orang jual instant tudung ni. Bukan meggi je boleh instant, tudung pun boleh.


Di cloverush ada jual instant scarf. Senang je pakai, pakai sarung sahaja tak perlu nak pin kiri kanan. Boleh pilih nak yang ada corak atau warna plain. Yang bestnya lagi ada size tudung M dan L, boleh pilih ikut kesesuaian. Tapi yang M pun dah labuh still tutup dada. Corak instant scarf ni memang rare susah nak jumpa kat kedai tudung yang lain.


Instant shawl pula ada jual pelbagai jenis warna menarik dan material yang selesa. Ada material jenis spandex, chiffon crepe dan high quality chiffon. Yang suka bergaya lilit ni kan sesuai sebab shawl dari cloverush senang sangat nak pakai dan tak mudah berkedut. Sekali lilit dah siap gituu. Tambahan pula shawl ni memang tak melekap dahi, nanti pakai tak nampak muka bulat pipi pau tu huhu.


Hannah 22 - Salmon Pink 

Untuk first time, Miela beli koleksi dari Hannah shawl warna salmon pink. Sebenarnya dah dua bulan Miela aim nak beli instant shawl Cloverush ni, bila mai duit nuffnang apa lagi teruih pi beli. Alhamdulilah beli hari khamis, hari isnin dah sampai. Takda bad experience sepanjang shopping dengan Cloverush.


Miela pun dah selamat rasmikan Shawl Hannah 1.0. Memang selesa dan mudah dipakai. Nanti bukak sem baru, nak pergi kelas senanglah tak perlu ambil lama untuk gayakan. Tak payah nak iron teruk sangat, boleh jimat bil elektrik hostel haha. Yang belum pernah shopping dengan Cloverush jom shopping di:

Facebook : Cloverush
Instagram: Cloverush


Tuesday, August 18, 2015

Jadi sponsor untuk Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015


Salam Readership. Semalam baru sahaja Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 di lancarkan di Blog Diari Jejaka Hangat. Mini Giveaway ni menawarkan hadiah yang bernilai RM 425.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah adalah seperti berikut:

CASH RM50 by Shahira

CASH RM20 by Azirah

TOPUP RM10 X 2 by Maisarah ( RM20 )

TOPUP RM5 X 3 by Cik Miela ( RM15 )

TOPUP RM10 X 2 by Fatina ( RM20 )

TOPUP RM10 X 1 by Kyle ( RM10 )

TOPUP RM10 X 1 by Nizam ( RM10 )

TOPUP RM10 X 1 by Hidayah ( RM10 )


Miela telah jadi sponsor untuk Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015. Kali ni Miela sponsor toupup RM5 X 3 (RM15). Terdapat blog lain yang sponsor mini giveaway ini seperti Wan Sarah , Misssakuradiary , Aderakukeysah , Shahira's blog , Azira Rahman , Yaya Cendana dan Bahejabella

Jadi Miela nak ajak semua untuk join Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015. Syarat mini giveaway ni sangatlah mudah dan senang. Jom sama-sama kita meriahkan Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015. Kepada yang dah join tu, Miela ucapkan goodluck, Insyallah mungkin anda yang bertuah untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

Sunday, August 16, 2015

Sejarah kelahiran Doraemon



Salam Readership. Sapa disini peminat Doraemon angkat tangan!!!. Wahhh banyaknya, Miela pun tak terkecuali juga peminat tegar Doraemon. Kalau pergi kedai hadiah, yang Miela cari barang Doraemon dulu. Ada beberapa koleksi Doraemon yang Miela simpan, tak banyak pun. Ada beli sendiri ada yang orang bagi. Walaupun beribu-beribu kartun baru muncul, Miela tetap setia kartun Doraemon ni huhu. Minat Doraemon pun sejak dari kecil, dibesarkan dengan cerita kartun tersebut.

Dalam berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus episode siri Doraemon korang tengok pernah tak suatu hari terfikir macam mana Doraemon dicipta?. Kalau korang peminat Doraemon wajib tahu okay?. Kalau tak tahu, meh Miela nak cerita sedikit tentang asal usul Doraemon. 

Wajah asal Doraemon.

Doraemon asalnya dicipta berbentuk robot kucing berwarna kuning mempunya dua telinga pada abad ke-22. Kenapa Doraemon sekarang berwarna biru?. Haa sebenarnya ada peristiwa pahit kenapa Doraemon bewarna kuning boleh bertukar menjadi warna biru.

Ketika Doraemon dicipta ada satu peristiwa, disebabkan ada masalah teknikal ketika proses pembuatan robot Doraemon, Doraemon menjadi robot kurang sempurna daripada robot lain yang dicipta. Malah dalam ujian dan latihan robot, Doraemon asyik gagal je. Macam kisah nobita pulak haha. Akhirnya Doraemon dihantar ke Akademi Robot untuk improvekan prestasi robot Doraemon supaya menjadi robot yang berguna.

Doramiyako

Di Akademi Robot Doraemon bertemu dengan Doramiyako, kucing penari yang Doraemon pernah jumpa masa Doramiyako menyelamatkan dia hampir dibuang di pusat pelupusan robot. Walaupun Doraemon sering merasakan diri dia robot yang tak berguna, Doramiyako selalu bagi semangat supaya Doraemon tidak berputus asa. Akhirnya Doraemon telah lulus dari Akademi Robot dan dipilih oleh keluarga keturunan Nobita.

Doraemon ditugaskan untuk menjaga bayi bernama Sewashi sehingga besar. Namun ada peristiwa hitam berlaku ketika Sewashi memperbaiki patung berupa Doraemon. Sewashi telah mengunakan robot tikus untuk membaiki patung Doraemon, tetapi disebabkan ada technical error pada robot tikus, robot tikus tu pergi makan telinga Doraemon yang sebenar. Dah nampak kan kenapa Doraemon kenapa Doremon fobia dengan tikus sedangkan dia tu robot kucing hehe.

Maka Doraemon dimasukkan ke hospital robot untuk rawatan lanjut. Telinga Doraemon tidak dapat diselamatkan. Ketika Doramiyako melawat Doraemon, Dormiyako ketawa terbahak-bahak melihat Doraemon tanpa telinga. Jadi Doraemon pun sedih dan menangis sehingga warna pada badan dia luntur dan bertukar menjadi warna biru.

Begitulah kisahnya dari jadi robot kucing warna kuning yang bertelinga sampai menjadi robot "kacak" berwarna biru. Tapi agaknya apa peristiwa selepas Doraemon bertukar warna biru sebelum di hantar ke zaman Nobita?. Nak tahu kena tengok video dalam ni. Klik subtitles/cc untuk sarikata. Kalau takda subtitle tak faham kartun ni cakap apa. Selamat menonton!!






Nota: Harap masa konvo nanti ada orang bagi hadiah patung Doraemon hiks.

Friday, August 14, 2015

Jom mendaftar sebagai SIMPLEHIJAB's Affiliate



Salam readership. Nak cari duit lebih tapi tak ada modal??. Lepas tu pulak nak mulakan bisnes tapi rasa masih takut-takut lagi sebab tak ada pengalaman. Program affiliate tudung SIMPLEHIJAB merupakan salah satu cara kepada mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan setiap bulan tanpa perlukan modal. Menarik kan??. Sesuai untuk siapa nak cari pengalaman dulu sebelum nak mulakan bisnes. 


SIMPLEHIJAB Diasaskan pada penghujung tahun 2014, kini SIMPLEHIJAB telah mempunyai lebih daripada 1,100,000 Likes di Facebook page dan lebih daripada 140,000 Followers di Instagram. SIMPLEHIJAB merupakan salah satu jenama hijab yang sedang makin meningkat naik di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.



Keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate SIMPLE HIJAB ini adalah:

1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.


Apa yang lebih menarik lagi?

1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 5% (bergantung kepada jenis tudung) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB.


Daftarlah sekarang di link ini [DAFTAR] 

Jangan lupa like dan follow di:

FACEBOOK: SimpleHijab
INSTAGRAM: SIMPLEHIJAB

Tuesday, August 11, 2015

Cara tunaikan cek Nuffnang dengan mesin deposit cek

Cek dari Nuffnang

Salam readership. Alhamdulilah semalam dapat cek dari Nuffnang selepas 1 bulan lebih menunggu. Ini juga hasil pertama berblogging selepas dua tahun pasang iklan Nuffnang. Terima kasih kepada yang selalu klik iklan dan juga yang jadi unique vistor blog ni. Tapi bila dah dapat cek, macam mana nak tunaikan yea???.

First Miela pilih Maybank sebagai bank tunaikan cek. Tak semestinya bila dapat cek HSBC kena tunaikan kat bank yang sama. Miela pilih Maybank sebab nanti hasil duit berblogging boleh shopping online huhu. Ternyata nak tunaikan cek di Maybank sangatlah mudah, just guna mesin deposit cek. Ok cara-cara tunaikan cek Nuffnang macam ni:

1. Sebelum memulakan urusan isikan maklumat di belakang cek seperti nama, nombor akaun dan nombor telefon.
2. Pilih Cek Deposit
3. Masukan nombor akaun.
4. Kemudian masukan jumlah tunai cek yang ingin ditunaikan. Pastikan sama nilai dengan cek tersebut.
5. Bila ada arahan suruh masukkan cek, masukkan cek mengikut arah dengan betul.
6. Bila proses dah siap maka keluar resit seperti di bawah ni.


Nota: Cek akan di proses selama 3 hari bekerja. Jika cek deposit dibuat selepas 4.00pm akan diproses pada hari bekerja berikutnya

Monday, August 10, 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 10 Ogos 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Sunday, August 09, 2015

Kem Pemimpin Muda Prihatin Air-ESD di Taiping

Salam Readership. Dalam minggu terakhir Julai 2015, dapat call dari seorang kawan "Mila hang nak jadi fasi Kem Air tak?". What??, masa tu memang terkejut sebab Miela tahu RCE memang dah ada wakil 5 orang student untuk jadi Fasi kem tersebut tapi disebabkan sorang tak dapat balik USM untuk buat persiapan maka depa fikir saya boleh mengantikan disebabkan rumah dengan USM tidaklah berapa jauh mudah untuk pulang ke sana memadangkan persiapan masa itu tinggal sehari lagi. 

Selepas dah ready segala persiapan maka tibalah hari Kem Pemimpin Muda Prihatin Air tu. Kem tu berlangsung selama 3 hari 28 -30 Julai. Program ini merupakan kerjasama antara RCE Penang bersama-sama Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM)dan UNESCO-International Hydrological Programme (UNESCO-IHP Malaysia). Sebanyak 51 orang pelajar sekolah menengah dan 16 orang guru seluruh Malaysia telah terlibat dalam program selama 3 hari 2 malam ini. *yang bold saya copy paste je haha.


Budak-budak pun sampai di tempat kem. Tempat Kem di buat di Kolej Multimedia Taiping

Pelajar-pelajar yang mai kem ni diajar mengikut modul yang diberi oleh beberapa buah agensi seperti UTHM, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Kesihatan Malaysia,  Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM dan agensi yang lain. Manakala tugas Miela sebagai co-fasi kem ni tugasnya adalah menjaga budak-budak ni, pastikan flow program berjalan dengan lancar pastu bantu dorang siapkan modul. Ni first time jugaklah jadi fasi, memang program ni amat berbeza dari program Kampung Selamat yang Miela pernah join.


Ni masa ice breaking. Entah apalah Miela dok merapu dengan budak-budak ni haha.
Ini gambar masa hari perasmian. Majlis perasmian ni dirasmikan oleh Prof Datuk Dr Omar Osman, Naib Canselor USM

Hari pertama program lebih kepada pengenalan dan teori tentang air. Biasalah sebelum nak buat aktiviti praktikal kena faham teori dulu. Kemudian hari kedua terdapat banyak aktiviti luar bermula di Burmese Pool sehinggalah ke Kuala Sepetang. Aktiviti hari kedua agak menarik sambil belajar kita aplikasikan kemudian kita lebih nampak dan jelas dengan demo depa tunjuk tu. Contohnya modul Bio-indikator di mana student kena tangkap haiwan tidak bertulang di sungai untuk nak tahu kualiti air.

Sebelum nak start aktiviti kena buat aktivi regangan dulu
Ini pula sesi modul air bawah tanah. Siap tunjuk demo lagi cari bagaimana depa ambik air tanah.
Melawat kilang arang
Tak jauh dari kilang arang pergi pula ke hutan paya bakau
Waktu petang kami naik bot menyusuri sungai di Kuala Sepetang
Selepas selesai aktiviti di Kuala Sepentang, kami pi pekena mee udang Mak Jah dulu.


Hari ketiga merupakan hari terakhir kem di Kolej Multimedia, seperti biasa ada persembahan dan juga majlis penutup.

Ini sesi bagi hadiah semasa majlis penutup, tahniah kepada pemenang. Ni Miela tak pasti yang ini pemenang nombor berapa, lupa haha.

Selesai saja majlis penutup maka tamatlah Kem Pemimpin Muda Prihatin Air-ESD di Taiping. Satu pengalaman yang sangat berharga walaupun Miela  bertugas co-fasi sekadar pantau budak-budak join kem tapi dalam masa sama dapat juga mengenai isu kelestarian air. Insyallah nanti buka semester boleh aplikasi ilmu yang ada ni untuk Kampus Sejahtera.  



Thursday, August 06, 2015

Dah besar pun dapat duit raya!!

Gambar sampul raya je, duit raya dah kebas habis :P

Salam readership. Well Miela tahu syawal pun dah nak habis hujung-hujung tapi baru nak up cerita kisah raya, haha peduli apa kite nak cerita jugak!!. Padahal masa menaip entri ni jenuh jugak nak cari feel raya, maklumlah dah tak sehangat raya masa minggu pertama syawal huhu.

Alhamdulilah raya tahun ni baju raya 4 pasang, ada yang sponsor ada yang Miela beli sendiri. Tapi ada baju raya tak sempat nak pakai, mungkin boleh pakai masa lain nanti. Meriah raya cuma dapat rasa 1 minggu lebih, sebab ada kawan-kawan sibuk kembali bekerja dan belajar. Maka tinggal Miela yang mereput menghabiskan cuti semester.

Sebagai anak dara yang unofficial 21 tahun, masih juga layak mendapat duit raya kihkih. Orang memberi kita menerima ye tak??. Setiap sen dan ringgit memang amat bermakna especially student like me. Lain lah kalau kawan yang sudah bekerja, itu sudah layak memberi duit raya hehe. Untung jugak dapat kawan yang sudah berkerja, sudi jugak beri duit raya walaupun kita ni malu-malu kucing nak terima duit raya dorang. Tak payah malu-malu kucing sangatlah Miela!!.

Hasil tangkapan duit raya tahun ni not bad lahh. Kiranya antara tangkapan duit raya terbanyak berbanding tahun sebelum ni. Ada dalam ratus sikit macam tu, boleh buat simpanan untuk hari tua #ehh. Nasib lah ada yang memahami bagi duit raya lebih. Dah tak perlu nak pakai kad matrik bila beraya, lagipun ada orang ingat kita ni budak sekolah lagi haha. Apa yang orang bagi banyak ka sedikit ka kita terima sahaja. Ingat tangan yang memberi lebih baik daripada tangan menerima.



Nota: Dulu masa kecik dapat duit raya orang mesti suruh simpan untuk sambung belajar. Last-last bila nak sambung belajar pakai loan atau biasiswa.

Tuesday, August 04, 2015

Sibuk dengan penanda buku felt

Salam Readership. Dalam seminggu ini blog agak sunyi dari sebarang entri. Minggu lepas pulak kena balik USM secara mengejut selepas mendapat call untuk ganti orang dan menjalankan tugas sebagai co-fasi untuk sebuah kem. Selepas kem pula, sibuk nak menghabiskan sisa kain felt untuk buat penanda buku. Tengok-tengok cuti tinggal sebulan ja, sibuklah nak kena tambah stok penanda buku ni.

Actually biasanya waktu cuti sem Miela akan buat seberapa banyak penada buku felt untuk dijual masa bukak semester nanti. Miela takkan buat penanda buku ni masa belajar tau, sebab Miela tahu bukak semester mesti sibuk dengan study dan juga aktiviti persatuan. So cuti daripada duduk saja baik kita buat kerja kan?.

Design penada buku yang ada
Biasanya design penanda buku yang laku ialah design character watak kartun contohnya Baymax. Memang hot selling lah, tambah masa tu musim kartun Baymax. Selain tu Miela ada  buat design penanda buku Hello Kitti, Emoji, Elmo dan watak kartun yang lain lagi. Miela buat design kartun yang simple ja huhuhu. Sebab Miela pun guna 200% gunting pakai tangan tanpa mesin. Mesin pontong kain felt memcecah RM500+, tak mampu nak beli. Lagipun buat penanda buku felt cuma kerja part time saja.

Penada buku felt yang dah siap simpan elok-elok dalam kotak

Dah dua kali cuti semester Miela buat benda ni dan alhamdulilah laku jual jual penanda buku felt. Selalunya Miela jual kat bilik je, jiran-jiran bilik selalu mai nak beli penanda buku yang comel ni. Lagi satu Miela selalu meminta orang ketiga  jual dalam ekspo WUS. WUS atau dikenali sebagai subjek Keusahawanan di Universiti. So ada satu task di mana student kena jual barang dalam tarikh ekspo ditetapkan. Dari situ Miela boleh generate money setiap semester, cukuplah nak tampung makan sikit. 


Nota: Student memang suka cari extra money walaupun sudah ada duit pinjaman atau biasiswa. Biasalah zaman muda macam-macam keperluan dan keinginan nak tampung.