Friday, March 30, 2012

Ma best Friend punya blog


Entri kali nie nak promo blog orang kejap,hihi. Cik Miela nak promo blog cccciiiiiiiiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkk..... Haa Cik Ti, bukan Cik Ta noh. Hehe. Cik Miela saje je nak promo blog dia nie, sebab kesian dah sebulan lebih dia berblog, tapi takde sape nak follow. Cuma cik miela je follow, actually Cik Ti antara best friend cik miela tau. Kalau korang sayang kat cik miela, follow tau blog Cik Ti. Haha main ugut-ugut pulak :P.


Korang nampak tak design blog dalam gambar nie?. Cik miela edit tau, semuanya sekali. Tapi bukan entri, Cik Ti taip sendiri yer. Ok-ok saya tau saya nie bukan pedesign blog yang terbaik, tapi asal sedap mata memadang oklah. Semua tu, ambil dari blog tutorial popular sape lagi kalau bukan Lysaa Faizuren. Tengok header pun dah tahu kan. Apa-apa pun kalau rajin followlah blog Cik Ti

Cik Ti Blog

Thursday, March 29, 2012

Review: Hafalan Shalat Delisa


Hafalan Shalat Delisa satu lagi filem bercirikan keislaman dari Indonesia. Kat Astro First rasanya dah tayang pun cite nie, cuma cik miela je tak perasan,kahkah. Jarang tengok TV la tu. Serius sebelum ni cik miela tak pernah dengar tajuk movie nie tapi nasib baik ada encik rekomen tolong rekomenkan cite nie, thanks Sham. Dia kata movie nie best. Mula-mula macam macam tak mau tengok la, sebab cite korea pun tak habis tonton lagi. Tapi movie nie tak lama pun, sejam 40 minit jer.

Jadi dua hari lepas, cik miela tengok Hafalan Shalat Delisa. Ingat Delisa tu anak dara ke apa rupa-rupanya Delisa tu budak-budak jer. Cite nie mengisahkan seorang budak bertungkus-lumus menghafal bacaan solat untuk ujian amali solat. Delisa seorang anak yang manja dan sangat rapat dengan ibunya, Ummi.

Pada hari amali solat tu,tetiba ada tsunami melanda di Lhok Nga. Sebenarnya Delisa nie tak sedar pun ada tsunami masa dia buat solat amali, sebab dia betul-betul fokus dengan solatnya. Akhirnya tsunami telah mengorbankan kakak-kakaknya dan maknya. Hanya Delisa sahaja terselamat tetapi kakinya kudung. Maka hiduplah Delisa dengan Ayahnya. Persoalanya, masihkah Delisa mampu menghafal hafalan solatnya?

Hehe Cik Miela tak reti sangat tulis sinopisis nie, tapi kalau lebih lagi klik sini. Cik Miela suka sangat watak Delisa, sebab Delisa nie tabah orangnya. Dia menganggap orang yang terkorban dalam Tsunami, tidak bersendirian tapi gembira di alam sana. Susah kalau nak jumpa budak macam Delisa nie.Paling suka ayat yang Delisa sebut ialah "Delisa cinta ummi kerana Allah". Ok kalau nak tengok filem nie, klik je sini.

Thursday, March 22, 2012

Result SPM saya?

http://www.emocutez.com,Untuk semalam sorry ek cik miela tak sempat update blog, sebab semalam busy nak think and isi upu. Nak kemakini upu tu awal supaya tak kalut dah, and nak cepat relaks,hahaha. Ada soalan cepumas?. "Cik Miela dapat berapa yea result SPM?".

Gluppp, nak jawab ke tak eh?. Perlu ke?.Kalau Tak jawab http://www.emocutez.com mesti kata arghh mesti result tak berapa nak umphhh, kalau bagus semalam awal-awal dah update blog "Yeah saya dapat straight A". Bagus ke tak bagus at least saya dapat tengok riak wajah gembira cikgu, kawan-kawan, dan ibubapa saya. Result cik miela taklah sebagus result orang lain, 4As jer. But still bersyukur http://www.emocutez.com , alhamdulillah. Terkilan sedikit sebab ada 1 subjek sains tulen Dodol, tapi ada pulak subjek sains terlebih sudah.Hahaha. Jadi tak seimbang sebab subjek yang dodol patutnya kredit kerana subjek selalu berada ditengah-tengah dalam memilih course. Hmm, dah nasib kan?


Yang paling membanggakan http://www.emocutez.com ialah semalam seramai 20 orang dapat 6A ke atas untuk sekolah cik miela. Yelah sekolah cik miela luar bandar, kira hebatlah tu. Tahniah kepada mereka yang mendapt result yang cemerlang. Kepada yang kurang cemerlang tu jangan sedih-sedih http://www.emocutez.com masa depan jauh lagi. Banyak peluang kat luar sana seperti poli and IPTS.

Tuesday, March 20, 2012

Semangat untuk esok


Tadi tengok Dream High 2 kat KBS episode 9 kot yang ulangan, tetiba part yang last tu Jung Jin Woon, Kim Ji Soo, Jr dan Kang Sora nyanyi lagu We are the B a.k.a B class life . Giler best sangat, walaupun mereka tu low class tapi persembahan wow.

Bila dengar lagu nie, teringat pulak esok. Hari keramat, hari ambik keputusan SPM. Sorry masih sebut lagi pasal result sedangkan tadi pun tulis pasal tu juga. Apa mengena dengan lagu B class life dengan esok?

Soalan yang bagus,haha. Macam nie cik miela bukan dari kelas no 1, tapi dari kelas no 2 iaitu kelas 5 sains 2, nama pun dua memanglah kelas kedua. Jadi B classlah,hahaha. Cik miela tahu kelas cik miela ni sekolah tak target pelajar kelas ni staright A dalam SPM tak seperti kelas No 1 a.k.a kelas A. Tapi dengan lagu ni seperti vitamin buat cik miela.


We are B B B-level, wanting to be A-level
We are ab-ab-abnormal, wanting to stand on the peak

Part lirik ni cik miela suka. Dengar lagu nie kurang sedikit gemuruhnya. Walaupun kami kelas B, kami the best hehe. Insyaallah kalau diizikan Allah kelas B ni juga akan setaraf dengan kelas A dengan result SPM esok walaupun bukan staright A. Biarlah ibarat itik hodoh bertukar menjadi angsa yang cantik kan?

Before end, jomlah enjoy dengan lagu nie dulu,hihi. Untuk menghayatinya sila pause kan lagu kat bawah header tu. Smile always walaupun hari esok.



Debaran menanti esok

Cik Miela jamin http://www.emocutez.com keputusan SPM yang akan diumumkan esok sudah menjadi hot topik dikalangan remaja yang berumur lapan belas tahun. Memang banyak status berkaitan result result result. Dan juga mungkin mereka rasa sama apa peristiwa cik miela alami sebelum menjelangnya hari rabu.




Huhu berdebarkan?. Dup dap dup dap, denyutan jantung dah laju macam peluru. Nasib baik jantung tak terkeluar jer. Kalau klik sini, waaaaa http://www.emocutez.com seram sih. Dah-dah sekarang jangan fikir-fikir negatif, think positif. Nanti bikin stress jer.


Nie nak bagitau sekarang nak check result dan boleh pakai SMS kan?. Ingat cik miela nak try esok tapi lepas dapat slip la senang, kalau before takut kecewa lepas tu lempar handset sampai pecah. Biarlah terharu kecewa http://www.emocutez.com happy semua bila ada slip di tangan. Lepas tu baru check pakai SMS.


Dan selepas slip berada di gengaman pasti ada yang bertanya "........ dapat berapa A?". Orang yang ditanya tu mesti rimas, tapi yang bertanya sebenarnya tujuan nak ambil berat. Cuma kita je segan http://www.emocutez.comnak jawab kalau result tak berapa umphhh.


Apa-apa pun cik miela harap sangat dapat result yang boleh menbanggakan oleh all family, friend and teacher. Kalau tak tu saya minta maaf http://www.emocutez.com kerana saya tidak dapat mengembirakan hati orang yang tercinta dengan keputusan SPM nie. Tapi sekiranya result SPM yang saya akan dapat esok mendapat result yang diidamkan semua saya sangat berterima kasih dengan orang-orang yang banyak memberi dorongan ketika saya masih belajar. Insyaallah bila saya dah berjaya, saya takkan lupakan kamu semua. (cewaah awal-awal dah bagi ucapan :P )

Monday, March 19, 2012

Lirik ombak rindu versi taubat VS versi biasa

Korang perasankan lagu blog cik miela bulan nie ialah lagu ombak rindu tapi versi islamik punya. Huhu mendayu-dayu lagunya, membuat kita teringat terhadapNya. Kali ni cik miela bagi lirik two in one. Lirik ombak rindu yang sebenar dan lirik ombak rindu yang diISLAMIKkan.

Lirik ombak rindu yang sebenar:

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku


Lirik ombak rindu islamik:

tuhan tolong lembutkan hati hamba

untuk mencintaiMu seadanya (selamanya)

kerna ku tak sanggup

kerna ku tak mampu

menghadapi siksa nerakaMU


tuhan aku tahu byk dosaku

hanya ingatkanMu kala dukaku

namun hanya Kamu yg mampu membuka

pintu hatiku untuk cintaMu


Allah..ampunkanlah hambaMu (dosaku)

yang slalu dustakan janjiku

agar kelak ku xkan disiksa

kerna dosa-dosa masa lalu


Allah..jatuh air mataku

dan trus mengalir mengiringi doaku

Allah..Yang mengampuni segala

Dosa2 hamba yang meminta..


Hanya mampu berdoa..

Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..

Friday, March 16, 2012

Ibarat tin kosong


Alamak kenapa cik miela sebut pasal tin kosong?Nak main-main dengan tin kosong ke?. Alahai apa punya soalan der, orang tengah sedih nie. Sedih bukan sebab kucing mati, tapi sebab benda-benda BERHARGA telah hilang. Tahu apa sebabnya?, sebabnya komputer cik miela rosak dan dibawa ke kedai untuk dibaiki, selalu kalau bawa ke kedai pak cik repair komputer tak kan padam benda-benda dalam hardisk, tapi malangnya mungkin komputer tu hampir nazak habis didelete semuanya. Komputer cik miela dah ibarat tin kosong, langsung dah takde benda-benda kesayangan cik miela.

Tau tak ada apa dalam hardisk tu?. Ada lebih 25gb tentang korea termasuk music video dan cerita korea. Selain tu ada gambar kenangan masa time sekolah, photoscape, vlc dan paling sedih ialah karya cerita yang dihasilkan oleh cik miela. Tak tau itu semua sangat berharga, mana nak dapat balik?

Mujur gambar kenangan tu cik miela simpan dalam CD masa bulan 12, dan benda-benda korea tu nasib baik minggu lepas jiran cik miela minta copy semua benda-benda korea tu sebab kami main tukar cerita korea dan video klip korea. Nampaknya kena mintak copy balik kat dia, haha nasib baik cik miela tak kedekut share benda-benda korea kat dia. Cuma satu je, karya..huhu menangis tak berlagu nie, penat taip beribu-ribu patah perkataan tapi hilang macam tu sahaja, dahlah penat cari idea nak taip tu. Hmm, kena buat balik. Mungkin ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku, mungkin kalau cik miela tulis balik karya tu makin lebih baik dari dulu

Wednesday, March 07, 2012

Jom sign up Octove




Tahukah anda apa itu Octove?. Aaa sejenis sotong mungkin?. Teeetttttt, salah. Sebenarnya Octave bukan sejenis sotong tapi sejenis lama sosial macam facebook dan twitter. Tapi sesuai dengan tangline We are different, memang banyak kelainannya sebab banyak fungsi boleh dikatakan semua fungsi twitter, skype, facebook, youtube, blog dan yahoo semua ada dalam Octove. Tahukah anda Octove ni Malaysia yang buat tau, dengar cerita ramai dah buka akaun nie, Oh betul ke?

Ooo best ke?. Best ke tak best belakang kira, padahal cik miela tak tahu pun best ke tak sebab baru beberapa jam buat octove ni. Tapi macam best, kalau nak rasa best ke tak korang sing up kat Octove ni. Kalau malas sangat nak taip email and password bila sign up guna je facebook, senang sekali dia update gambar profile sama ngan facebook. Cubalah dan alaminya sendiri (ececeh macam kenal je ayat tu)


Jangan lupa add cik miela as friend dalam octove ni. Just add http://www.octove.com/SalmilaNadia


Monday, March 05, 2012

Tips menulis entri blog



Inilah masalah sering dihadapi oleh blogger terutama blogger newbie, tidak tahu menulis entri yang bombastik. Cik Miela bukan bangga diri sebab entri-entri blog Cik Miela bagus tapi sekadar berkongsi tips dan padangan sahaja sesama blogger. Cukuplah entri blog kita dapat menyampaikan mesej yang tersirat dan mudah difahami kepada pembaca. Bukan entri berjela-jela tetapi pengisiannya kosong (teringat lagu najwa latif yang baru- kosong. hehe). Berkat pengalaman Cik Miela berblog hampir 3 years, Cik Miela nak kongsi tip-tip menulis entri, kena alert tau!.

1. Idea
Ni adalah main problem http://www.emocutez.com oleh si penulis blog. Idea tak da, tak tahu nak tulis apa?. Mungkin ada alasan tersendiri iaitu tiada story istimewa hendak di cerita, lainlah blogger tu ada kehidupan yang bagus hampir tiap-tiap hari update kehidupan dia. Tidak semestinya ada story "wow" baru sibuk-sibuk taip entri. Cuba fikir dalam 24 hours, apa yang kita lakukan?. Mungkin memasak,hangout dengan kawan-kawan?. Benda begitu boleh dijadikan story dalam blog tapi biarlah berpada-pada jangan sampai benda pravicy http://www.emocutez.com pun hendak dicerita. Isu semasa pun boleh dijadikan story, contoh paling senang perkahwinan lisa and yusri, kita boleh taip entri tentang pendapat kita mengenai perkahwinan tersebut.

2. Copy and Paste
Benda macam ni blogger gemar lakukan sebab kita tak perlu perah otak http://www.emocutez.com nak taip entri. Mereka gemar copy paste lirik lagu, berita dari online, dan hal-hal agama. Tapi yang tak sedap di dengar, ada pula si blogger copy paste entri dari blogger lain seperti tutorial, entri dari tulisan blogger sendiri tanpa meminta kebenaran mahupun menulis credit atau link dari entri yang dicopy. Ingatlah, jika anda selalu berbuat begitu, anda tiada identiti sendiri http://www.emocutez.com . Tak salah kita copy paste tapi kenalah tahu adabnya, mungkin kita boleh kreatifkan dengan entri copy paste dengan meletakan pendapat kita dibawah entri copy paste.

3. Short form
Kepada blogger tolonglah elakkan menulis tulisan short form seperti yg, x, dan bkn. Jangan MALAS http://www.emocutez.com menaip tulisan penuh, bukan apa mudahkan pembaca untuk membaca blog anda meskipun mereka faham jika anda menulis short form. Lebih sedap mata memadang jika anda sifar dari short form sekali gus mengurangkan pencemaran Bahasa Melayu yang semakin meruncing.

4. Gambar
Tak letak gambar dalam entri pun tak pe, tak wajib. Tapi sebab gambar ramai orang tetarik untuk membaca entri anda. Kadang-kadang anda tak perlu taip-taip apa pun tapi meletakan beberapa gambar http://www.emocutez.com dalam entri, sudah cukup dapat menyampaikan maksud yang tersirat sebab hanya sekeping gambar orang dapat faham apa benda hendak disampaikan. Tapi kalau hendak entri tu KUAT http://www.emocutez.com, letaklah gambar walaupun anda ambil dari pak cik Google dan jangan lupa letak ayat entri anda.


Itu je yang mampu Cik Miela kongsikan tips untuk korang, tapi kalau korang tak setuju dengan tips ni, Cik Miela tak marah sebab ini cuma perkongsian bukan peraturan. Sory ayat-ayat tips kat atas tadi skema sebab dah lama sangat tak tulis karangan Bahasa Melayu, giler rindu kot. Ok, harap tips-tips nie dapat menbantu korang dalam menulis entri yer.

Saturday, March 03, 2012

Artis+ Korea= keyword??


Halo-halo semua http://www.emocutez.com, cik miela hari ni bukan nak cerita pasal artis korea kegemaran korang tapi pasal KEYWORD. Korang tengok gambar bawah nie pun dah tahu kan. Cer tengok dulu..

Sory gambar kecik, dah upload memang kecik. Haha saja nak wayang hari ni, ini keyword untuk bulan nie, memang nombor dia sedikit sebab baru awal bulan. No 1 adalah artis korea wanita. Cuba tengok betul-betul kebanyakan seacrh keyword asyik-asyik korea je. Blog Cik Miela ni blog artis korea ke?http://www.emocutez.com. Haa, ni mungkin sebab ada entri Cik Miela mengenai artis korea tu banyak dalam list.

Cinta Melody pun ada. Pelik juga http://www.emocutez.com, sekarang nie bukan musim sinetron Cinta Melody, uh whatever la. Lelaki pun masuk dalam carta keyowrd, huhu kenapa asyik keyword artis je dalam blog cik miela?. Tak de benda lain ke http://www.emocutez.com. Tak pe at least ada jugak naik trafik blog biru nie.

Ada satu je perkara berfaedah dalam carta keyword iaitu logo sekolah menengah kebangsaan sri kurau. Ini mesti junior-junior exschoolmate Cik Miela cari untuk buat folio ataupun my teacher cari logo sekolah. Keyword lain malas nak cerita, tengok jelah. Sebagai penutup nak tunjuk satu gambar dibawah nie list post popular untuk bulan nie. Kebanykan dimanopoli oleh KOREA haha http://www.emocutez.com.



Thursday, March 01, 2012

Selamat datang Mac, selamat tinggal Februari

Salam readership. Hari nie 1 Mac, maknanya makin hampir lah budak lepasan SPM 2011 macam cik miela akan dapat slip yang akan menentukan masa depan kami. Glupp, alamak-alamak seramnya, takut sampai susah nak tidur fikir pasal sehelai slip keputusan. Sungguh cepat masa berlalu, dah masuk bulan tiga. Harap bulan tiga ni akan memberikan khabar gembira buat cik miela dengan keputusan SPM yang diharapkan.

Agak tertarik cik miela apabila membaca satu status yang berkaitan dengan entri cik miela hari ini. Cuba baca status dibawah ni.


Ada benarnya kata-kata status ni. Kita sibuk duduk counting tarikh, tapi amalan.. Faham-faham jelah. Sebenarnya sebagai manusia kita memang tidak lepas buat kesilapan. Sekarang ni seperti entri cik miela sebelumnya banyakkan berdoa sementara menunggu result. Cik miela teringat satu pesan cikgu kimia iaitu Cikgu Juriah, kalau nak doa tu biarlah doa untuk semua. Cik Miela teringin sangat satu kelas dapat result yang gempak, sama-sama gembira tiada sorang pun berduka cita atas kekurangan result tu.

Yang lawaknya status di atas tu, " Jangan sibuk duk takut-takut pasal keputusan nie. Rileks jewlah". Haha rileks?, buat masa sekarang memang boleh rileks tunggulah dua tiga hari coform semua gelabah tak kiralah masa periksa kita jawab elok ke tak. Sebab itu slip masa depan. Tapi bila dapat result JANGAN LUPA ALLAH tidak kira kita tu teruk atau tak. Ingat yaa